Free Ticket : When In Rome !!

Posted by mizzura on Thursday, April 29, 2010. Filed under:
8 Comments

When in Rome? Best ker movie ni? Flash back majalah Cosmo edisi April 2010, ini antara "a must watch movie" untuk bulan April ni. Jadi haruslah ikut nasihat kan..kata Cosmo girl kan..kan..kan..kan *cukup! teKAN kepala baru tahu*

.:: Poster "Ketika di Roman" ::.


Kisah gadis Cosmo dari New York yang pergi ke Rome membawa diri yang laralah konon akibat cinta. *Bestkan, putus cinta je melancong luar negara*.

Actually dia melawat adik dia yang kahwin dengan lelaki Itali. Bukanlah desperate sangat putus cinta sampai bawak diri sengsorang camtu. Alkisahnye, Rome ni kan pelik-pelik sket. Jadi secara tak sengaja dia tercuri ambil "syiling cinta" token of love dari Fountain of Love. Maka bermulalah episod kena badi dari syiling cinta itu.

.:: Pengutip betul perempuan ini ::.


Kesudahannya..Adakah yang dapat menakluk hati Gadis itu...??

Si Pelukis Body Perempuan dari Itali..?
Si Model Metroseksual tapi sebenarnya gay..?
Si Tukang Magic Jalanan..?
Si Tua Ketot tak sedar diri..?
atau
Si Tukang Reporter yang pernah kena sambar kilat..? *Oh dia ni sangat hensem*

Nak tahu..? Kenalah tengok kan..

Jadi kepada yang nak dapatkan 2 Ticket When in Rome secara percuma ini....

.:: Tak tipu - memang ada dua tiket ::.


Err..
Saya minta maaf tak dapat nak bagi sebab dah terguna *tiba-tiba je rasa nak guna.he.he*. Credit to my officemate Lin yang ada terlebih 2 ticket wayang percuma ini. Terima Kasih daun keladi, menang ticket wayang berilah lagi...Yahooo...!!

Siapa-siapa kelik entri ni pasal bajet ada ticket percuma....LuWakena beb!!! (*_-)

.:: Kwang..Kwang..Kwang ::.

So far best jugak cerita ni..Kelakar...Tapi sekejap sangat..


>


fancyillusionist-->My April Love Giveaway

Posted by mizzura on Wednesday, April 28, 2010.
2 Comments

Finally, saya gagahkan diri untuk buat entri Giveaway dari Anna Yjia. Sebab sudah banyak kali this lovely girl remind saya pasal Lovely Giveaway April dia. Lagi satu sebagai mengenang budi award yang dia pernah bagi pada saya *bodek nih - wajib:-)*.

Err...tak..tak..tak jugak.Sebab paling utama diri ini gagah 6pax buat entri ini, kerana tarikh tutup dia adalah esok!! Fuishhh..Suka submit last minit tau. Takpelah, baru thrill camtu.

Pemenang tercomel pertama akan dapat goodies seperti dalam gambar dibawah:

.:: Kanebo Impress Deluxe Trial Set ::.
.:: Calorina Herrera Sexy 212 Hydrating Body Lotion 50ml ::.
 .:: I Nuovi Lip Palette ::.

Pemenang  tercomot kedua akan dapat goodies seperti dalam gambar dibawah:

.:: Kanebo Impress Deluxe Trial Set ::.
.:: Clarins Joli Rouge sample with a mini lip brush ::.

Kepada yang sukakan cabaran.Cepat-cepatlah buat giveaway Anna Yjia yer. Mana tau last kopek dapat jadi pemenang. Dapat beauty goodies lagi. Barulah thrill camtu masuk contest. Jom-jom!!


Official blogsite - - > http://fancyillusionist.blogspot.com/2010/04/my-april-love-giveaway.html

Saya ada hint nak menang..(Copy paste jer dari website itu..hehe)


Mandatory Entry 
- You must be a follower of my blog (by using the google friends connect)

Extra Entry 
- Comment below and say :"Enter Me ! I'm a Fancy Illusionist !" ( 1 entry)

- Blog about my giveaway ( 2 entries)

- Put my giveaway including the picture at your blog side bar (3 entries)

- For those non-blogger participants, you may copy this " Enter AnnaYJia giveaway at www.fancyillusionist.blogspot.com which ends on 30th April 2010 !" and post it at your Facebook wall. ( 2 entries)

- Comment at my other post . 1 comment 1 entry.

