Lunch Sandwich Je Kat Subway

Posted by mizzura on Friday, October 29, 2010. Filed under:
5 Comments

Kalau makan Subway tak pernah amik foot long yang 12 inch tu walaupun yang half 6 inch tu selalu rasa tak cukup, tak kenyang dan sebagainya.


And sesekali pergi mesti ingat-ingat lupa menu apa yang pernah rasa dulu. Yang pasti roti mesti pilih parmesan. Pernah try yang lain tapi kureng sket.




.::  Jom Lunch Sandwich Je::.


Part yang best waktu pilih sayur & sauce. Tak kiralah apa flavour aku amik aku mesti suruh akak tu taruk semua sayur & sauce yang ada. Leceh ar nak milih-milih, tunjuk tu tunjuk ni. Balun je semua. Bayar sama pun je. Haha..


Disebabkan rasa tak kenyang aku amik meal seat. Yang ni aku amik flavour Italian B.M.T apa tah. Campur Ice Lemon Tea campur 2 cookies sudah RM15.10. Udahnye malam lapor nasi. Haii..bila la mind ni nak set takde nasi tak kenyang..


.:: Buruk perangai makan kiri kanan ::.

M

Berdialog Dengan Bakal Hajah

Posted by mizzura on Thursday, October 28, 2010. Filed under:
6 Comments

Hari ini tepat 8.30 pagi tadi, selamatlah sahabat saya 
(my bestie tau!) dengan ayah,mak & suaminya berangkat ke 
Mekah Al Mukaramah dari Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.
 Kalau malam, mau gak aku mengiringi diorang. Dapat lah jugak
 aku tengok baby sulung diorangkan. Tapi tak dapat...tsk T___T. 
Diorang pun kul 2 pagi lagikkk dah bertolak dari Melaka. Woww..


.:: Mecca & New Clock Tower (during construction)::.


Seminggu sebelum pergi sempat berbalas mesej dengan 
my bestie yang aku panggil adik, pasal dia panggil aku kakak 
walaupun dia lahir 18 hari awal dari aku tapi waktu belajar aku 
banyak bagi pelindungan kat dia (macamlah taiko aku ni)..so jadilah
 aku kakak & dia adik..wink(*_-)


Dalam syok, beremel, aku tanya lah, nanti balik nak panggil 
dia hajah ke. Tapi jawapan dia sangat menginsafkan. Sepertinya, 
dia telah sepenuh hati membersihkan dirinya dan benar-benar 
ikhlas kerana Allah. Kagum bila aku baca ayat dia 
(Yang bergaris dibawah)


Dan siap bagi tips supaya cecepat daftar Tabung Haji. Korang 
bayangkan betapa ramainya sudah daftar. My bestie ni pun 
daftar waktu diploma dulu adalah dalam tahun 2004 kot. 
Katanya kalau daftar tahun ni, estimated pergi 2035. 
Apa???? Umur aku dah 50 camtu...mak aiiii....

Kepada sahabatku@adik, mintak maaf manatau sepanjang 
kenal kamu ada sakit hati ke, terlepas cakap ke, tergurau kasar ke,
 terhutang apa-apa ke. Begitu juga aku maafkan kamu and halalkan
 apa-apa sajalah yang terlupa (in case) atau apa sajalah yang 
ter..ter ni. Semoga kau & family mendapat haji yang mabrur.

SELAMAT MENJALANI IBADAH HAJI :-)
(juga kepada muslimin & muslimat di seluruh dunia)

5 Pasal Saya Bila Berbroadband

Posted by mizzura on Wednesday, October 27, 2010. Filed under:
9 Comments


Mari buat TAG.
Actually, ada entri lain nak post, tapi nanti adik manis EZMA ni dok jealous aja. (Padahal dia tak tau kita pon dok jealous dia pergi teman IncikFaiz dia ke stadium tengok bola. Itu belum lagi dapat pujukan manja dari IncikFaiz dia..arghh..cukup...hehehehe) 

Maka simpan ajalah entri dalam draft. Memang banyak lagik dalam draft tak di post-post..Belum lepas syarat wajib tayang post.

So...Lama sangat tak dapat TAG. Tapi rasanya ada jugak tag yang dah expired..Sorry kalau kita terlupa. Short term memory. (oit..Kena betul baru TAHU!)

Tag ni dari kak TIHARA. Dia pun dapat dari TUJUHHARISEMINGGU. That's why ada watermark TUJUHHARISEMINGGU kat image atas nun. Okay moh terus ke jawapan. Intro je dah dekat 4 paragraph. mesti waktu subjek penulisan aku tak dengar betul-betul penerangan cikgu apa itu INTRO.


