November Rain

Posted by mizzura on Tuesday, November 30, 2010. Filed under:
2 Comments

Dikala bulan November yang tiada makna terhadap diriku. Aku merenung ke luar jendela kereta. Hujan membasahi jalan-jalan raya, satu hari demi satu hari. Lantas aku teringat barisan bait demi bait. Lagu pertama yang pernah ditujukan kepada aku bertahun dahulu oleh seseorang insan istimewa..November Rain.


Daku tak mengerti, dalam erti kata lain tak pernah dengar pun.. Karena tipikal gadis yang hanya kenal 1 lagu popular sahaja dari GnR – Sweet Child o Mine .. Sehinggakan kamu terpaksa smsku “buka MTV sekarang..” semata-mata mahu aku dengar lagu ini..(sweet tak? *wink*)


Sungguhpun November tiada apa-apa erti istimewa bagi diriku..Melainkan hari jadi adik. Namun.. November Rain adalah lagu teristimewa bagiku..



When I look into your eyes I can see a love restrained
But darlin' when I hold you, don't you know I feel the same? yeah
Nothin' lasts forever and we both know hearts can change
And it's hard to hold a candle in the cold November rain


We've been through this such a long long time
Just tryin' to kill the pain, ooh yeah
But lovers always come and lovers always go
An' no one's really sure who's lettin' go today, walking away


And if we take the time to lay it on the line
I could rest my head just knowin' that you were mine, all mine
So if you want to love me then darlin' don't refrain
Or I'll just end up walkin' in the cold November rain


Do you need some time on your own?
Do you need some time all alone?
Everybody needs some time on their own
Don't you know you need some time all alone?


I know it's hard to keep an open heart
When even friends seem out to harm you
But if you could heal the broken heart
Wouldn't time be out to charm you?


Sometimes I need some time on my own
Sometimes I need some time all alone
Everybody needs some time on their own
Don't you know you need some time all alone


And when your fears subside and shadows still remain, oh yeah
I know that you can love me when there's no one left to blame
So never mind the darkness we still can find a way
Nothin' lasts forever even cold November rain


Don't ya think that you need somebody?
Don't ya think that you need someone?
Everybody needs somebody
You're not the only one, you're not the only one


Don't ya think that you need somebody?
Don't ya think that you need someone?
Everybody needs somebody
You're not the only one, you're not the only one


Don't ya think that you need somebody?
Don't ya think that you need someone?
Everybody needs somebody
You're not the only one, you're not the only one


Don't ya think that you need somebody?
Don't ya think that you need someone?
Everybody needs somebody





(just nak kasi dengar lagu - takde kena mengena ngan video klip)



p/s: eheh..testing..testing..okay tak berjiwang di saat jiwa kacau:-)


m

My Face On The Billboard.

Posted by mizzura on Monday, November 29, 2010. Filed under:
5 Comments

Witwit semua..!

Korang apa cer? (Nak tau, bos aku yang Philiphine tu aku dok ajar "apa cer?" = apa khabar version urban, terus semua orang tua muda melayu cina india dia bantai apa cer?,aiyok.. harap DBP tak marah)

Yeah..yeah...im so proud..my face is everywhere in the New York City..Wow..Rasa nak launch 1 perfume lah sempena hal ini. Boleh? Nak beat DKNY..hehe.

.:: Rakyat Malaysia yang bangga lalu gambar terlebih space ::.

Nampak tak..Iconic okeh..besh..besh..



Wanna be part of me..? Come join me in COSMO'S Global Campaign ! Semua gambar yang ada sini adalah dari gadis/wanita cosmo seluruh dunia tau..

As simple as 1,2,3, korang just klik ke link ini --> http://www.cosmofff.com/ . Kalau ada FB lagi senang, upload jer photo dari FB, so make sure FB korang ada profile photo yang gorgeous ek!

.:: Acah je photog ni ::.

Though acah-acah, aku tetap nak senyum manatau di boleh buat magic snap guna screen (macam dulu-dulu bila kena tipu ada camera nak snap gambar, penat senyum sekali keluar gambar monyet...ciss..korang pernah kena?)


.:: Cover Page Next Month ::.

