Celebrities Who Stink

Posted by mizzura on Friday, May 28, 2010. Filed under:
12 Comments

Ala..kenapa bila saya check thru FB, mesti ramai dah submit entri untuk instant cash blogging. Ini membuatkan saya rasa down nak submit...tapi errr...arrr..err..tetap mahu join jugak. Fine tak dapat 20 hinggit pun takpe arr.. :-(

Ooop..Tajuk ni agak sensitip ni. Nanti kalau saya komen lebey-lebey pasal artis malaysia yang buchuk, terus keluar front page pancaindera kan. Pastu next week melodi datang rumah plak kan.*hek-eleh, bajet hot la tu*

Camtu kena pilih artis obersea lah camni. Command2 kena kutuk masuk E news ke, OMG ke - lagi fofular. Jadiii..saya telah buat kajian dengan umpan nak bergambar bersama mereka tapi sambil-sambil tu mencium ketiak mereka juga. Oh relanya kau buat tugas begitu.


3 Finalist for "Celebrities who stink" goes to-->>

.:: Pemenang akan menerima deodorant sponsored by Adidas Action 3 ::.

SALMAN KHAN


Haha..Of course lah bushuk kan. Asyik gaduh debish-debish je kan. Mana tak berbau..Pas gaduh bagai sambung menari plak..errk...ada hati plak tu pakai sleeveless..semerbak bau.

.:: Eh sarung balik jaket tu.Berbaulah ::.

AISHWARYA RAI


Hah. ni pun sama gang la ni. Dok menari.pusing keliling padang. Berpeluh dan berbau gitu. Nasib banyak scene menari and asyik tukar -tukar baju so bau tadi tak melekat selama-lamanya.

.:: Aish yang sporting bagi bau ketiak dia ::.



ORLANDO BLOOM -Winner!!


And the winner goes to..Hero sampingan Pirate of Caribbean nih..kerana..?? kerana dia tak bushuk..dia wangi jer..tapi dialah si buchuk saya. Orlando sila jangan muntah bila baca ini.tetttttzz... *bajet macamlah Orlando baca blog kau*

.:: Oh..my buchuk ::.


In case kau orang ada sedara mara dengan mereka di atas. Saya mintak maaf yer. Hanya suka-suka. Sila marah pada Project Alpha.Tapi tengok video dulu. Nanti hilanglah kemarahan tu. Nanti terlupalah pasal entri ini :-p















:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Project Alpha Season 2 is presented by
Adidas Action 3
and supported by
P1 and MAS
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

M

Before & After

Posted by mizzura on Thursday, May 27, 2010. Filed under: ,
2 Comments


Alamak..sapa nak join saya gotong-royong bersihkan sawang kat blog ni. Macam dah berabuk je.huhu.

Dah jangan nak membebel cakaplah pemalas. Lurus ke titik straight to the point je.

Sabtu minggu lepas saya dapat jemputan daripada ex- project team company lama saya.

Yang best nye kami ni..walaupun  ramai dah resign termasuklah Project Manager sendiri, tapi ukhuwah *cewah – sebutan tak hingat* sesame kami masih kukuh..Bila jumpe pun rasa macam baru je semalam jumpe..Yelah memasing ada facebook skang ni..kemain update.

.:: Memang bab makan no 1 ::.


Sesampai je bangunan itu..ada rasa bangga sket la, sebab dulu saya pernah jaga projek ni walaupun sekejap tapi experience dia walaweh..especially bila berada kat tingkat 29..memang kasi gegar jantung bila tengok bawah. Nasib saya ni tak berapa nak gayat..Kalau tak, tak pasal-pasal mamat indon tu kena papah boss pompuan ini pengsan. (oh saya bukan bos..tapi mereka panggil kami boss..layannnzzz)


.:: at ~120m height of building ::.


Sambil makan-makan, gossip-gossip kitorang merancang nak buat family day. Kalau takde halangan ke Pulau Tioman!! Yeahh..! Saya malu pada diri sendiri Tioman pun tak pernah pergi..sila boo sama saya..Bila??


Kalo ikut boss bila-bila aja..*Bos gaji besar bolehla – sponsor la kami plak..huhu*. Tarikh akan ditentukan, so kena allocate la tiap2 bulan RM50 (guna cara BMW) until…???  Maybe lepas kak Ila QS habis pantang..hoye...banyak masa lagi..yang lain sila jangan pregnant dulu..nanti asyik alas an mabuk-mabuk2 pregnant je…oopsss sorrii..teremo..hehe..