Every participant can have only maximum 10 entries. And you may comment as the format below :

Follower ID :
Email :
Giveaway blogged :
Linked at sidebar :
Posted at Facebook :
Facebook Name (if posted at facebook) :
Comment at other post :
Post Title ( if you commented) :

Jangan lupa kay!! Closing date 30th Apr 2010.

Road Trip with My Broadband

Posted by mizzura Filed under:
2 Comments

Sekarang ni saya ada hobi baru. Hobi yang membuatkan saya rasa sentiasa taknak berenggang dengan dunia jalurlebar ni. Saranan kerajaan la katakan. Eh kata ada rebat untuk cukai pendapatan, isi haritu tak jumpa pun. Bulan-bulan kami bayar(-_-). Eh, apa tadi?? Hobi baru kan..Ni masuk cerita cukai-cukai pulak..Sungguh tak lurus ke titik Straight to the point aku ni.

Pernah dengar "Social Networking"? Hah itu la hobi baru saya. Sket-sket nak update status kat FB. Nasib Twitter saya tak aktif sangat. Friendster/Myspace langsungla sebulan sekali belum tentu login.

Itu belum lagi nak berblogging,bloghopping,blogjog,usha nuffnang & segala bagai related dengan blog.Nak tengok updated video project alpha lagi (takpe episod 8-10 ada kat bawah entri ini yer). Jenguk-jenguklah (^_^).

Sapa-sapa yang ada Iphone ke, Blackberry ke, boleh la update direct dari phone je. Tapi yang takde?? Terpaksalah bawak si lappy ke hulur ke hilir. Nasib sekarang bag si lappy pun dah comel & funky, kalau tak,terpaksa lagak salesman ke hulur hilir bawak bag ala Breifcase si  lappy tu.


Ingat tak last entri lepas saya pasal pergi Port Dickson tu. Itulah perangai paling tak pernah saya buat bila ada trip - bila balik bilik resort je dok mengadap internet - bersocial networking punya pasal. *addicted teruk betul* Lagipun saya bawa broadband. Sukahatilah kan. Even sekarang ni kemana-mana sahaja broadband comel ni akan ada dalam poket saya. Nanti senang nak cucuk kat lappy BFF saya in case saya lepak rumah dia. So jom-jom join hobi baru saya, sambil jalan-jalan sambil jadi the most updated!! Wallaweh!!

.:: Boring-boring je, cucuk tang ini ::.













:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Project Alpha Season 2 is presented by

Adidas Action 3

and supported by

P1 and MAS

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Kasut Kegemaran Anda?

Posted by mizzura Filed under:
5 Comments

Alamak, telah di tag dari ezma.
Baru sedar selama ni tak pernah terpikir pun kasut kegemaran saya apa.
Yang pasti saya amat mudah tertarik dengan sandal/kasut warna putih.
Pantulan lampu kedai ke warna putih  kasut buat saya mudah terpengaruh dengan colour itu.
*Sangat mudah kena tertipu.huh*

Ermm. Saya bukanlah seorang feminine sangat, so saya..alamak..malulah..

Calon-calon anugerah kasut saya adalah seperti berikut:

Flip Flop Sandal
Kalau setakat hang out kat mamak ker kopitiam ke flip flop sandal atau istilah melayunye selipar pun dah cukup. Sekarang pakai Gisselle Budchen Ipanema. Best dari Crocs sebab getah dia lembut jer. Mary Janes Crocs saya dah letak tepi, apa nak buat?

.:: Saya punya colour purple ::.


.:: Saya punya colour hijau ::.

Leather shoes
Currently wearing shoes from Timberland. Oh sapa-sapa ada hati tolong jangan beli model ini. Design dia buat belakang kakiku cacat sampai sekarang. Sampai kat rumah pun abah tegur kaki tu melecet ke. Obvious kan??

.:: Kasut ni jahat - rosakkan kulit saya ::.