Nampak tak editor is discussing about me... alah jangan risau dear editor..next issue majalah you akan lagi meletop kalau letak muka i tau..tau..tau..Pastu jangan lupa invite kawan korang jugak.. jangan bajet diri sendiri jer nak glamour..ahaks.!


So, apa tunggu lagi darling jom sertai kempen antarabangsa ini! Jom Malaysian COSMO Die Hard Fan kita beat COSMO readers dari negara lain..yihaaa.. Lets get FUN, FEAR & FABULOUS darling..!!!!!!!




Allah dari retina mata kamu..

Posted by mizzura on Thursday, November 18, 2010. Filed under:
6 Comments

SubhanAllah...sungguhpun ini mungkin kaitan dengan pantulan cahaya komputer dengan mata or tak tahulah apa istilah saintifik nak cakap. namun tetap teruja bila berjaya melakukannya.

Ni aku share satu info dari blog Hot Blog. Hanya pandang image ini (3 titik) selama 10 saat dan lihat ke dinding kosong...

Ingat..Lihat 10saat ke 3 titik tersebut dan alihkan pandangan anda ke dinding kosong (kalau boleh yang kaler plain aja). Tenung seketika..Okay...


Korang nampak apa..?


M

[S]A[L]A[M] [A]I[D]I[L]I[L]A[D]H[A]

Posted by mizzura on Wednesday, November 17, 2010.
4 Comments

Selamat Hari Raya Haji eh Korban eh Aidiladha eh..ha mana satu tu..? 


Semua pun boleh...


Pergi tengok lembu kena sembelih tak? Itulah aktiviti wajib aku waktu kecik sebab rumah depan padang aja. Belum hari korban pun aku and adik-adik akan pergi ice breaking dengan semua lembu-lembu yang ada...tapi itu..kecik-kecik duluuuuuuuu......


Semalam adik cakap kat area Tmn Seri Andalas, Klang, waktu dia otw home nampak lembu tengah berlari-lari anak..diikuti dua tiga orang berlari-lari pecut dari belakang lembu tu. Pastu lembu tu berenti parking kat area pasar Andalas..penat lah tu..Kah..kah..kah..


Boleh bayangkan tak?

*
*
*
*




[S]A[L]A[M] [A]I[D]I[L]I[L]A[D]H[A]


.:: Ada kek batik kat rumah tau ::.
(photo credit to google image)

SKYLINE ~ DON'T LOOK UP!

Posted by mizzura on Tuesday, November 16, 2010. Filed under:
10 Comments


Memula..biar aku gelak berdekah dulu..kahkahkahkahkahkah…Cerita apa ni ooi…Dekat dua jam takde apa motif objektif vision mission jangka panjang jangka pendek. Dont look up konon.


Poster jer gempak, cahaya biru dari kapal cam UFO lah.Tagline gah kemain siap kata selama ni, NASA dok acah-acah panggil mahkluk asing (ET) ke bumi, dan kemudian bila Alien Woksyop datang sambil kata "ha, panggil sangat ni aku datang nak bunuh manusia". Not exactly camtulah ayat dia..tapi ayat kasarnye cenggitulah.


Waktu terpandang light biru tu, nanti semua orang kena tarik masuk kapal angkasa mahluk asing ni, muka berurat mata putih bagai. Dah habis saspen lah ni.


Ingatkan, mamat bawah ni yang akan jadi Hero, rupanya tak pulak. Dan yang paling bosannya, takde ending. Mati bodoh macamtu ajer..Dah la duration cerita ni berlangsung untuk 3 hari..nak habis barulah hari ketiga..slow betul ceritanya.. macam takde idea jer pengarah SKYLINE ni..Sungguhpun ending dia tak macam typical Hollywood movie, tapi tetap TAK BEST.




Nak tengok? Toksah ler bazirkan wang anda..

m

"HOT" Can Drink (Minuman Tin "PANAS")

Posted by mizzura on Monday, November 15, 2010. Filed under:
8 Comments

Ni barang menarik staff ofis aku dapat. 
Maka ramai-ramai berkumpul untuk saksikan barang baru ini.

.:: Cafe Latte dalam Tin tapi PANAS! ::.

Produk ni staff aku dapat dari family members dia.
Halal lagi katanya.