.::The Team ::.


So apa kaitan before & after dalam entry ini..??? Jap la, kasi intro dulu. *Ellleeehh..over betul ayat atas untuk intronyer*. Ni ha, bawah ni..gambar saya during construction stage dengan after completion stage..Tiba-tiba rindu balik nak join construction…Bakal-bakal engineer di luar sana..Study rerajin ye..Huh poyo kakak ni bajet macam telah berjaya gila..hehe…in progress okay… (*_-)


.:: Before - 2007::.
(Wakaka..nampak tak handphone besar itu..yuks)




.:: After - 2010 ::.
(Area ni dah jadi cafe - nice!)


Okay, saya dah penat bersihkan sawang-sawang ni. Banyak spider rupanya termasuk lah cicakman..Eifa tag saya..Nanti saya buat secepat mungkin. Takdelah jadi macam tag dari ezma yang tak buat-buat sampai sudah expired..adoi..maafkan daku ye.


M




1 Queen and 12 Presidents

Posted by mizzura on Friday, May 21, 2010. Filed under:
11 Comments

Sebenarnye ni saya dapat dari email sapa tah..tapi tajuk asal dia seperti dibawah.

"1 Queen and 11 Presidents"

Erk..Tapi tajuk entri di atas tak sama pulak, sebab saya dah ada penemuan baru tau...!! Presiden yang ke 12 !!
Okeh, mari kita tengok kronologi Permaisuri England ni satu persatu. Respek betullah sama dia. Walaupun sudah "veteren" masih nampak cool lagi. Agak-agak apa petua orang putih ni dah tua-tua pun still nampak cergas bertenaga? Siap ada boleh panjat gunung lagi..Opss terbebel pulak..

#1

 
.:: Queen Elizabeth dan Obama ::.
(Presiden USA ke-44)


#2

.:: Queen Elizabeth dan George W. Bush ::.
(Presiden USA ke-43)


#3

.:: Queen Elizabeth dan Bill Clinton ::.
(Presiden USA ke-42)


#4

 
.:: Queen Elizabeth dan George Bush ::.
(Presiden USA ke-41)


#5

.:: Queen Elizabeth dan Ronald Reagen ::.
(Presiden USA ke-40)


#6

.:: Queen Elizabeth dan Jimmy Carter ::.
(Presiden USA ke-39)

#7

.:: Queen Elizabeth dan Gerald Ford ::.
(Presiden USA ke-38)

#8

.:: Queen Elizabeth dan Richard Nixon ::.
(Presiden USA ke-37)


#9

.:: Queen Elizabeth dan John F. Kennedy ::.
(Presiden USA ke-35)

#10

.:: Queen Elizabeth dan Dwight D.Eisenhower ::.
(Presiden USA ke-34)


#11

.:: Queen Elizabeth dan Harry S.Truman ::.
(Presiden USA ke-33)


#12

?

?

?

TADAAA..

.:: Queen Elizabeth dan saya??! ::.
(Presiden Persatuan Duit Kutu bawah 18tahun  yang telah dibubarkan)
Hehe. .

Tak kelakar ek..? Suka-suka aja (*_-)
MTa

Saya Ada BMW !!

Posted by mizzura on Tuesday, May 18, 2010. Filed under: , , ,
11 Comments

Sebelum kena maki baik saya mengaku awal-awal saya dah ada Bijak Mengurus Wang (BMW) Certificate. Dalam erti kata lain, saya dah faham ciri-ciri bijak mengurus wang.

.:: Nampak tak BMW saya ::.


Sabtu minggu lepas lah, pagi-pagi lagi dah memaksa kederat siap-siap untuk ke Hotel Singgahsana, PJ. Ni pun decision last minute, sebab bila lagi nak join dahla free kan.

Yang buat saya nak join sebab saya rasa lately ni duit saya tah kemana. Asyik tak cukup je. Padahal tak shopping sangat pun. Thats why misi melawat adik konvo tak tercapai.

.:: Ni pay attention ke tak, asyik snap photo je ::.


Program bermula dalam pukul 9.00a.m. Start2 je dah kena melukis gambar duit RM1 tanpa lihat wang kertas itu. Penat teman mikior camana ropenyer. Ironinye, punyalah kita abaikan duit RM1 tu selama ni kan.. Betapa takde value sampai langsung lupa. Mungkin subjek baru Sek. Rendah wajib lukis gambar note RM1. Takdelah lupa cam kami nih!!