Trainers
Time study dulu sangat suka sangat style ini especially from Adidas. Sangat practical & sporty too.Oh ye, saya seorang yang sporty tau. In fact sekarang pun sama, tapi tak dan nak beli baru.

.:: Yang itu banyak kenangan ::.

High -Heel
Oh, sangat jarang pakai. Kalau pakai pun Sabtu Ahad je kot sebab ada kenduri.haha..Dating pun malas nak pakai sebab nanti jalan lembap. Si Manis Jantung sweetheart saya tu jalannya laju sangat. Susah nak kejar nanti *erk bukan orang dating jalan slow melow ker*

.:: Ada satu camni, tapi bukan Jimmy Choo la, Vincci aja ::.


Pumps
Sangat suka kasut bertutup sebab boleh lindungi kulit kaki gebu saya..i loike!




Safety shoe
Inilah kasut kegemaran kalau pergi site. Sentiasa ada dalam kereta. Tapak depan dia ada besi tau. So in case la ada cubaan merompak kereta, ketuk aja guna kasut ni. Confirm koma setahun!
.:: Dulu punya - eh mana pergi kasut ni ek? ::.


.:: Current punya tapi sudah comot - yang ni barula feminine sket::.




Alamak..sangat tak Cosmo Girl la citarasa kasut saya ni.
Tapi banyak-banyak pun tak terpakai.
Tak pernah pakai pun ada.
Lagipun bukan nak buat runaway kan. 
As long kamu comfortable sudah.


Those yang tengah baca entri ini. 
Anda semua di tag tentang kasut kegemaran anda.
GOTCHA!!



Extremely Exhausted

Posted by mizzura on Sunday, April 25, 2010. Filed under:
4 Comments

Itulah status FB saya masa ni..Tak taulah kenapa lately saya tersangat-sangat letih. Terlalu banyak bersocial kot.Asik ke sana sini. Takpun bersocial networking jer *erk, wajib nih*

.:: Lain macam je tempat social kali ni ::.

This weekend full day langsung tak jejak rumah. Petang je baru ada. Kenapa? 
Kerana saya jauh nun ke Kuala Langat bertapa menuntut ilmu. Ilmu yang sering kita amalkan tapi jarang-jarang di ambil berat sesetengahnye.Sehingga bila ustazah tanya nama Malaikat yang sepuluh. Erk tetiba je terlupa nama yang lagi satu.. sangat malu pada diri sendiri..*baru sedar ker..haha..*

Selama dua hari ni tak dapat saya makan Apple Pie mama saya. Sebab Sabtu tak habis, Ahad dia dah potong kecik-kecik bakar. Dah jadi macam shortbread plak. Nasib sedap.

.:: Tak dapat snap Apple Pie, snap jejaka tshirt hijau jadilah ::.


Anyway. Kini saya dah lulus satu step. Yeah!!! Dapat kawan baru lagi. Oh..waktu usha attendance orang, ingatkan saya yang antara tertuamuda. Rupanya ada yang lahir tahun '77 baru nak join "kursus" ini. Dan yang paling terkejut, tahun '93 pun ada. Rasanya cam lepas SPM ni.*Erk bz body tul kau ni cek org punya umur tak sedar diri sudah tua tapi bajet diri macam budak belasan tahun*


.:: Me with bride to be-not me kay ::.



.:: Sijil baru lagi. Haruskah update dalam CV ::.



Okaylah. Nak tidur awal takdelah exhausted lagi or Monday Blues.
Nite-nite everybody.
ZZZzzzzz....


m


My Version of Grooming Tips

Posted by mizzura on Friday, April 23, 2010. Filed under: , ,
2 Comments


Owh... is that means the highest tip$$ I ever give to a bridegroom? *Huh. Stop writing nonsense*

Orite, let me share one of my version of grooming tips that covers your personal hygiene and appropriate dressing etc.

1st – Diva Looks
It’s compulsory! to have a Diva feeling whenever you wanna look great. No need for me to explain further on the beauty regime, makeup, your attire and so on. Once you have that feeling, it will burst the inner you to be like that so-called great Diva looks *Diva looks ok, not attitude*. (Reminder – Diva in your own definition. Do not obsess kay)

.:: She just finish her manicure and armpit waxing ::.