5 PASAL SAYA BILA BERBROADBAND
(In my opinion, PASAL disini bermaksud TENTANG bukan SEBAB)

YAHOOMAIL

Adalah penting bukak Yahoomail. Sebab itulah segala punca untuk dapatkan latest update FB / Twitter / YouthSays / Blogger / Friendster / Jobstreet / JobsDB / Invitation dan bla..bla..bla..In case tak dapat bukak salah satu website tersebut, paling tidak tahulah ada something masuk/update. Plus ni email dari form 3, tak pernah tukar, so maybe kengkawan nak jemput kenduri kawin ke, semua ada dalam ni.



BLOGGER


Before terjerumus ke lembah blogging pasti Facebook berada kat carta ini. Tapi since dah berblogging, rasanya, korang paham-paham lah sendiri yek..Kalau cakap pasal blogging, maka partnernye ialah Nuffnang, Innit dan juga blog sendiri dan blog-blog lelainnye. Hari-hari dok mikir camne nak betulkan header masuk dalam tempatnya. Pikir sahaja lah buatnye tak.PEMALAS Anyone?




FACEBOOK

Bolehla...Tapi sekarang dah kurang jugak bukak since dah register ngan celcomSMS. So apa-apahal update just sms dari handphone jer. Sambil meeting pun boleh LIKE status kawan gitu. (Shhh..jangan gitau boss :-) hehe. Melalui SMS jer semua..Sonang..



MISS BIMBO

Mungkin korang agak asing lah dengan website ni. Tapi maybe feremfuan-feremfuan sukalah kot. Macam cyber pet lah ni tapi bukan jaga binatang - jaga avatar korang sendiri lah. Nama pun Miss Bimbo. Cumanya korang kena bagi dia makan, minum, jaga binatang, beli rumah, mekap kan, shopping, cari rumah sewa, flirting etc. Seriously kalau belum try tak usahlah...membuang masa..haha..cukuplah dengan FB & Blog..yang ni kalau korang tak jaga dia boleh mati wooo...takmo link..aku taknak galakkan.

.:: Avatar aku create - cool tak ?::.

BANK

Not to say everyday, but setiap minggu kerap gak bukak website bank nak buat payment ke, nak cek transaction history ke, maklumlah pakai debit card, kena gak alert apa yang kita dah swipe..kang tak sampai gaji tak sedar duit sudah ciput..time tu barulah nak sedar erti bijak mengurus wang.

.:: Oh berangan ada akaun swiss bank ::.

Tu jelah kot. Website paper jarang bukak pasal kat rumah tetiap hari abah sure beli paper 3 jenis. 2 Melayu 1 Omputih. Ada lagi yang wajib bukak tapi ikut arahan soalan - 5 aja.

Kena tag 5 orang plak ek. Calon-calonnya menantunya ialah:

(sila berhenti cemburu daku huhu)




(New follower at time of drafting this entry ~ As token of appreciation)

Walaupun kena tag 5 aja, tapi tetap nak tag lagi sorang iaitu bakal Pn ILYANI. Bila free buatlah ye..Tak buat pun tak marah..No pressure..hehe

m


Pangkor - Tingkatkan Motivasi Bekerja!

Posted by mizzura on Sunday, October 24, 2010.
13 Comments

Eleh, jerit macam dah pergi je Pulau Pangkor tu. Aku rasa nak cuti sangat. Lebih-lebih lagi nak hujung tahun ni. Motibasi kerja pun sudah kurang ni. (As if, kalau pergi cuti tu semangat naik lah) hahaha...

Nak gi belah2 pantai timur ni takut tengah musim tengkujuh plak kan. So fokus yang dekat je lah. Lagipun kalau boleh tak nak membazir. Hujung tahun banyak sale murah2 - nak shopping lagi. Oh fomfuan..Tolonglah~~~

So far, rasa nak pergi Pangkor je. Dekat je pun. Malas nak gi jejauh. Ingat nak ajak 1 family pergi. Lagi-lagi bila baca mag dia ada promo pergi Pangkor Island Resort.Urgh..mahal tak situ?


.:: Pacific Wing - Pangkor Island Resort ::.


.:: Aryani Spa - Pangkor Island Resort ::.