.:: Manala hilangnye hidung & mata sultan, ampun tuanku. ::.


Around pukul 10.30 am ialah makan time!! Eloklah, saya tak breakfirst lagi pun. Tak sempat. Sempat pun minum teh buatan ibuku. Nak ngap roti bagai bukan tak boleh tapi jam dah pukul 8.45 am & saya masih dirumah??! Malu la kena masuk lambat nanti..

.:: Teh berSusu tapi sebab tamak, sudah jadi Susu berTeh. Sampai melimpah ::.


Program kali ni sangat sesuai untuk fresh grads, working adults, ibu-bapa or sesiapa saja yang rasa nak mengurus kewangan dengan betul.Yelah selama ni pukul rata je belanja kan. Tiba masanya kita rancang dengan bijak supaya masa tua nanti takdelah menyusahkan orang lain. Confirm ke EPF korang tu cukup nanti? Sepatutnya kali ini untuk wanita, tapi ada kelonggaran la bagi mereka-mereka yang nak bawa suami.

.:: RM20k to grab ::.

.:: Activity of the day ::.

Korang-korang kalau nak join pun boleh. Jangan risau, program ni takkan promo any insurance, unit trust product, MLM or Biz internet bagai. Mereka hanyalah badan yang bertanggunjawab supaya kita ni jadi celik kewangan & tak mudah kena tipu untuk melabur nanti. Untuk area Klang Valley & Penang dah settle. Boleh usha laman web www.min.com.my for info. Kat situ ada  Schedule Event dia seantero Malaysia. Malas jugak? Nah ni list dia.

22 Mei 2010 (Sabtu) Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu
12 Jun 2010 (Sabtu) Hotel Harbour View, Kuching, Sarawak
19 Jun 2010 (Sabtu) Hotel Avillion Legacy Melaka, Melaka
26 Jun 2010 (Sabtu) Hotel Royale Bintang, Seremban
10 Julai 2010 (Sabtu) Hotel Syuen, Ipoh, Perak
17 Julai 2010 (Sabtu) Hotel Mutiara, Johor Bharu, Johor
24 Julai 2010 (Sabtu) Hotel Vistana, Kuantan, Pahang
7 Ogos 2010 (Sabtu) Hotel Renaissance, Kota Bahru, Kelantan

.:: Kena active nanti dapat free goodies ::.


.:: Sempat bergambar dengan Speaker of the Day ::.


Sebelum balik, kami diberi survey form untuk di isi. Before exit kena drop dekat registry nanti dapatlah goodies jugak. Yeah...!! Apalah agaknye yer..


.:: Saya wish thank you for their great job dalam survey form itu ::.


.:: Rupanya dapat beg & Certificate lagi.. ::.



Jadi apa tunggu lagi. Free je pun. Ilmu pasal kewangan pun dapat. Kawan baru pun dapat macam Kak Rohana & Sister. Best nyer diorang datang dengan sibling tau..Kalau tahu, satu family saya bawak sekali.he.he.

.:: Nice knowing you Sis ::.


Sekian. Saya dah ada BMW!! Yahoo!!


M


Who Will Win the World Cup?

Posted by mizzura on Monday, May 17, 2010. Filed under:
4 Comments

Ding dong..!!


Wah tak lama lagi, ramai lah yang akan tidur lambat kan. Yelah, nak jadi the most updated kat office/school nanti. Boleh la jaja cerita malam tadi performance player camana. So that, yang tak tengok atau gagal operasi burung hantu bajet korang ni style la semua pasal World Cup korang tahu.

Eleh tah tah saya pun sama tak. Errk..? Oh tak mungkin..!! Sorry, saya tak kuasa nak jadi panda bear. Anyway, saya tetap akan luangkan masa tengok Pembukaan & Final Game World Cup. Kurang-kurang takdelah pe-rak sangat tak tahu langsung kan.

.:: GOOOLLLLLLLL ::.


Jadi korang rasa tahun ni siapa menang?? MalaysiaAfrika Selatan? Hu.hu. Plak tu, time ni jugak lah semua kompeni-kompeni gempak nak buat kontest teka negara mana masuk final kan. Saya dulu pun pernah menang dua hadiah sempena Piala Dunia.