2nd - Grade A People.
Ever wonder how Grade A superstar walk? Oh they walk with confident. Say if you’re having job interview or Project Alpha audition, you must-must walk with super duper confident to grab the people impression for their first time. Though suddenly you fall down, they will remember you for the whole of their life. Isn’t it worthwhile? (*_-) Kidding!
Don’t be silly to follow the bad one. OMG, do I need to teach you which one is good and bad? You know better mah..

.:: Comparison of Standing style of Grade A people against Grade B+ people ::.

3rd - Killing me softly with his voice.
I’m not asking you to sing, but voice up yourself. Be kind and friendly like Princess Rania of Jordan or maybe a lil bit chicky like Hannah Montana with her fans. Sure people will like to know you more. A simple greet is enough and no need for you to tell everything e.g. like you’re one of the blogger who submit the instant cash blog topic. Pheww.

4th - Smelling Good People
Last, the top priority is stinky no-no. See when you need to meet people, you and they must comfortable each other. Gurls, check the Adidas Action 3 for ladies. It long-last for 24hrs and smells nice too* gosh no need to borrow my lil brother Action3 anymore*. Me likes all variants. How about you?

.:: I convince you i smell good with Adidas Action 3 ::.


Haa..?Am i that lucky 50th person?

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Project Alpha Season 2 is presented by
Adidas Action 3
and supported by
P1 and MAS
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::








My Dream Destination

Posted by mizzura on Thursday, April 22, 2010. Filed under:
4 Comments


Wah..Nuffnang/Project Alpha bagi topik kegemaran saya sangat-sangat.

Sebelum ni saya tak pernah pergi oversea. 
Malah bila dah setahun kerja dulu pun, Singapore pun belum jejak lagi.
Sehinggalah pada tahun lepas saya dikejutkan oleh Si Manis Jantung Sweetheart saya dengan percutian idaman bersama-sama rakan-rakan melancong dia sempena harijadi saya. Yeah ke Bandung!! Yihaa...Itulah punca passport pertama saya dan hari itu jugalah saya hilang handphone T_T yang merupakan hadiah harijadi dari Si Manis Jantung juga. 
*Padan muka hilang kan handphone langsung tak dapat hadiah berbentuk barangan* 


 
 .:: Salam sore semua. Sirap Bandung ngak ada ::.

Makcik saya seronok bila tau saya ada passport, langsung ajak follow dia pergi bercuti ke UK tahun itu jugak..Err..arr..macam tak rela je..tapi bak kata mak saya.. duit kadang-kadang kalau telalu simpan, at the end habis tah mana-mana jugak. Cosmo Ladies la katakan..So itulah percutian saya yang kedua ke luar negara. Anyway dulu pas diploma saya nak sangat sambung kat UK. Dah apply pun tapi tak usaha cari biasiswa. So nak pergi dengan apa kan..Kira yang ni balas dendam dulu-dulu tak sambung belajar sana.


.:: Oh abaikan tudungku yang melekuk itu ::.

Tapi...saya tetap ada percutian idaman saya. 
My own "To Go List".
Antaranya:

Visit Adik Saya Konvo

 
.:: Err..sangat ingin pergi tapi..masa sangat hampir. Visa pun tarak ::.


Honeymoon Idaman Saya


.:: Bajet pergi sini honeymoon indah macam Winter Sonata ker ::.


Getaway BFF Saya

.:: Ingat nak visit BFF kat Bangkok+Songkran Festival tapi budak rumah merah berkumpul plak. Takut ::.


Kepuasan Diri Saya

 
.:: Bestnyer dapat pergi Middle East Umrah/Haji kan::.

Korang-korang semua ada percutian idaman jugak? Rajin-rajin lah tengok website MAS. Dulu saya pergi UK dengan MAS tau. 1way ticket around RM480++. Tapi balik dah penuh so terpaksa ambil yang mahal. Time tu cuti semester so ramai student UK cuti balik Malaysia. 
Bayangkan kalau saya awal sket mesti dapat beli return pada harga murah tu jugak kan.

