Lari lompat pagar sesudah subuh

Posted by mizzura on Friday, December 30, 2011. Filed under:
5 Comments

Inilah padahnya,reject pergi kerja ngan husband..

Alasan...?

Hari ni nak tido extra 15min...huh..
Kul 640,aku kuar rumah..jalan macam lipas kudung... dari jauh aku dah nampak samar2 lampu tren nak datang.. aku terus lari tap kad touch n go..aku jejak je tangga,tren pun sampai...apalagi...masuk gear 5 la aku...sebab tren opposite sana..

Otw, nak turun ada makcik terkedek2 depan aku...dowh, momentum larian turun tangga aku terganggu. Maka, sampai la aku depan tren yg pintu nye ada dalam 3 inch jer lagik terbuka..bila tekan butang open..dia xmo open lak...dan berlalu...

pergh,tak pasal2 jantung berdegup 120/min

Jetty Lumut Sesak

Posted by mizzura on Sunday, December 25, 2011.
5 Comments

Pheww..sesaknya nak ke Pangkor..


Published with Blogger-droid v2.0.2

Selamat Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor

Posted by mizzura on Monday, December 12, 2011.
3 Comments

Sungguhpun patik merupakan rakyat Selangor dan membayar zakat di Selangor, patik tetap bergembira dengan cuti yang tuanku berikan untuk rakyatmu meskipun patik terpaksa meredah beberapa daerah Selangor untuk hadir ke tempat patik bertugas di Kuala Lumpur..


Gambar merupakan santapan tengahari patik sempena meraikan hari keputeraan tuanku..


Daulat Tuanku!!!


Published with Blogger-droid v2.0.1

Hujan kena makan mewah

Posted by mizzura on Thursday, December 8, 2011.
6 Comments

Oh, yea..aku skang dh kat company baru (lagi sekali).. Kat building ni hanya ada San Fransissco Cafe je kat groundfloor..tadi nak join staff dept order mcd prosperity burger..skali ada technical problem daa (ckpje la..mamat delivery tu takde payung kn senang)


Tak pasal2 kn makan San Frans dikala duit gaji company lepas tak masuk lagi..eee..


Orite, since lama tak citer pasal makan2, nah Aglio Olia Chicken ngan Cinnamon Hot Choc dalam rm10.50 setiap satu. Total rm21..hukhuk..Hot choc albiasalah benda2 manis memanh sedap. Aglio sumpah cakap tak best..waktu serve food kat meja ibarat macam yg display tu dipanaskan dlm microwave je (ke memang). Actually aku nk Meatball Carbonara sekali takde..


eee..tetibs rasa lamanya aku tak hapdate blog cam dedolukan..share cite makan,travel ngan new activity. Nak jadi B2B blogger before kawin..dh kawin pun aku takdak share story gak..(Haruskah azam tahun baru rajin update blog???!)


Published with Blogger-droid v2.0.1

Jom Beli Magnum

Posted by mizzura on Tuesday, November 29, 2011. Filed under:
9 Comments


Op..op..bukan magnum 3 kecik 3 besar, ni MAGNUM Chocolate Truffle yang dibelanja budak opis nak berenti setelah selesai mamam nasi beriyani rempah super power yang dibelanja boss *mode bahagia perut kembung tahan napas*


Ah..lepas ni kena berguru dengan kevin zahri agar berat berkurangan 3 kilo spt zaman sebelum kawin T_T

p/s: 2 hr lepas en suami blanja magum classic juga..oopsss...

Published with Blogger-droid v2.0.1

Sukan SEA 2011 yang berharga

Posted by mizzura on Tuesday, November 22, 2011. Filed under:
7 Comments


Tahniah diucapkan kepada:

Khairul Fahmi Che Mat, 
Mahali Jasuli, 
Mohd Fadhli Mohd Shas,
 Mohamad Muslim Ahmad,
 Mohd Asraruddin Putra Omar (Mohamad Fandi Othman), 
Mohd Zubir Mohd Azmi,
Mohd Irfan Fazail,
 K. Gurusamy (Muhd Nazmi Faiz Mansor),
 Baddrol Bakhtiar,
 A. Thamil Arasu (Yong Kuong Yong),
 Ahmad Fakri Saarani.

keranamu...

Malaysia JUARA Bola Sepak Sukan SEA 2011 yang ke 26!

Dari 
Rakyat Malaysia yang berbangga!

p/s: coti ke tak ni?

adoyai air asia

Posted by mizzura on Friday, November 18, 2011. Filed under: ,
5 Comments


gigih 430 pg td bsiap-siap utk kuar rumah ke lcct..otw flight bole patah nalik pas 1/2 jam di awan..grr..

Published with Blogger-droid v2.0.1

How badly is my life ruined?

Posted by mizzura on Tuesday, November 15, 2011. Filed under:
4 Comments

Grrrrrrrrrr.......!!!!!