Waktu tu saya darjah enam. *gila kau-darjah enam dah rajin masuk kontest*. Saya masuk kontest Coca-cola. Coca Cola memang confirm tiap-tiap tahun mesti ada punyalah. Saya dapat jam & Jersy Adidas Coca Cola. Tapi this year ? Jangan risau...Adidas tetap buat hadiah untuk World Cup Lover. Nak tahu!

 Jangan malas untuk klik sini - - >>> Adidas World Cup 2010 Promo

.:: Best nye! Nak jugak! ::.


Dulu, Saya suka sokong England sebab ada Beckham. Sekarang?? Ntah. Si Manis Jantung Sweetheart saya sokong Netherland sebab ada Nistelrooy. Folo dia jugak lah.. *Boleh camtu?*. He.he. Nyibuk je..(Alamak player lapuk lah)










:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Project Alpha Season 2 is presented by
Adidas Action 3
and supported by
P1 and MAS
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Happy Graduation Day lil Bro!

Posted by mizzura on Sunday, May 16, 2010.
4 Comments

Semalam bertarikh 14hb May 2010, 8 pm, GMT -4.00 bagi area Pennsylvania, USA bermulalah satu lagi kejayaan di catat oleh budak ini. Kejayaannye ialah menggengam segulung Ijazah malah yang pertama dalam diri budak itu. *Dahla tukar mode...macam berita lah pulak*

.:: Seat kosong tu kerana kerana saya tak datang ke? ::.


Orait. Ingat lagi tak entri pasal My Dream Destination? Jawapan no 1 ialah US kan. Actually, bukanlah gila nak pergi US, tapi alang-alang ada adik kat sana, takkan tak nak pergi kan. Free accomodation lagi..rumah ada, kereta ada..huh tak malu betul..nak yang free-free aja..

Saya tersilap percaturan. Sebab tak betul-betul manage duit nak pergi sana. Last minute, awal bulan satu tu baru tetiba rasa berkobar nak pergi. Itupun pas balik dari Bali. *Tak ke pokai time tu*. Lagipun kesian dia, family kitorang tak sorang pun daring nak dtg Graduation Day dia due to unfore$een Circum$tances. Sedih kan..??

.:: Nampak tak ada budak nangis family dia tak datang ::.


So bila last minute ni, time tulah baru terhegeh-hegeh mintak invitation letter konvo dia pasal nak senang lulus visa. Lagipun visa US sekarang ni sekejap boleh approved. Tapi padan muka saya, dalam banyak kali dok beremail-email tiba-tiba satu part tu dia senyap membisu. Dah follow up pun sonyop yo budak nih. Bz exam & FYP rupanya. Langsung lupa invitation letter tu. Adeh camner nak wat Visa takde Supporting docs!

Kebetulan plak tengok tiket flight tetiba je dah naik dua kali ganda sebab nak summer season kan..omak kau..boleh bawak lagi sorang. So memandangkan tak berbaloi..tak apalah dik oi..maafkan diriku tak merancang betul-betul..Sangat frust lah jugak - 4 tahun dia belajar sana, sebab tak rancang betul-betul langsung tak dapat jejak bumi US tu.*Betul tak tipu, kakak kau ni tak shopping berbulan dok nyimpan duit - bajet nak shopping sana-hahaha*

Yang lecehnya, MAS hanya sampai LA je. Airasia langsung tarak. Haritu usha samada nak naik Cathay (kalo ini terpaksa jadi vegetarian ), Etihad, Qatar airways takpun Emirate. Duit poket, kiri kanan dah ada yang nak tolong topap sket-sket. Siapa lagi kalau bukan mamaku & makcikku. Tak malukan..dah kerja pun still kena ada dana bantuan begini...haha..

Whatever pun, kakak kamu ini, family, friends & Petronas as sponsorship sangat berbangga dengan kejayaan anda memperoleh segulung ijazah dari Pennsylvania State University. Proud of it!!
(Nampaknye kena revise la "To Go List" saya nih..hehe..)

.:: As if bunga tu kamilah hantar.he.he. ::.

.................................................................................

Selamat Hari Guru kepada Guru-guru, Pensyarah-pensyarah & Pendidik Sedunia!



M

How Many Wiggies?

Posted by mizzura on Thursday, May 13, 2010. Filed under:
3 Comments

Huwaa...!! Dah 2 kali tak join Instant Cash Blogging from Project Alpha..Sudah rugi RM40 = kerugian 5x Mcvalue Lunch!