MH Low Fares pun service superb macam business class tau!
(Sudah compare dengan makcik saya- dia naik business, i naik ekonomoney ajer (*_-)
Rancanglah percutian anda kay!
Dapatkan offer best-best from MAS barulah syiok!

 


Check out the Project Alpha Seoson 2 video here. Stay Tune :-)
M











:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Project Alpha Season 2 is presented by
Adidas Action 3
and supported by
P1 and MAS
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::



_


Si Tendang Pungg#ng

Posted by mizzura on Tuesday, April 20, 2010. Filed under:
8 Comments

.:: Super hero suit yang kelakar ::.

Ding Dong...

Rasanya dah lama tak update pasal latest movie kan. Kebetulan Ahad lepas ada pergi tengok wayang cerita "KICK A$S".

Kalau sesiapa ada anak bawah 18 memanglah tak shessuai sangat, pasal diorang ni banyak mencarut, melucah and ganas gila. Takat bunuh membunuh tu small matter jer.

Asalnya ada satu budak laki tu suka sangat baca komik. Dek melayankan imaginasi dia tu sanggup tempah satu suit semata-mata nak jadi super hero. Padahal bukan ada power pun. Lembik. Hanya sebab satu kebetulan dia selamatkan orang terus jadi fenomena kat US. Siap ada merchandise lagi.

.:: Comel kan Hit Girl tak macam Kick Ass ::.

Dipendekkan cerita, makin lama makin ramai pulak super hero dengan costume macam-macam tampil. Ada yang baik ada yang jahat. Apa-apa pun sangat admire dengan budak comel Hit Girl. Pandai main balisong - sejenis pisau origin dari Philiphine. Eh, saya pun ada keychain pisau tu tau. Bos bagi waktu dia balik Philiphine. Bolehlah practice jadi Hit Girl lepas ni(*_-)


.:: Oh, jangan risau saya punya keychain ajer ::.


Jom tengok weekend ni. Kelakar jugak tau..!


M

Tag dari Bunbun

Posted by mizzura on Sunday, April 18, 2010. Filed under:
4 Comments

Sila jawab dalam borang OMR menggunakan pensil 2B walaupun ini soalan subjektif.

Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
Apa susah..dia tikam belakang, saya tikam depan-depan. Kalau dia cakap belakang tak suka saya. Hah, ini Jebat durhaka nak bagitau depan-depan "Aku tak suka engkau - Ada Aku Kisah Ko Nak Mengata Aku!! "
*Uih...sabar-sabar, nak mengamuk apahal minah ni*

6 org di hati anda ?
1) Ayah & Ibu
2) Adik Beradik
3) Si jantung Manis
4) BFF
5) Saudara sebelah ibu & Bapa & mentua *eh dah ada ker*
6) Cikgu-cikgi dan pensyarah

.:: Jawapan no 1) - 2) ::.

.:: Jawapan no 3) - 6) ::.


[Tiada dalam gambar]

.:: Jawapan no 5) ::.

Anda rasa anda comel ?
Si Manis Jantung Sweetheart pernah cakap saya comel. Saya tak rasa pun begitu. Tapi saya terima dengan redha..haha..

Single or taken ?
Kalau isi form status perkahwinan, single itu bujang. So i'm single but taken!

.:: Sila abaikan kulit dehydrate itu ::.

Blog yang anda suka ?
Blog yang memula buat aku register as blogger ialah Cosmopolitan. Jadi haruslah suka. Blog yang korang suka, semua saya suka.
Blog macam Hanis Zalikha, Red Mummy, Cik Epal, GT etc. semua toksah la sebut..memang automatically orang akan suka. Goblog je saya tak suka (^_^)

Adakah bilik anda kemas setiap hari ?
Kali terakhir ada orang gaji ialah ketika saya darjah 4. Jadi faham-faham sendiri la yer.

.:: Tak patut betul maid tinggalkan bilik saya tak berkemas ::.

Lagu terakhir yang anda dengar ?
Tak sempat taip. Sebab time buat entri ni, tengah pasang radio. Bila nak jawab lagu terakhir je, itu Hot FM cepat sangat tukar lagu lain. Sekarang ni Aurora, eh dah tukar lady gaga, eh..

