Salam Akhir 2010 (Thanks to Pasukan Malaysia)

Posted by mizzura on Friday, December 31, 2010. Filed under:
1 Comment

YAHOO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Memang riang ria rasa hati sebab esok CUTI! Terima Kasih dan Tahniah sesangat kat Pasukan Malaysia sebab jadi punca untuk segala kegembiraan seluruh rakyat Malaysia juga Indonesia yang bekerja di Malaysia :-)


Kalau tidak, mesti harini aku lemau-lemau pergi kerja kan. Hampir setiap minggu kejap HQ, kejap site. Aku naik pening dan letih yang amat-amat ni - SANGAT OKE?!  Rasa nak sangat pamper kan diri dengan pampers je..ops..typo error.. Rasa nak sangat pamperkan diri di SPA. Grrr..Bila nye nih!

Memula aku bosan tengok semua blog buat entri 30 Dec Cuti - Malaysia menang AFFTwitter Rio Ferdinand - Blog Awek Khairul Fahmi (kenapa BF aku tak jadi keeper eh) dan bla bla bla. Tak pasal-pasal aku pun terjebak buat jugak sebab aku tak mampu dah nak cakap yang aku GEMBIRA SEY! Gembira sebab aku ada my own sweet time yang lama untuk ucapkan salam akhir untuk 2010. ByeBye 1st January 2010 to 31st December 2010. 


Thanks for the moments. Daaaaa!!!!!




The Tourist - Review dari Premier Screening

Posted by mizzura on Wednesday, December 29, 2010. Filed under:
5 Comments

Huarghhh.... (mengantuk sat..)

Semalam bertuah dapat jemputan premier screening cerita The Tourist. (Oh, sesapa nak jemput saya premier silalah email sini :-) - yang FREE tau..hehe)


Sapa taknak lepaskan tonton filem my idol actress si Puan Angelina Jolie. Ditambah pulak hero dia Johnny Depp. Memang Brad Pitt aku campak tepi sungai Venice tu.

Sedikit sinopsis..


Angelina Jolie sebagai Elise mempunyai teman lelaki, Alexander yang sangat dikehendaki polis British. Mereka ni terpisah dan berhubung melalui kad comel rahsia untuk elak dari polis. Walaupun  dah bawa diri jauh ke Europe mostly background kat Paris & Venice (yang buat aku nak cakap kat boyfriend aku "nanti janji bawa saya ke sini ye"), tetap diburu oleh interpol Italy yang bekerjasama ngan British. (Heran, tak plak mintak tolong James Bond). 



Untuk mengaburi pengintip yang sibuk intai aktiviti Elise setiap hari, Alexander suruh Elise cari satu laki sebagai dummy. So that, polis semua akan ingat laki itulah Alexander. Dalam banyak-banyak yang tersangkut ialah si Johnny Depp yang merupakan pelancong Amerika. Kalo speaking London berbunyi THE TOURIST from America. (Get the point?)


Masalahnye, bukan polis je yang ingat Johnny Depp ialah Alexander. Ada satu ketua gangster pun memang tengah cari Alexander pasal Alexander lah yang songlap duit ketua gangster tu.. Kesian si Depp, dahla datang melancong Italy tak pasal-pasal ramai kejar dia. Dalam diam-diam terjatuh cinta ngan Elise pulak tu. Parah betul. Orang jatuh cinta mesti sanggup buat apa saja kan lagi-lagi waktu bibir munggil belah dua Elise hampir-hampir ditoreh ketua gangster.(Suka-suka nak cederakan aset berharga angelina nih..grrr...)

.:: I lap you Edward Scissorhand..eh silap ::.

TAPI... Siapa pulak Alexander tu.....??????

Anyway, Angelina kali ni berlakon kurang aksi & kurang beraksi seksi dalam erti kata lain nampak lembik lah pulak. ahaha. Lagi suka Angelina si Lara Croft yang cool tapi lincah penuh aksi. (Maaf Salt tak tengok lagi). 