Siap ada instruction untuk mengaktifkan bahan pemanasan, 
so automatically air dalam tin ni akan panas. 
Gitu konsepnya.


Memula tu kena terbalikkan tin dan kopek  label bawah tin. 



Sebab apa kena kopek, sebab bawah tin tu ada 
satu butang untuk aktifkan unsur pemanasan dalam tin tu. 
Tin takkan panas bila dipegang pasal ada insulation.




Pas tekan butang kena goncang tin selama 20 saat.
Time ni kitorang paling saspen. Kotlah dia meletup bergabung ahh!




Belakang dia ada indicator yang tunjuk air dah sedia untuk diminum. 
Saat ni memang masing-masing paling tak sabar nak tengok.




Serius, memang panas. 
Tapi kopi nya rasa tak berapa sedap arr...
kurang kaw..
Aku rasa sikit jer maklumlah failed sikit bila minum kopi.
Pening nanti..



Pasni travel, kalau nak cepat takyah lah nak 
singgah R&R untuk minum air panas. 
Dalam tin pun sudah ada. 

Menarik jugak kan..?!!
Cadlynn pun salah sorang saksi kejadian ini. 
Kan lynn kan...?? hehe

m

REHAT

Posted by mizzura on Sunday, November 14, 2010.
4 Comments

KRRIIINNGGGGGGG....!!!!!!!!!!!!!!!

Loceng sekolah berbunyi, menandakan waktu rehat.
Begitu juga blog ini.


KRRIIINNGGGGGGG....!!!!!!!!!!!!!!!

Okay..Okay..
Bunyi lagi.
Saya dah terlambat untuk rehat.

Bubbye..!


I'm So Sweettttt...

Posted by mizzura on Saturday, November 13, 2010. Filed under:
2 Comments

Salam Sabtu-bi-du-bi-du....


Di hari Sabtu yang bencinta ni memang bencinta kalau pepagai dah ada aktiviti kan. Ni pun cepat-cepat culik masa nak buat entri. sebab most of my entry dah dischedule kan cuma hari ni nak bagi chance lah konon untuk entri SIARAN LANGSUNG :-) . Untuk yang setia mengomen, nanti ada masa senggang (oh senggang gitu) kita buat lawatan balas kay..


Ni tengah godek GPS adik dengan buku map besor abah. Harini aku ada aktiviti extreme.Perlawanan antara kumpulan The Angels menentang ditentang So Sweet Grup. Alkisah aku dan cadlynn ni memang satu dept. Makan pun berduo jo. Kitorang telah dipisahkan pulak. Aiseh. Baru rancang strategi ngan dak lynn nih nak aim sapa.




BTW, aku tak kisah pun grup mana, cuma perang physcology dari The Angels bikin ala-ala panas jer ek.. "Ko dah la brutal, nama kumpulan so sweet..."


Nak buek camano...dah majoriti kumpulan aku semuanya sweet sweet gitu...aku ni menempel aja group orang..haha..takpe siap ko The Angels!


Dah..dah...siap-siap..kang lambat punca dari aku pulak..


Nasi Tambah:
Teka aku nak g main game apa..?



Selamat berhari 
Sabtu-bi-du-bi-du

Z.U.R.A
Sweet Corn...
tehehehhehehe..


m

Tuala Wanita Cool Design

Posted by mizzura on Friday, November 12, 2010. Filed under:
9 Comments

Perasan tak, laptop dulu kosong hitam biasa aja kan. Sekarang HP, Lenovo, Dell semua pakat buat design funky, retro, abstract sebagai memenuhi gaya hidup muda remaja, urban, ada stylelah  dan bla..bla..bla..






Tak kalah, peti ais pon instead of color hijau, silver/gray, putih punnn dah ada yang design funky-funky kasi nampak ceria je rumah. Tak perlu lagi letak alas quilting peti ais yang kita buat time projek ERT.






Dannn...kini ada satu lagi barang kegemaran wanita tetap tak kalah nak nampak cooolll bila dipakai. Ye..rasa cool bila dipakai ye..bukan sebab ada ice atau peppermint tapi sebab ada corak warna warni ini.....














Mana aku tau semua ni?

Satu hari dapat email dari Kotex, maka teruslah ke Link yang diberikan.