11.11.11

Posted by mizzura on Friday, November 11, 2011. Filed under:
5 Comments


Harini sorang dari bestie aku akan menamatkan zaman daranya.hahahaha... Aku confident harini siapa kalau baru nak jadi vendor related ngan wedding pun bole dapat job gara-gara RAMAIII gila yang pilih date ni. 

Tarikh unik...


pic source





Senang nak ingat
(oo..ada masalah lupa ingatan eh..)

pic source



Nanti hantaran boleh 11,11,11.00 (O MAK KO) 
takpun 1,111.11 (KIKIKI)  
Jenuh bakal suami nak susun ayat.

pic source


and what so ever sweet reason yang korang cakap.. 

As long kamu semua bahagia rite?


Aku waktu tunang ritu tak very stringent pun pasal date ni..as long both family members free waktu majlis.. Alih-alih adik aku plak outstation.

Kiranya this week berderet lah jemputan korang kan.. Esok plak lagi sorang Bestie yang kerap muka dia masuk dalam blog ni pun bertunang. 

Cam tak sangka jer kan.. Baru je awal tahun muka kita berkerut-kerut tahan soalan "BILA NAK KAHWIN?" tetiba dah bole reda sket bila dah menuju ke arah tu..kan... Kadang benda tu cam berjangkit kalau kengkawan rapat kita Kahwin/Tunang yang lelain pun mneyusul. Aku plak selalu ingatkan diri, jangan mentang-mentang dah kahwin sibuk tanya kengkawan yang tak kahwin lagi "BNK?"..Kalau tertanya jugak harap di ampun ya..tersasul..

Apapun hampir semua aku tak dapat join..pasalnya kena ke Melaka folo husband punya family day anjuran kementerian/jabatan dia. Maklumlah dah kahwin agenda kena bahagi sama rata..kikikiki..

pic source



So, kepada yang bakal menikmati detik indah pada tarikh-tarikh favourite anda, wish you congrats and all the best (Aku terwish good luck kat bestie aku...lain macam jer bunyi). Yang pasti 11.11.11 ni aku boleh ke Tutti Frutti Ampang Park, sebab dah bukakkkkkk!!!!!!  Wuhoooo!!!!


p/s : stress..harini bakal habis kerja kul 8pm (semalam pun) gara-gara projek yang mencabar profesionalisme kejuruteraan gitu (bajettttt..hahaha)


Wordless Wednesday |Tutti Frutti Ampang Park|

Posted by mizzura on Wednesday, November 9, 2011.
6 Comments

Cepatla sikit bukaknya...geram tengok setiap kali pergi balik kerja:-D
Published with Blogger-droid v1.7.4

First time buat lemang

Posted by mizzura on Monday, November 7, 2011.
7 Comments

Lokasi: Rumah mak mertuo den

Omak: Menantu cuba rasa ni. Takat ni je kita isi boreh dalam buluh.
Menantu: Ooo..dalam jarak 1 inchi..(sambil jari masuk ke dalam buluh)
Adik Ipar: Ha..diorang engineer pakai inchi2 je mak.

Tu salah satu perbualan orang pertama kali nak buek lomang..haha..tapi membakar tu bukan kerja aku..berasap, mata pedih nak membakarnya..(teringat zaman pengakap masak nasi dalam buluh keras smpi cikgu ckp, baling ke anjing pun matiT_T)

Anyway, Selamat Hari Raya Aidiladha/Korban/Haji :-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Hailah demam..

Posted by mizzura on Thursday, November 3, 2011.
6 Comments

*cerita untuk wanita*

Aku start demam dari hari Selasa. Tapi baru harini MC.Pastu disusuli senggugut..ai, pelik aku.. sejak kahwin ni nak peot je senggugut..sebelum kawin boleh dikira dgn jari brp kali aku senggugut seumur hidup.

Bukan ke orang kata kalau dah kawin sapa asyik senggugut takkan kena lagi or berkurangan. Terbalik plak dgn kes aku ni.

Dulu waktu majlis bertandang pun camni gak. Demam dekat seminggu. Ni nak raya haji balik umah mertua demam lagi. Kang dia pikir menantu aku lembik plak.haha..

Boleh sesiapa bagi pndangan secara ilmiah kenapa ini berlaku? Atau ada sapa2 nak share pendapat? Tak larat nak google sebab ngantuk mkn ubat batuk n selsesema..

Published with Blogger-droid v1.7.4

Jambatan Langit

Posted by mizzura on Wednesday, November 2, 2011.
5 Comments

Okay..bunyi macam orang kampung baru masuk bandar..tapi memang hakikat 13 tahun Twin Tower ni wujud, nila first time aku jejak kaki ke sini.

Actually dah byk kali bos aku soh g sini..amik doc penting.Byk kali jugak aku mengelak suruh despatch.
Waktu sampai level 41 aku ajak le akak ofis buat lawatan sambil belajar ke Skybridge. Sbb kalo nak melawat skybridge semata-mata kena charge rm10-40. Akak opis aku tu gayat lagi2 aku ckp level 41.