Jadi kali ini walaupun bajet tak akan jadi that first 50 entries, tetap akan cuba submit jugak. Manala tau kan.. Blogger yang hantar semua kira tak betul ke.ho.ho. Jahat aku doa orang lain tak menang :-)

Kali ini syaratnyer yang tersangat senang tapi boleh buat mata juling air. Nak kena kira jumlah wiggies ni! Aik, camner dia boleh beranak ni. Tiba-tiba teringat satu cerita waktu kecik-kecik dulu. Ada binatang pelek tu kalau kena air/cahaya dia akan beranak lagi. Ingat tak??


JUMLAH WIGGIES INI ADA:
::::::::
: 217 :
::::::::

Haippp...!! Yang lain tak baik tiru tau! Nak jeling sket boleh(*_-). Sepintas lalu je kira. Malas nak double check. Bajet kalau menang tu kira bertuahla.Huh..Oh Yea. Creature yang bercambah tu nama ia ialah Gremlin.

.:: Ho.Tomeinya dia ::.


.:: Omak kau!!..shuh..shuh..semak blog jer ::.

Kenapa RTM ke TV3 ke Astro takde nak ulang citer ni lagi ek? Takpelah layan video Project Alpha dulu pun jadiklah. Chioww!!











::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Project Alpha Season 2 is presented by
Adidas Action 3
and supported by
P1 and MAS
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Explorace Wedding at Concorde Hotel

Posted by mizzura on Tuesday, May 11, 2010. Filed under: ,
5 Comments

Ok, ini bukan lah satu pertandingan kahwin ye..Saya je yang explorace dari Seri Kembangan -> Port Klang -> Shah Alam -> Hotel Concorde semalam. Semata-mata nak menghadiri resepsi Fazla &Andy iaitu kawannya Si Manis Jantung Sweetheart saya.

.:: Red Carpet session (tak nampak red pun?) ::.


Ikut plan asal balik office terus nak gerak, tapi sangat lah tak "in" kan..orang lain semua mangi-mangi saya je mandi sekali kul 630 pg. So sepantas kilat sampai je rumah, mandi, mekap pun main sapu je setebal mungkin, selendang lilitlah ala explorace. Around 7.45pm dah capai helmet kunci kereta, start drift to Shah Alam.

.:: Mommy + Mia yang baru tumbuh pokok kelapak. he.he ::.


.:: Fazura & Hritik Roshan (Bukan nama sebenar) ::.


Saya sampai sedikit lewat. Kalau masuk explorace confirm dah kalah. So, pengantin dah get ready kat red carpet, tapi kami masih berada di luar dewan..?! Apakah..??! Macamlah Yasmin Hani nak interview korang before masuk dewan. Terkedek-kedek..

.:: Tengok pengantin pun dah jalan ::.


.:: Charlie's Angel pengantin - banyaknye ::.


.:: Orang yang menghalang traffic pengantin ::.


.:: Sabar, bang. Kat sini dah nak kuarkan keris ke ::.


.:: Door Gift from Pengantin ::.


.:: Si Tukang hibur ::.


.:: Menu for that day ::.


.:: My favourite - tambah choco rice & crushed almond lagi sedap - demand plak! ::.


.:: Kek Pengantin ::.


Paling best adalah video montage tentang Love chronology mereka. Ha.ha.ha.kelakar *aku gila, gelak sorang-sorang*. Paling buat orang bengkek letak logo Liverpool kat slide tu..memang bikin panass jer. Owh lama betul mereka bercinta, dari sekolah menengah tau. Tabik spring sama pengatin!!

.:: Comel - sapa buat ni? Nak jugak!! ::.


.:: Boleh lawan kartun Upin Ipin pasni ::.


Selesai majlis pukul >1030pm. Tak boleh nak keluar dulu, sebab ramai beratur nak salam pengantin. Saya tak sabar nak keluar juga, sebab perut sudah kembang kempis. Tadi before start makan merengek nak gastrik , dah makan membebel plak. Maaflah, kepada encik yang terpaksa mendengar bebelan ku..


.:: Inilah barisan kita yang ikhlas berjuang..lala..lala....::.


.:: Kumpulan kenyang perut senang hati ::.


.::Mr & Mrs Smith versi kampung ::.


.:: Anak dara tak elok dok kat tangga ::.


.:: Bride of the Month ::.


................................................................
Kepada pasangan pengantin Andy & Fazla
Selamat Pengantin Baru
Semoga kekal bahagia hingga ke syurga.
Wahhh!!
...............................................................