Lepas ke link itu, korang akan dapat 
macam-macam info pasal tuala wanita warna warni ni. 
And , jangan lupa untuk klik mintak sample tau! 




Agak rajin takde kerojer, buatlah quiz untuk test personaliti korang.
 Dan result aku ialah:




Nak jugak kan? Silalah ke website KOTEX-WOW



m

My First Touch

Posted by mizzura on Thursday, November 11, 2010.
5 Comments

Seumur hidup tak pernah buat hantaran tau. Even waktu my BFF nak tunang/kawin pun saya takde tolong dia. Dalam keadaan urgent, habis semua dia buat sendiri.


Ada satu kes urgent jugak, saya berjaya menyiapkan satu hantaran orang untuk kain lace. Nasib kain tu dah memang ada kotak, maka tambah tolak bunga, riben semua jadilah begini.(Guna apa yang ada aja)


 .:: Okay tak? ::.


Dalam kereta pun masih dok tolong finalise kan design tu. Nampak tak ada gunting kat gambar bawah tu. Ambik kau! Urgent tak ingat. Tapikannnn.... Eeee.. Seronok pulak rasanya buat hantaran orang nih, nak tempah ke? :-))))) tolong jangannnnnnnnnnn...!!!!!!!


.:: Hantaran Delivery ::.

Kafe Upin & Ipin (La Boutique Cafe)

Posted by mizzura on Wednesday, November 10, 2010. Filed under:
10 Comments

Betul..betull..betulll....



Ye..betul... ! Ada kafe Upin & Ipin.  Tapi nama sebenar kafe ini ialah La Boutique Cafe. Satu hari tu teman mama tengok-tengok kain kat Jakel, Seksyen 7, Shah Alam. Dah habis usha kain terasa haus. Nasib lah ada satu kafe bukak kat belakang Jakel. Point utama nak hilangkan haus jer. Alih-alih lain jadiknya. 

.:: Mango Juice @ RM3.80 ::.

.:: Cendol @ RM2.80 ::.

Cendol dia kureng sket pasal pakai ais ketul, lainlah macam cendol Kuala Kangsar tu kan. Time belek-belek menu, tertarik dengan dua tiga makanan - terus kami order. Padahal tengahari aku dah makan nasi ayam.




Nak tau apa yang aku order? ahaha....
|
v

|
v

|
v

|
v


.:: Nasi Ayam lagiii Upin ! @ RM6.90::.


Kecohnyaaaa.. Okay, nak mengaku yang nasi ayam kat rumah tadi aku makan sikitttt jer...jadi kenalah topap...takpe kan..kan..? Mama plak dia terighin laksa. (Oh rindu laksa kuale) Tapi laksa dia tak panas sangat so kurang feel lah kat situ. Nasi ayam upin pulak - just nice!

.:: Laksa Kuala Perlis @ RM6.90 ::.

Interior & exterior kedai ini memang 100% berinspirasikan kartun popular Upin & Ipin. Dinding kedainya design habis semua muka budak kecik kepala botak itu. T-shirt & CD pun ada dijual in case kamu Upin & Ipin Die Hard Fan berminat nak beli. So siapa yang ada anak-anak kecik mesti suka makan kat sini kan.





Harga..consider sesuailah ngan bajet student. Maklumlah, area ni kan dekat-dekat ngan UiTM & Unisel..Dengki kan, aku dah grade baru lah nak muncul kedai makan gini. Zaman aku dulu takat sek 2 je la...

Okay, Sekian saja laporan kunyah-kunyah minggu ini dari kak Ros (tetiba nak jadi kak Ros) hehehehe...

.:: Erk? Wartawan rahsia lah ::.


m

Bagi Jugakkk...

Posted by mizzura on Tuesday, November 9, 2010. Filed under: ,
6 Comments

Ingat tak last time aku ada buat entri 
Ala yang aku dapat free voucher tu, 
tapi terlepas date nak reply email.


 Makanya, pihak mereka sangat berbesar hati 
sebab bagi jugak voucher free itu. 


Cumanya, satu ajalah voucher itu, 
namun itupun dah cukup berterima kasih 
kerana sudi jugak nak bagikan.



Yeah! Jom layan movie weekend ni..!