Tu jer crita orang kampung masuk bandar..hehe..

Published with Blogger-droid v1.7.4

Netball game very ferempuan

Posted by mizzura on Tuesday, November 1, 2011. Filed under:
6 Comments


Kisahnye gini...company aku buat sport carnival..aku join game netball & rounders je..


Aku last main netball tahun 2008..company lama punye sport jugak (NAMPAK SANGAT KO BERSUKAN BILA COMPANY BUAT EVENT). diorang kata nak tukar2 position time game..maka aku bersetuju amik position center..sekali ko..waktu.game, harapan aku hanya tunggu ref tiup wisel je (TAU PUN SEMPUT)



Asal aku nk tukar player diorang suh aku maintain jadi center sehinggalah game ke3 baru dpt kuar.. entah beberapa minit pastu nmpkla player jatuh..lepas tu nmpk org berkumpul pastu sekelip mata ada kejadian tampar menampar,tarik menarik rambut melawan mulut dan mencar**..

Beberapa orang kumpul kat GD kuning nk tenangkan dia begitu jugk team merah...nasib GM(NI GENERAL MANAGER YE BUKAN POSISI NETBALL) aku perempuan pun join game ni. Dia shout.."SUDAH..SUDAH..!!!" "GD, GS KELUAR!!" 

Tetiba aku terpikir apa fungsi ref? balik kejadian tadi..aku dgr mulut bersoseh..diorg mmg lama gaduh..tgg meletup jer.oh gitu... very ferempuan kan game ni.. first time aku jumpe sepanjang main netball..kalo upload youtube tinggi rating nih..nasib je tak rekod *evil*

Published with Blogger-droid v1.7.4

Engineer Diperlukan Segera !!!

Posted by mizzura on Thursday, October 20, 2011. Filed under:
5 Comments

*Guys.. Yang foward to me the cover letter etc..i'm not the recruitment agent or HR or whatever.. Just ask me bout the position and i'll email you the company's email - banyak email yang masuk minta position yang not listed here which i will not entertain*


1) QA Engineer - SEGERA!
- Preferable untuk senior position 5 - 6 yrs.
- Untuk company Oil & Gas located kat Jalan Ampang (HQ). Berdekatan dengan LRT Dang Wangi / Monorel Bukit Nanas.
- Yang bestnye company ni kerja 4.5 hari (means Jumaat half day).
 - International Company with half of the staff expat.


Selain tu, company ni pun nak pakai Process Drafter & Structural Engineer/Drafter.




2) Project Control / Planning Engineer
- 2 yrs experience tapi Fresh grad pun bole apply.
- Background engineering. Kalo ada basis atau interest dalam Oil & Gas pun dialu-alukan.
- Will be base kat HQ yang terletak di Solaris Dutamas and ada Fabrication Yard kat Lumut.
- Kerja 5.5 hari (means Sabtu half day).


Jangan tanya lebih-lebih, ni counter part aku mintak tolong carikan. So kalo berminat atau ada kawan-kawan perlukan kerja bolehla email ke mazura_brennan@yahoo.com dengan kadar segera especially position QA Engineer tu. (HR dia siap remind aku banyak kali suruh submit cv by this week). Aku akan bagi email company tu untuk difoward. (aku takmo letak email hr kat sini due to keyword purpose - kang tahu plak aku berblog)




Sekian dari 
Agen Jobstraight haha..

Wordless Wednesday |Aku Terima Nikahnya|

Posted by mizzura on Wednesday, October 19, 2011. Filed under:
9 Comments


[Sedang mentelaah ini. Semoga sentiasa dapat seat dalam tren.Kat rumah ada dua sebab satu hadiah hantaran satu lagi hadiah kahwin]

Gosok baju

Posted by mizzura on Monday, October 17, 2011. Filed under:
10 Comments

Kalau dulu, setiap minggu kena gosok baju 5set. Total masa consume untuk 5set baju aku tu (lengkap shirt,pants,sehelai kurung & tudung) bersamaan 1jam setengah. Tu kira lama ke sekejap eh..? Ke lama bebenor..haha..

Sekarang plak, kena darab lagi dua untuk setiap set tu. Maklumlah...orang dah bersuami.hehe.. Adakah ini bermakna 3 jam diperlukan??

Korang menggosok baju berapa lama eh? Mungkinkah aku harus tukar kepada iron steamer yg macam panasonic tu..? (ALASAN)

Time kawin tu, ada kawan sek rendah tanya nak apa pasal dioranf kumpul wit. Aku de mintak iron sreamer ni.. Tapi tak dengar berita hadiahnya sampai la ni.kikikiki...

Published with Blogger-droid v1.7.4

Meatball Carbonara

Posted by mizzura on Sunday, October 16, 2011. Filed under:
4 Comments

Ahad yang suam2 kuku ni...nak lunch apa eh... Ni gambar waktu lunch last Jumaat tu kat foodcourt Klcc. Piza Milano kot namanya.. Rege RM7.90 kot..sedap cuma tawar sket kot..ke sedap,tapi sebab time makan tu aku sakit perut langsung deria rasa tawar...kottt...