Oh...tiba-tiba teringat lak last and the only aku pergi Pulau Pangkor ialah pada tahun 1993/4 gitu. Time tu aku darjah 2 ke 3 kot. Maknanya dah dekat 17 tahun aku tak jejak situ???!!! Takat jejak jetty Lumut tu adalah 2 years ago. Aiseh....Nampak kan aku memang patut pergi sana..kan..??kan..??

Nasi Tambah:
Aku ingat lagi, kasut Princess warna gold (cantik tau-hehe) aku koyak gara-gara asyik terkena air laut jer..


Gambar untuk menaikkan semangat !
(Credit to google image)


--> Link (kecik-kecik pernah gambar kat sini)



--> Link





--> Link (betul eh Pangkor ada camni? Cam tak percaya je)


dan..dot..dot..dot..nak tengok lagi gambar sila google image lah yer...

m

5 Info From Altitude Premier Screening

Posted by mizzura on Saturday, October 23, 2010. Filed under: ,
7 Comments







5 Info yang anda tahu kalau pergi tengok
  1. Starting yang a bit slow tapi tengah-tengah ada rancak sket. Apakah lelaki yang dipanggil Bin L@d3n itu buat something pada Plane yang dinaiki Sara & Friends?
  2. Apa yang Bruce imagine pasti itu yang akan terjadi. So dia patut dipersalahkan sebab kuat imagine bad things- such a nightmare lah apalah. Kesian betul kat kawan dia yang mati Mel, Cory & Sal.
  3. Ending yang kelakar, sebab bila Bruce imagine benda baik, terus raksasa sotong  tu lepaskan Sara. Kikikiki..OOoo..Itu macam ka?
  4. Pelakon utama 5, Pelakon sampingan 7(Ibu-bapa-boy,ibu-bapa-girl & Bin L@d3n), Pak pacak tak perasan. Tapi most of the time fokus kat 5 orang tu je as if diorang je yang berlakon dari mula sampai habis.
  5. Di arahkan oleh Canadian Comic Bookwriter yang mengkategorikan sebagai seram. Nak tahu tahap seram orang Canada? Tontonlah Altitude..ngeh..ngeh..ngeh... Ketawa lain macam je?



5 info yang anda memang tak tahu:
  1. Sebab ini invitation premier dari Nuffnang. First time dapat tau! Mekasih:-)
  2. Confident pergi wayang yang dekat bowling tu, padahal situ GSC..
  3. Kami dapat dua pop corn & dua coke free walaupun kami terbeli coke lagi dua. Adik kata takpelah nak minum banyak-banyak, kakak kata dah rugi RM5.60 + gila apa minum carbonated drink banyak-banyak. 
  4. Comfortable...Sebab seat kiri kanan kami kosong takde orang. Yeah!
  5. Habis awal..Then rush balik rumah sebab adik nak tengok Glee..Adoiii budak ni…


Nasi tambah:
Aku cam nampak kenwooi jer pakai baju hijau ngan gepren..betul ka…?? 
Tak sabar nak tengok Harry Potter & Narnia!


M

Wrapper Si Pembalut Hadiah

Posted by mizzura on Friday, October 22, 2010. Filed under:
4 Comments

Last week ada dapat invitation untuk Birthday Party Kiddos, umur 6 tahun. Hadiahnye dah beli waktu Pink Shopping Night. Tapi tak sempat membungkus. So dengan bergegasnya, plan nak pergi Memory Lane la mintak akak tu bungkus kan, sebab mind dah setting diorang bungkus cantik.


Since parking dalam Jusco, keluar pun ikot lif Jusco maka termasuklah dalam Jusco, maka ternampak lah ini. (Dalam hati, ah watper gi Memory Lane ~ Mahal). 




Pembalut Hadiah! atau orang melayu lagi suke sebut wrapper kasi nampak kelas sikit. Pembalut..pembungkus hadiah..panjang nak sebut..ek..?


 .:: Wrapping Paper ::.

Tiba-tiba terkenang zaman sekolah-sekolah. Kalo besday kawan je, mesti nak pilih wrapper paling cantik. Nak balut cantik-cantik. Nak lipat cantik-cantik, berkipas-kipas lagi. Kalo suruh amoi bungkuskan pulak mesti tak nak lepaskan peluang tengok dia bungkus. Sebab nanti next time boleh tiru. 


Padahal penerima hadiah bukan kisah pun siapa yang bungkus hadiah tu. Koyak aje kalau dah dapat hadiah. Oh, saya simpan ye. Saya sangat sentimental tang-tang hadiah ni. So far still simpan lagi wrapper yang cantik-cantik dari kengkawan dan si manis jantung sweetheart.