Johnny Depp watak agak sederhana, taklah terlalu jadi hero tapi taklah dungu sangat even dituduh penjenayah besar. 

Overall filem ni sangat-sangat rilex plus ada verry verry light comedy. Aksi percintaan yang tak terlalu heavy. Aksi ganas yang tak ganas ponnnnnn walaupun ada ketua gangster. Just satu cerita ringan yang bolehlah nak  layan weekend ni. Nak layan game lawan boat cerita The Tourist sila ke SINI pulak :-)

R.A.T.E = 3.5/5


photo credit to Google Image Search & Sony Pictures.

Carbonara Sedap kat Pizzeria

Posted by mizzura on Tuesday, December 28, 2010. Filed under:
9 Comments


 


Sapa fans carbonara? Aku jumpe satu yang sedap kat Pizzeria, Hard Rock Hotel, Penang. Rege dalam RM20~30 aku tak hingat - portion makan 3 orang pun tak habis kot. Alah yang pasti setiap meal kat sini >RM20 tapi serius...anda takkan hampa..Jadi kosongkan tangki korang before datang makan sini.

.:: Nama Pacific Passion ::.
(ada unsur-unsur rasa ubat demam kanak-kanak tapi still sedap)


.::Daging Burger tebal sumpah semput kalau makan ::.

.:: Crunchy Pizza ::.
(sorry nama semua lupa)

.:: Caramel Latte ::.

The best part kalau nak dinner sini ialah apabila orang belanja makan...yehuuuu...!!!!!!!!!!! Selamat poket kering hujung tahun aku. I lap muka so much orang suka belanja-belanja nih. Toceh..toceh..


.:: Birthday cake? ::.
(Bestkan dapat birthday surprise gini - ni resolution aku 2011)

Anyway, Happy Birthday again to Fida (-_*) !

m

Paintball @ Ladies Extreme Day : Match 3

Posted by mizzura on Monday, December 27, 2010. Filed under:
8 Comments

Next, abang-abang tu bawak pergi ladang kelapa sawit. Mak serram yeww -jangan apa-apakan i...hahaha.. 


Kat ladang ni dah jarang orang main sebab tu tempat agak tak terurus. tapi sini lagi enjoy dari semua padang & dusun. Takut ada binatang melingkar je lalu lalang kat sini. Manalah tau ia pun minat paitball.






Kat sini kawasan dia luas gila. Susah nak aim tau. Aku kan dah malas so aku cakap aku nak jaga belakang je. Setiap orang kena menyorok kat pokok pilihan masing-masing. Aku ada gak cuba tarik daun-daun kelapa sawit kering. Kekonon nak camoflouge la, tapi berat .. adoiiii baru nak berangan macam dalam filem


.:: pasukan penyembur racun rumpai ::.




.:: Pandai photog ni snap ::.

.:: Uit, ngelat ke tahan kentut ::.

Waktu kat belakang, dua kali pallet sasar ke kaki. Tapi sebab jarak jauh dia tak pecah la kena seluar, so takdelah awal-awal dah kena surrender. Hasilnya balik rumah cek kaki, lebam besar gila ko. biru kuning lebam tuh. Battle scar lah konon.




Satu part tu aku cek, pallet aku tinggal seketul je. So aku nak simpan untuk last kopek. Tetiba aku dengar marshall dok jerit-jerit ke arah belkang aku. Aku kalut tertembak ke orang belakang aku. Rupanya member aku yang game over pergi bukak face mask otw keluar kawasan. FYI, face mask dilarang bukak dalam kawasan permainan. Ada satu kes, orang tu bukak, terkena pallet sesat terus mata buta. Sebab tulah paintball kategori EXTREME!