P/s: sbnarnye aku nak ngetest update blog gn hp...hehe..amacam...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Kembali Aktif!!!

Posted by mizzura on Thursday, October 13, 2011. Filed under:
6 Comments

Salam..salam..salam..salam semua..!

Phew...memang lama tak menaip... Ni pun baru jer beberapa milisaat kembali segar dan bersemangat waja.
Balik-balik tengok blog tajuk "bukan tunangan orang" sampai aku sendiri pun muak tengok.

Alhamdullillah dah jadi isteri orang sekarang...Macam tak caya jer, tetiba boleh berdua-duaan kat rumah tanpa risau JAIS, tanpa risau jiran and tanpa risau cerita sensasi berdua-duaan akan masuk Gua.com...hehehehe..

Nak update, mmgla tak de masa...bagi aku tune balik ke landasan yang betul..tapi kalo nak sedikit review, boleh la berblogwalking ke blog cadlynn:

- majlis belah perempuan.
- majlis belah lelaki (gua demam babe time ni)

Full gambar, kat facebook banyak ler kengkawan tag..tapi nnt baru sort,simpan,grab bagai..Yang pengting nak tunggu final gambar dari OP...haritu gambar nikah dia dah habis edit..aku sempat tengok kat ipad diorang jer...

Kesimpulannya NANTI..nanti..NANTI...nanti...hehe

Bukan lagi tunangan orang..

Posted by mizzura on Tuesday, September 27, 2011. Filed under:
18 Comments

Hai kengkawan...


Sorrylah blog ni sepik dan sendirik aku bencik. Cerita ada, tapi haritu Cadlynn offer diri jadi PA@typist untuk blog aku, nampaknya hmm masih tak melaporkan diri sampai sekarang untuk bertugas..


Sorry ler lagi, tajuk macam gempak. Aku masih tunangan orang cuma tak sampai seminggu ni aku bukan lagi digelar tunangan orang mengikut fahaman bunbun. Kalo tak faham..Cer refer komen dia kat entry ini...yang cakap "taknak bertunang dah" tu..


Get the point?


Kepada BFF (Blogger Friend Forever) yang rajin mengomen disini, yang rajin nak tau kisah K.I.S.A.H.N.Y.E dan kita saling menjengah kisah peribadi masing-masing...kitew nak minta alamat emel please :-) 


Got something for you!!


EH-ES-EH-PI -> ASAP Please :-D


Nota: Sebelum tempoh gelaran itu hilang mohon doakan yang terbaik untuk aku & dia ye...

Semalam yang...

Posted by mizzura on Wednesday, September 14, 2011. Filed under:
15 Comments


Panik sekitar LRT


Pukul 7.45 pagi sampai KLS dari komuter nak interchange LRT Putra to Ampang Park. Waktu beratur tengok keadaan ramai gila orang! Ada announcement cakap "LRT Putra ada masalah teknikal dan hanya boleh stop kat hentian terhad, sila pilih jalan alternatif" What?! Nak suruh aku naik bas ker? Aku mana reti bas KL (ALASAN).




Naik tren dari KLS sampai PASAR SENI sebab tren sampai situ je. Turun dan tukar platform sebelah. Naik lagi sampai KG BARU dapat announcement "Ini tren terakhir, untuk ke GOMBAK LINE sila naik tren platform sebelah" (LAGI SEKALI!). Sewaktu ramai orang nak keluar tren, tetiba setengah tu masuk balik. Rupanya, orang yang beratur kat luar nak masuk tu cakap "weih, diorang announce tren ni boleh sampai KLCC jugaklah" 

Keadaan sangat panik dengan macam-macam jawapan, tapi keluar jelah. Then, tren tadi blah. Orang semua kalut ke sana ke mari, tanya dia, tanya kau, tak pasti, main handphone, tangkap gambar suasana, kerut-kerut muka etc. Rasa macam aku tengah berlakon filem 2012 versi Malaysia. 

Time tu dah pukul 8.20 kot. Padahal dari Ampang Park from KLS 10min+ jer. Pastu datang 2 3 staf lrt mention tren baru ni ke laluan KLCC above. Platform sama yang aku keluar tadi. Dalam erti kata lain. Tau tak yah ler aku keluar tren tadi.(GRRRRRRRR.....)


 .:: Start station aku station ke 3 dari Port Klang - Bayangkan kejauhan ::.


Jamuan Raya


Dalam panik LRT rosak tu yang paling kesian Nasi Lemak aku (MAKANAN KEY U PERVERT). Aku beli panas2 kat KLS. Sampai ofis sejuk dah. Malas nak masuk microwave. Memula masuk dah kena tegur. "Weih tak pakai baju raya ke?" 