 .:: deretan kotak hadiah~SUKER ::.

Tapi sekarang senang, box yang dijual semua dah siap ada reben. Takpun wrapper bentuk cam paper bag pun dah siap ngan reben sekali. Tinggal masuk hadiah jerk kan.


 .:: Yang ni RM4.50 ::.

Whatever pun, sampai sekarang saya tetap berangan dapat hadiah packing cantik-cantik. Lama betul tak dapat “present”. Ala yang contest-contest semua tu takmo kira lah..Tu lain story.  Tengoklah pic bawah ni.. Lawa kan reben dia..warna warni..terbayang perasaan waktu dapat..Eheh..padahal hadiah dalam biasa2 jer kan..tapi kalo kotak lawa pun dah cukup bahagia. uuwwww...


 .:: Yang ni RM18.90::.


.:: Buat Birthday Gurl! ::.

m



The Other Guy

Posted by mizzura on Thursday, October 21, 2010. Filed under:
3 Comments

Oh..lama betul tak buat entry pasal movie. 
Sejak ramadhan aktiviti menonton wayang di tangguh sementara sebab utama beribadah manakala sebab kedua nak simpan duit sebab raya nak kena bagi duit pada kanak-kanak kalau tengok wayang rugi jer nanti..phew..takde full stop!

Last week tengok The Other Guy.Dalam confuse 
nak tengok cerita apa, sebab ternampak The Rock terus pilih yang ni. 
Memang kelakar pun..tapi sayang...The Rock muncul dalam half & hour jer. Pastu mati pasal membodohkan diri terjun bangunan. 
Diorang ni kira hero polis lah memula ceritanya..


Since The Rock almamfus. 
Maka ramai lah mempoyokan diri nak amik tempat The Rock. 
Termasuk lah dua mamat yang di maksudkan  di bawah dipanggil "The Other Guy".

.:: Lakonan Mark (kiri) & Will (kanan) ::.

Muka cam kolot and penakut.
Tapi bini si Will ni mantap si Eva yang sexy. 
Ada satu part diorang berpisah jap pasal bergaduh..kelakar part tu, bila mak si eva jadi posmen untuk diorang berdua cakap hal laki bini. 
Overall cerita ni kelakar la..Tak rugi beli kalau nak light entertainment.
Ada Twitter Game lagi. Sila ke website ini.



Ahaks...
Nuffnang Premier tak reti-reti nak update ke..
Nanti cek buat norrr..




*Photo Credit to Google Image*

20.10.2010 ~ uniQue D@te !

Posted by mizzura on Wednesday, October 20, 2010. Filed under:
8 Comments

Adik-adik..hari ni berapa haribulan?
Dua Puluh Sepuluh Dua Ribu Sepuluh Cikgu..

Wah..cantik kan tarikh ni..

Let see..tarikh apa lagi yang cantik..

10.10.10
08.09.10
01.02.2010

Or Next year

09.10.11
11.11.11
20.11.2011

Dan dot..dot..dot..20.20.2020 ada?

Jangan tak tau, SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) siap deal untuk print date 10.10.10 atau 20.10.2010 pada lesen syarikat yang mendaftar pada hari tersebut. 100 tahun sekali katanya. Ha, yang ada blogshop tu, sesuai sangatlah nak register company harini.

Hebat kan penangan. Oh..tak lupa juga sibuk dok beli no ekor dengan nombor-nombor special begini..tah..tah..hadiah dia pun RM201,020.10 kan..? (Nasihat : Sila jangan bazirkan wang anda)

Mostly tarikh2 gini orang cakap cantik, sebab senang nak ingat..amboi..senang jer reason kan..ke malas nak ingat..for those yang tarikh anniversary campur-campur nombor ni memang tabik spring lah..kerna tahap memori yang tinggi untuk mengingati special date kamu itu.. say 26.04.1987..amik…semua no ada…!

Pun begitu…
Nak ucapkan Melaka Maju 2010..oop..tiba-tiba plak.
Nak ucapkan Selamat Berbahagia di tarikh istimewa anda!



Wajib Ke Buat Entri Kalau First Time Dapat Cek Nuffnang?