Ces, rugi pallet aku siot. time tu aku bisik marshall cakap peluru habis nak declare kalah ke tak. Pasalnya aku je last woman standing untuk So Sweet Grup. Marshall nak offer tambah pallet atau tukar marker. Tengah dok discuss aku nampak kiri aku ada sorang ~The Angels~ tengah aim. Toleh kanan lagi sorang plak on the way. Dari aku kena tembak lebam baik aku serah diri. 








Aku angkat tangan cecepat dan kumpulan aku kalah seperti biasa. Yeayyyyyyyyyy!!




Serius. best gila main kat sini. Sangat-sangat recomended. Aku dulu first time main kat TT sport, Subang (boleh nampak kalau naik komuter turun subang). Tapi time tu limited so takde experience cenggini. lebam tu lebih seminggu lah hilang. So sexy girl, pakailah berlapis-lapis kalau main paintball yer laling...


.:: Inilah...barisan kita.... ::.

So tamat sudah kisah Ladies Extreme day. Next kitorang plan nak pergi panjat Bukit Broga tu takpun main ATV kat Kemensah ke kat mana tah. So stamina kena jaga bebetul nih.




m



Paintball @ Ladies Extreme Day : Match 2

Posted by mizzura on Sunday, December 26, 2010. Filed under:
1 Comment

Untuk match 1, First Game ~The Angels~ vs So Sweet Grup 1-0, Second Game ~The Angels~ vs So Sweet Grup 0-1. So serilah kiranya ni. Bangga oo.Walaupun aku keluar padang awal & tak dapat sumbang apa (kamikaze je lebih) tapi team aku berjaya jugak melepasi halangan ~The Angels~ yang ganas gila.


.:: Posing jangan tak posing ::.

.:: Budak-budak kampung situ ::.


Lepas rehat, kitorang terus gerak ke dalam kawasan yang berhutan sikit. Ala-ala latihan komando gitu. Dusun sapa lah diorang pergi setkan jadi padang paintball ni. Sini banyak nyamuk tau. grrr..Nasib diorang bakar daun kering wat halau nyamuk.




Untuk Match 2 ni, korang tak perlu kutip bendera kat tempat lawan macam yang Match 1 tadi. Kali ni lagi extreme pasal korang kena naikkan Jalur Gemilang yang terletak di tengah padang dusun tu. Serius aku tak berani jadi heroin naikkan bendera pasal nanti kena talu dengan budak ~The Angels~ ni. Mati awal lagi kan. So biar aku jadi defence aja sudah.








.:: Amoi ni gila berani.banyak cubaan dia pergi naikkan bendera ::.

Kat area sini, bunkers bukan lagi tong atau gegelung kayu, tapi timbunan tayar getah. Rendah gila, so lagi bagus kalau korang baring aja jadi sniper macam  akak ni. Dia memang otai o. seram aku kalau dia dekat ngan aku. Akak ni nama aja anak 3 tapi bakat boleh jadi perajurit negara lah kiranya.









.:: Entah gaya apa aku buat ni. Pemalas dowh ::.

  
Match 2 ni, first game kalah pulak. Pastu aku dah malas dah nak all out. Asal all out je kena tembak. Aku yang tak pandai hiding ke atau ~The Angels~ ni memang sepakat aim aku aja. Confuse aku.


.:: Kepala dia lebam ::.

Udah nye, second game aku dah malas nak letak harapan tinggi. Kalah pun kalah la..janji pallet ni habis. Mula lah aku buat perangai. Aku kutip saki baki pallet kat tanah tu, aku picit kasi keluar color. Pastu sapu ar kat muka. Baru la nampak cam red indian.haha. Tapi pallet ni kaler kuning dah sama ngan baju kitorang. Pas aku buat, memasing sibuk nak gak. Haha. pedulik ah kan. Janji FUN!!!!!!!.. 



.:: Red Yellow Indian...loll loll lolll...lolllll...! ::.


Ye. Second game pun kami kalah. So this time total markah sudahpun 4-1 yang mana aku rasa..lantak kaulah markah.hahahah.


Ada lagi story tau untuk match 3 :-)