Aiseh..lupa plak ada jamuan. Aku pakai officewear shirt+pants jerk. Dah gosok seminggu nye baju. Lupa nak include baju kurung sebab jumaat coti. Makan sangat best tapi aku dapat 2 cucuk sate je. Aku topap salad 2 kali oo.. Padahal sebelum ni salad adalah makanan paling boring bagi aku. Confirm tak habis. Dressing dia buat tu sedap gila. Terus rasa nak minta resepi (RESEPI SALAD PUN NAK MINTA MINTA?). Bloated sampai rasa nak tidur.




Pavilion


Ada beli satu barang kat butik Pavilion hari Sabtu lepas, maka dengan gigihnya aku pergi lagi nak mintak exchange sebab ada very minor (MICRO KOT) defect yang aku notice. Gigih sebab aku naik tren LRT PUTRA dari AMPANG PARK turun DANG WANGI interchange Monorel BUKIT NANAS turun SG WANG. 

Dari St SUNGAI WANG aku jalan kaki ke Pavi. Ramai gila orang arab dan sebagainya.. Suasana hampir gelap, happening gila kot area sini macam ada pesta lantak ko.






Handphone 

Boleh plak, dah pergi butik tukar barang..cari-cari handphone tak jumpa. Pas aku kol guna public, ringing ok jer. Sah la aku tertinggal kat ofis (SENGAL). Aku kol tunang dia suh gak aku amik HP tu. Memula aku ingat nak kol 2 3 budak ofis yang aku bajet akan stay lagi..tapi celah mana kan nak cari no diorang. 

Dengan gigihnya (GIGIH LAGIK) aku patah balik ofis. Hari makin gelap, kepala otak tengah ingat step tae kwan do yang aku tinggalkan 12 tahun lepas (NAK LAWAN PENJAHAT). Aku reverse balik perjalanan tren atas tadi sampai ke ofis. Sampai ofis dekat 830+ malam.

Handphone ada dalam laci. Nasib, akak ofis baru nak turun ke basement carpark (DIA PUN BALIK LAMBAT), tumpang kereta dia sampai ke Stesen AMPANG PARK balik. Singgah bookstore beli Magazine EH! (CURANG PADA COSMOPOLITAN), pap, naik tren ktm plak balik rumah. Phew!



KEROPOK LEKOR


Kebetulan, pagi tu tunang pergi Terengganu meeting balik hari. So adala pesan kepok leko fresh dengan dia. Ate, dah aku berpatah arang melintang patah balik ofis amik handphone. Terus drag time nak amik. Ikut plan asal, nak turun station PADANG JAWA amik kepok, pastu straight balik rumah dengan komuter. Since, time dah delay sesangat (PENAT NAK MAMP JUGAK) so turun, PADANG JAWA amik keropok dan suruh dia antar..Kat station tu plak ada pakcik yang...hmmmm.. bagi ceramah agama sengsorang (KUATKUAT & AKU MUSYKIL).. Aku terus text tunang cepat sikit sebelum pakcik tu dtg dekat bagi ceramah agama kat aku plak. Nasib tak pape. Sampailah rumah dengan jayanya..








Begitulah kisah SEMALAM....


NOTE: KLS=KL Sentral.











MERDEKA-RAYA Kita!!

Posted by mizzura on Wednesday, August 31, 2011. Filed under:
12 Comments

(Nada menjerit) 
" Assalammualaikummmm... !!
Makcikkkkk...Kami datang nak raya...!!! "

Tahun ni unik sangat, sebab kita sambut Aidilfitri sekali dengan Hari Merdeka. 
Nasib lah ada 16hb Sept nak gantikan perarakan Hari Kebangsaan kan..

Di kesempatan yang aku gagahkan jugak ni, ingin mengucapkan...




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA!


Wordless Wednesday |Kesilapan Menganyam Ketupat|

Posted by mizzura on Wednesday, August 24, 2011. Filed under:
13 Comments


Apakah kesalahan yang terdapat pada ketupat anyaman aku ni?

Iftar yang berkualiti

Posted by mizzura on Sunday, August 21, 2011. Filed under:
5 Comments

Dari awal ramadhan sampai lah ke penghujung ramadhan, family aku tak pernah cukup korum nak berbuka puasa.. Ada je hal masing-masing. 

Adik no.2 aku meniaga kat bazar ramadhan. Bazar ramadhan tu 5 min. je jalan kaki ke rumah aku... tapi kadang-kadang closing dia lambat sket, so time azan maghrib dia takde kat meja... Kalo tak meniaga pun, weekend ada jer kerja company dia suh wat.. 

Adik bongsu plak kekadang tolong dia meniaga, Kalo dia malas, takpun balik tuisyen lambat jer baru ada kat rumah.. 

Adik no. 3 plak pergi offshore jer kerjanya, nak wat caner dah kerja dia.. 

Adik pompuan plak dok asrama, weekdays memang takdelah. So tetiap hari ada jer on off bilangan ahli keluarga yang berbuka sama. 

Aku pun, kadang ada hal so tak sempat nak sampai rumah on time, kadang hari minggu pun takde jugak.