Last text message ?
lalala..

Last phone call ?
tadi

Hari terakhir anda menangis ?
Hari Khamis tahun?

List lima faberet colour anda ?
BiruMerahHitamPutihUngu


Website yang paling anda suka ?
Facebook! damn addicted!!
http://kisahnye.blogspot.com *promo blog nampak -lebey arr*

Orang terakhir anda ber"ym" ?
SoheeSuhaila *uit skang kau bz eh*

Game yang anda paling suka ?
Sudoku! *bertahan tak buat kerja lain demi sudoku*

.:: Suka print dari web ni - oh patutla A4 asyik habis ::.

Adakah anda peminat MCR ?
MCR  = MyMoms Chicken Rice oleh Linda Onn?? Oh saya pernah makan sekali je. Oklah..kenyang!
*pura-pura tak paham soalan*

Apa perasaan anda semasa jawab tag ni ?
Perasaan saya sedikit terganggu.

Anda rasa tag ni best ?
Uhhh Bestnyerrrr...
*nada paling menjengkelkan + mulut herot sedikit*

.:: Oh ..kalau best jari tunjuk bawah?? ::.

Tag lagi 10 orang .
Kepada 10 orang terakhir follower saya.
Anda di tag!
Kababom!!!

_
Pesanan untuk orang yang anda tag ?
10 orang lain tidak dapat di tag kerana anda tak jawab tag ini. Sila jangan pura-pura anda tak tahu!

Satu April. Dua Ribu Sepuluh Terlewat Sudah!!

Posted by mizzura on Saturday, April 17, 2010. Filed under:
4 Comments

SRK
Dia,
Selalu jadi wakil rumah/sekolah. Bersukan memang top 3. Malah siap jadi olahragawati sekolah lagi.
Saya,
Takat sukaneka itu sahajalah kehebatan saya T_T

SRA
Dia,
Selalu naik pentas amik hadiah bila ada penyampaian hadiah. Selalu masuk kelas no. 1.
Saya,
Selalu naik pentas buat persembahan aje. Kelas pun turun naik.

Men. Rendah
Dia,
Start Taekwondo dengan tali pinggang hijau, kalau sepak papan confirm pecah.
Saya,
Start Taekwondo dengan tali pinggang putih, kalau sepak papan confirm kuku kakiku pecah.

Men. Atas
Dia,
Dapat tawaran masuk MRSM Jasin.
Saya,
Dapat tawaran masuk Sek Teknik Klang.

After SPM
Dia,
Memilih masuk matriks Kuala Pilah.
Saya,
Memilih sambung diploma. Itupun di Shah Alam aja.

Degree
Dia,
Nun jauh di seberang pulau pinang sana sambung belajar.
Saya,
Still dekat Shah Alam.

Post Graduate
Dia,
Belajar sehingga ke New Zealand.
Saya,
Oversea pertama pergi pun Indonesia.

Love
Dia,
Kini berkahwin dengan suami tercinta dan memiliki Rifqi yang comel
Saya,
Bekas pengapit kahwin dia dan memiliki kekasih tercinta

.:: Trade mark kaki angkat sebelah dia ::.


Birthday
Dia,
Satu April
Saya,
Dua puluh sembilan March


Kami sangat berbeza. Hanya zodiac kami sahaja yang sama.

Pun begitu sekelumit pun saya tak pernah iri hati dengan dia.

Kerana...

Dia,
Sahabat sejati ku
Saya,
Sahabat sejati mu

SITI NURBAIZURA BT MD ZAIN

Selamat Hari Jadi yang ke 27 ini!

.:: Celebration tahun lepas.Tahun ni?? ::.


P/S: Maaf sangat-sangat sebab terlewatkan buat entri ini untuk kamu. Namun entri kamu itu paling touching  bagiku..T_T

Score A Walaupun Study Last Minute

Posted by mizzura on Friday, April 16, 2010. Filed under:
16 Comments

Satu hari Ezma ada post shout out mintak wish good luck untuk exam dia. Pastu baru teringat yang blogger-blogger lain pun ramai status berehat dari bloggingla, FB la, Twittterla..apa lagi..? *Boleh ke korang nih?*



Apa-apa pun nak ucapkan "Selamat Menduduki Peperiksaan" untuk semua blogger yang kena amik exam universiti ke, PTK ke, PTD ke, exam lesen memandu ke ujian hidup ke & so on..*mula merapu nih-rotan karang!*

Tapi saya terdetik nak bagi satu tips masa saya belajar kat UiTM dulu especially yang suka study last minute macam saya ni.