Posted by mizzura on Tuesday, October 19, 2010. Filed under:
11 Comments

Haha. Panjang gila title entri aku. Tak tau la wajib ke harus ke buat entri ini. Tapi saja-saja nak join kegembiraan cam penerima cek yang lain. Sampai tujuh lapan cek pun totap nak update entri kan..For me..sekali ni je cukuplah kot..lelain tu..ish malulah..rasa cam buat MLM plak.(oops jangan terasa ek, perasaan kitew jer yang malu)

Benda ni adalah seminggu dua yang lalu kot aku dapat surat. Memula tu aku konpius la sebab setiap surat yang dapat ada perkataan yang represent company diorang. Ni kosong semata. Surat saman ke..ye dak..?


.:: Oh.. Encik Nuff rupanya ::.

Sekali aku bukak. Oh Cek Nuffnang da...Yeay..Ni lah Cek Nuffnang pertama aku. Itupun tak bajet nak claim awal-awal..tapi terclick haritu gatal- gatal nak test kan.Okaylah tuuuu..account sendiri jugak..

Terima kasih kepada Nuffnang, Advertiser dan pengklik iklan juga Project Alpha. Sebab mostly RM$ tu banyak pun dari Cash Entry Blogging Project Alpha. Mekasih daun keladi, Next Project Alpha buat cenggini lagi.


.:: Alaa.. Tak banyak mana punn ::.
(Eleh..delete depan, konon. Dah tentu semua tahu nak cashout mesti minimum RM50.)




Yahoooo...!!
Orang Kampung aku dah dapat Cek Nuffnang...!!!


M

Tradisi Pow Gaji Pertama

Posted by mizzura on Monday, October 18, 2010. Filed under:
6 Comments

Adik aku ni dah dekat 3 bulan kerja tapi tak belanja-belanja kami lagi. Konon nak belanja buffet ramadhan haritu tapi nak kumpul kitorang satu family pun susah gak walaupun semuanya serumah.


.:: Mekasih budak - nasiblah kena pow ::.

Last-last before dia outstation lama, dapat jugaklah kami set appointment. Malas nak gi jauh, plan asal nak makan Kenny Rogers je tapi kul 8.30pm ayam dah habis. Spoilllll...

Last2, sebab takde plan B and perut memasing pun dah bergendang kitorang terpaksa makan dekat Secret Recipe. Kali ni masing-masing nak try menu yang tak pernah di ambil. Aku pulak amik menu selamat pasal kondisi perut dan tekak yang baru pulih dari jangkitan virus cinta.


.:: Lasagne ::.

.:: Beef Steak ::.

.:: Nama Baked Fish something with crab sauce *recomended* ::.


.:: Baked Fish with Mozarella ~ Masin sket ::.


OTW nak balik parking ternampak satu mesin penimbang. Mahal tau 40 sen dah. Kalau dulu penimbang jam tu 20 sen siap boleh dua orang lagi. Suruh adik cepat2 naik before jarum dia sampai kosong. Korang pernah tak buat camtu?

.:: Berebut semua orang ::.

.:: Eh budak ni pun sibuk ::.

.:: Tinggi kurang 4cm? mesin ni tipu! ::.
(apa kes gambar ni size kecik..haha)

Waktu aku timbang tak siapa plak tengok. Rupanya diorang dok bincang pasal BMI masing-masing. Macam aku okay lagi kena increase berat lagi 2 kilo. Yang lain pun average la. Adik aku yang sorang tu lagi melampau kena tambah dekat berbelas kilo. Gila skinny budak ni. Dah la tinggi lagi dari aku, tapi berat lagi ringan dari aku. Apakah?!


.:: Ni apa kumpul-kumpul ::.

.:: Siap de resit patut 40sen ::.

.:: Timbang penipu ::.

.:: Ni pun tak puas hati ::.

.:: Si Skinny ::.

Ah. Pas Syawal naik sekilo plak. Tapi kalau ikut BMI kena tambah lagi 2 kilo. Takmo-takmo. Nak turunkan lagi. Nak jadi Skinny cam Victoria boleh? Heheh..


M


Kenapa tak perasan email ni?

Posted by mizzura on Sunday, October 17, 2010.
8 Comments

Email ni dah lama kat Spam. 
Aku takde lah tengok, ingat promo apa ker kan. 
Sekali nak buat cleaning maibox terbaca dan terkejut den!
 Free Movie Ticket???

.:: Klik image nak jelas ::.

Lorrrr... Aku baca 17 Oct 2010. 
Dah expired plak. 
Takpelah, nak appeal boleh tak..
Alaaa..tak tau lah dia terima ke tak..
Tapi balas je lah email tu kan. 
Bagi je lah Postal Address tu.
Moga-moga dia tak berkira atas kelewatan aku ni. 
Sigh!

.:: Please..please ::.