Mama & Abah jer yang confirm ada kat meja makan sewaktu azan maghrib berkumandang.

So hari sabtu 20hb ramadhan lepas baruuuuuulah semua orang berkumpul buka sama-sama. Itupun sehari tu jerk. Sebab hari-hari lain selepasnya semua pun sibuk dengan hal masing-masing balik. Itupun kitorang makan kepsi jer, sebab malas nak pikir, fast food sudah..haha..janji dapat berbuka sama-sama. (walaupun tetiba adik aku selitkan kisah ayam kfc dan tapak kaki..ceittt..sabar jela...) Actually pagi tu masing-masing sibuk ada keluar shopping, cari barang raya pengantin etc... So takyah la makanan special-special.

Paling sedih, bila satu hari tu aku tengah discuss dengan boss aku.. tetiba dapat message dari mak aku.. "Sedih, (adik no.3) nak kena pergi Iraq this raya" mesti mak aku sedih kan.. yela.. kalo ikutkan last yearlah satu-satunya kami sekeluarga cukup korum di hari raya pertama sebab 4 tahun sebelumnya pun adik no.3 belajar kat obersea. Next year, sama ada tak cukup sebab aku takde, takpun terlebih sorang sebab ...Tettttttttttttttt....cer teka..cer teka..kenapa terlebih sorang..hehe..



Bila, anak-anak makin membesar...ibu bapa lah yang paling sedih kan.. pasal anak-anak semua akan jauh dengan hal masing-masing...eh..eh..aku plak yang sedih...hmmm macam dah tau jer skrip minta maaf hari raya pertama nanti. wink (>_-)



Wordless Wednesday |Salam Nuzul Quran untuk pekerja Selangor - Dari pekerja Kolumpo yang cemburu|

Posted by mizzura on Wednesday, August 17, 2011. Filed under: ,
7 Comments


Rindu mereka.. (PART 2)

Posted by mizzura on Monday, August 15, 2011. Filed under:
7 Comments

Dalam Rindu mereka.. (Part 1), aku ada cakap dua sessi kan. So Part 2 ni sesi malam plak. Haha. Macam kerja shift plak rasanya. Kitorang berkarok kat Just K family Karoake, The Mines Seri Kembangan.



.:: Kak oii, tak yah la nak kepak tangan tu, tak keluar sayap pun ::.

Sessi malam adalah activity private dan hanya orang yang dapat souvenier famous amos je yang terpilih untuk pergi.kikikiki. Actually, ni semua satu department aku. Department aku mmg sikit je orangnya. Kalo ramai, takdenya nak bagi famous amous, aku bg chocolate chip lebih coklat jer...haha..

.:: Dari kiri : Private Company, Private Hospital, Private School & Saving Private Ryan ::.

Yang tercorok belakang nun ialah Prebet Badul...kikikikiki...maaf ya buk..



Walaupun 3 tahun aku lunch hari-hari ngan cadlynn, beraktiviti sosial dengan cadlynn, tapi ni first time aku berkaraoke dengan dia. hahaha.. Dia nyanyikan lagu karma dari kumpulan cokelat..."selamat tinggal sayang..bila umurku panjang..lalalala... " Huwaa.. mentang-mentang ni farewell aku, semua dok nyanyi lagu selamat tinggal... nasib takde yang pilih salam akhir ke, andai ku tahu ke.. sebab aku rasa tu lagu menjurus ke arah...   nakmati

.:: Kiri Maia Ahmad, kanan Mulan Kwok, cer teka lagu apa? ::.


.:: Bingit sangat ke diorang nyanyi? ::.

.:: Yang pegang mic cool je, yang tak pegang penuh ekspressi.. lontarrrrkan kata kak Ogy ::.

.:: Yang malu tunjuk ekspressi pun ada.. Tarik habis kononnya ::.

.:: Nyanyi sambil ketawa berdekah ~ Hebat! ::.

Antara lagu nyanyian aku ialah elyana - kalis rindu aka lagu feveret, zombie-the cranberry song. Nadirah yang pakai shwal tu cakap "weih ni penyanyi asal ke.." sejibik eh? Kalo nak masuk Kilauan Emas nanti boleh la aku bawak lagu ni, confirm menang. Antara yang teringin nak nyanyi, lagu Mirae  sekali takde. Yang ada semua tulisan nippon. Mana nak paham..

.:: Saat terakhir bersama mereka ~ semua mata bengkak ::.

Lagu yang paling last kitorang nyanyi beramai-ramai, tangkap leleh la jugak masing-masing.  Mesti aku disayangi kan. kikikiki.. Kitorang nyanyi lagu Season in the sun dan Swear it Again dari kumpulan HidupBarat Westlife. Huwaaaaa...bengkek semua orang sebab lagu ni aku yang pilih..hahaha.. masing-masing terasa nak rebut tisu gitu...(perasan).

Last sekali, ucapan penghargaan dari setiap orang. Ayat bos aku paling best " You must love your job but never love your company".. sambungan lagi, "if you feel to come back we always open for you..." nangesssssssssssssss T_______________T

Bos, i memang sayang nak tinggal tapi i have to go.. "Kerna terpaksa, aku melangkah pergi..." - Lagu Francissca Peter. Bengkek, time aku nyanyi lagu ni waktu pertengahan event ramai pergi semayang, merokok, toilet etc. Baru nak feeling. Ceih.. Feeling sengsorang jela..

Balik rumah..hu...sedih gila..sambil fikir betul ke tindakan ni. Betapa kuatnya kan pengaruh tempat kita bekerja. Kadang-kadang dah jadi macam adik-beradik..tapi apa boleh buat..setiap benda bersebab..So enjoylah dengan orang di sekeliling anda! sekian :-D


Nasi tambah: Maaf la yer.. entry tak kena mengena dengan ramadhan..ni kisah dua bulan lalu. Agaknya dua bulan depan kuarla entry ramadhan aku..haha..psst..sekarang dah takde weekend lagi :-(


Bunbun + Doodle = COMEL!

Posted by mizzura on Friday, August 12, 2011. Filed under:
6 Comments

Hoyey..Hoyey.. Bila terpampang je doodle dengan nama aku, terus aku cantas schedule entry aku harini pasal Rindu mereka.. Part 2. Hamik.. betapa besarnya pengaruh BUNBUN PHILOFOBIA terhadap entri berjadual aku.

Oke...oke.. entri ni kakak khususkan untuk adik bunbun comel gila kucing gila purple dan gila doodle.. (ceceh dan-dan bahasakan diri kakak..inipun lidah berputar sampai ke lorong trakea nak membahasakan diri er..ar..emm..Ke..Ka..KAKAK?)

Mizzura Doodle by Bunbun

Bunbun yang aku kenal ni memang kreatif semacam..Dari mula-mula jadi follower, dia dah ada macam-macam jenis kepala blog  blogheader dia buat. Yang terbaru ni tak berkepala plak sebab kepala dia tayang kat tepi. Konon kreatif la tu..hahaha. memang pun (spesis ego taknak memuji)

Sebenarnya biar aku mengaku, yang aku dua kali kot buat muka tak malu mintak bunbun doodle. Sebabnya, tak puas hati tengok ezma pun ada doodle..kikikiki (spesis dengki takble orang lain lebey, bole?). Dan akhirnya, dapat lah jugak satu doodle dari adik bunbun kitew ni. Masuk kategori fashionista plak tuh!! (oke, faham...bunbun perli kan).

**************************************************************


Petikan dari blog bunbun pasal doodle design kat atas... 


4# maxi dress with leather jacket and leather boot
kalau korang tak nampak efek-efek leather tu aku tak tahulah hahahahaha.  
ahh suweet sangat. cam tak jadi je nak bagi Mizzura HAHA 
pemilihan warna dan pattern pada maxi dress itu adalah berdasarkan warna dan tema blog mizzura muahaha. kalau tak silap masa tunang dulu pon pakai baju karer macam ni kan? hehehehe

Tengok nak buat blockquote atas ni pun buruk susunannya..nampak benor dumb nyer aku ni.. Kagum seyh, dia boleh imagine n transfer ke bentuk kartun tomei ni. Aku rasa la..Bunbun gabungkan dari karektor aku berdasarkan gambar bawah ni..tudung sejibik macam gambar ke-3 tuh..cuma satu je aku terperasan.. design vintage kat dress tu sama dengan backdrop langsir pelamin tunang la bunbun..kikikikiki.. takper, janji dapat title fashionista yeww!!



**************************************************************

Sebagai tanda penghargaan, sebab tak minta bayaran tertunggak untuk doodle ni.. maka aku nak hadiahkan DODOL souvenier yang berharga  tak lebih dari £5 hehehe.. nanti bagi postal address yer bunbun. Tak tipu ni :-)

Rindu mereka.. (PART 1)

Posted by mizzura on Thursday, August 11, 2011. Filed under:
6 Comments

Okay.Kelmarin aku kecoh card reader hilang. Padahal, ada je gambar yang aku dah transfer dlm laptop. Aku rasa tercallpanggil untuk buat entry ini sebab rinnduuuuuuuuuu kat kengkawan company lama. Aku kat sini dah 3 tahun la jugak..


Aku ni mmg dasar mulut kerap berkata-kata so kalau masuk ofis yang senyap mula la kutu rambut mati. Bila tengok gambar ni aku teringattttt gelak tawa, huha-huha mereka semua.

Kenapa aku keluar dari company ni? Well, setiap orang ada reason dan target tersendiri kan. Naik gajilah, carrier developmentlah, rumah dekatlah, benefitlah..semua tu typical reason..cukup sekadar aku bagitau, apabila kita dah terlalu selesa..carilah sesuatu yang memberi cabaran.

Anyway, ni gambar waktu last day aku disiang hari.. Di malam hari ada session karok..

Kisahnye, aku boleh terbangun lambat hari last day tu sebab gatal buat diy souvenier untuk office mate department sampai kul 4 pagi kot... Aku ni kalo tetiba naik sheikh nak jadi kreatif dan-dan tu jugak nak buat. First time kot aku lambat g kerja sbb terbangun lambat! Serius tak sedar, dan abah cool je boleh tak tolong kejutkan...sbb ingatkan aku mmg tak nak g kerja...nangesT____T



Dan, aku pun tak sure sangat event makan-makan ni jadi ke tak. Rupanya, diorang dah tapau Ayam penyet Wong Solo set tu. Dan si cadlynn dengan berbesar hati orderkan jus alpukat kegemaran gue. Ya ampunn, terharu bangat karna loh itu sangat memahami gue!
(Weih, hantu jeruk purut mana sampuk minah ni tetiba cakap indon)





Plan nak makan ramai2 kat ofis, tapi sapa punya idea tah ajak makan kat mamak - azhar maju nun yang bukan feveret aku. tinggal order air je.. Lelaki korang taulakan, nasi tak cukup siap nak tambah lagi. Maka, itu sahaja lah aku nak cakap..baru 2 bulan lebih tak jumpe diorang..tapi rasa macam dah setahun tak jumpe T_T



.:: Tema Kelabu ? ::.

Worldless Wednesday |Borong Famous Amos Cookies|

Posted by mizzura on Wednesday, August 10, 2011. Filed under:
11 Comments


Plan B

Posted by mizzura on Tuesday, August 9, 2011. Filed under:
12 Comments

Ini adalah status FB aku malam tadi.


Lama tak membebel..Bila aku belek2 kamera..oh banyak lagi cerita aku tak update rupanya.. Contoh FB profile atas tu gambar aku pergi Broga hill somewhere in June kot. Si cadlynn dengan jayanya dah buat entry Broga. 

Sebenarnya aku tak tau mana pergi card reader aku, so tak leh nak upload gegambar pinjam korang punya boleh?!

Moga-moga, harini masuk kelija server semua okay kalau tak aku main sudoku nanti.. Takpun aku activate kan Plan B aku tu..hmmmmmmmmmmmm..


Ringkasan Ramadan

Posted by mizzura on Thursday, August 4, 2011. Filed under:
11 Comments


Assalammualaikumm... 
Sejak akhir-akhir ni, makin kering idea nak buat entry, malah yang dalam draf tak di post2 keluar, Maka aku berbesar hati nak guna taktik kotor mengupdate blog dengan membuat ringkasan entry Ramadan tahun lepas. Tapi maybe quite berguna untuk kamu-kamu semua kot, sila klik link tak berbayar yang diberikan yer..macih..


******************************************
Simple tips elak dehidrasi bulan ramadan ialah dengan berpuasa TEH/KOPI.


******************************************

Beberapa senarai tempat berbuka menarik yang orang mesti google di bulan ramadan:
SALOMA BISTRO RESTORANJalan Ampang.
FLAMING STEAMBOAT, Bandar Sunway
RESTORAN CERANA, Cheras Kajang.
RASA NUSANTARA, Shah Alam Convex.

Nak tahu tempat lain lagik, sila klik label k.u.n.y.a.h-k.u.n.y.a.h

******************************************


Kalau pergi param, boleh la singgah beli few masakan kelantan yang korang jarang jumpa/ tak pernah dengar macam LOMPAT TIKAM (aku baru tau last year). Ahh?? Masih tak tahu apa itu PARAM???!! Kunolah korang ni, aku baru tau last year jugak tau, tahun ni aku dah tak kuno.


******************************************


Kalau dah advance nak buat persiapan raya, bolehla ready beli KEREPEK kat hujung selatan selangor nun, takpun beli peti ais besor sket ker, maklumlah, bila tiba ramadan & syawal, PETI AIS kalau boleh nak je shout,"weih tak reti2 ke kapasiti aku takat mana manusia oiiii!!!"


******************************************


Penat di bulan ramadan? Siapa kata ramadan tak boleh pergi spa..Takat rugi takleh minum teh diorang je, lain  no problem. Kalau ragu-ragu buat full body massage cuba try Foot Spa kat TRUE SPA pulak.


******************************************

Part paling last untuk wanita hari esok ini, ialah kasik brooch bling-bling korang tu tahan lama. Rajin-rajinlah jenguk TIPS BROOCH kay 


******************************************


Ada lagi weih, tapi ni je taktik kotor aku, opps, tak dilupakan juga perkara patut/tak patut buat pada hari  NUZULQURAN nanti..


******************************************

Again, selamat menjalani ibadah puasa rakan-rakan. Moga ramadan kali ini, lebih diberkati dari tahun lepas, 2 tahun lepas, 3 tahun lepas dan tahun lepas yang seterusnya.

Amin...

Chorri.. tak boleh right klik plak :-)

******************************************