Tulis

Sewaktu study leave, saya selalu akan tulis "STRIVE FOR DL" dan letak dihadapan meja belajar. Everytime study, terpandang je mesti terus bersemangat. Ini tak pergi letak Ayang Luv Abang..huh..sori to say la yer..matlamat je dah lari..bukan lama pun..time exam je..nanti pas exam nak pasang wall paper ayang chentak abang buatlah...

Waktu dalam dewan pun, bila dibenarkan menulis, perkara pertama yang akan saya tulis kat ruang atas paper exam ialah "STRIVE FOR DL". tujuannye nak physco diri kita & pemeriksa.haha..boleh tak..?

.:: Hah tu tiru ke tulis?? ::.

Baca 

Apa tu, terpulanglah style anda, saya amik course engineering yang mana banyak kira-kira. Tapi saya suka baca dari buat kira-kira. Maklumlah last minit study kan nak buat 20 latihan kira-kira mana sempat & tangan pun sakit.*cakap jela kau pemalas*

Erk camner tu.. Ye saya suka baca cara orang menjawab supaya saya faham konsep asas untuk setiap problem  tu.Then pandai-pandai kita la  macamana nak memanipulasikan solution dengan formula yang basic itu.That's why BFF selalu cakap, zura ni study subject strucure engineering pun dah macam study sastera..hahah..


Dengar

Owh, untuk last minit session, why not pergi jumpa orang yang confirm dah study & faham kaw-kaw, than mintak dia ajar je..Tugas kita dengar dan faham. Tak faham tanya lagi..Insyaallah..time exam mesti korang akan terngiang2 kata-kata kawan korang tu. Lagi satu dengar-dengarla je lah rumours pasal soalan bocor..manatau betul-betul masuk & korang dah study tak ke untung...*tapi jangan lah sampai tak study topik lain..erkk pemalas betull*

Makan

Dulu Final Year Project Dip saya kena lukis manual plan bangunan bersaiz A1 plak tu!! Pulak tu tengah sibuk dengan MPG (Malam Pra Graduan) nyer la, presentation la.. apa-apa lagi la.. sampai saya sangat tak cukup masa. Jadi saya amik supplement Brand's Pati Ayam + Gingko. & HAsilnya... Hampir 3 hari bersengkang mata..badan still okay. Gingko ni memang elok sebagai nutrien otak.
*Owh thanks BFF Cat yang advise pasal Gingko, btw anda dimana skarang??*

Info from 21st Century
"Gingko memperbaiki peredaran darah di serabrum dan pemancar isyarat saraf. Pengambilan ekstrak Gingko setiap hari meningkatkan daya ingatan, kewaspadaan mental dan kewarasan mental. Nyanyuk dan penyakit nyanyuk boleh dikurangkan selepas tiga bulan dengan pengambilan 6 kapsul GINGKO 6000 setiap hari."

Terpulanglah nak makan brand and supplement apa pun(spirulina, kismis, habbatus sauda, omega etc), janji time exam ni kalau boleh amik la supplement. Dahla tak cukup tidur, makan maggi jer pulak kan.Sebab dok study dalam bilik tak keluar-keluar. Supplement pun tak amik. Mana badan & otak tak letih time exam. Tak makan pil?? Takpe time exam ni je. Nak score kan..!

.:: Perisa ayam goreng takde ke ::.

Doa

Seperti biasa. Ini korang patut tau kan...kecik-kecik dah ajar kan...Baca doa before masuk dewan exam & before jawab paper. InsyaAllah boleh hilang gemuruh. Jangan lupa jugak before masuk dewan shake hand dengan semua orang & doakan kejayaan mereka juga. Tahukan waktu shake hand tu kita grab energy orang tu & at the same time tranfer anxieaty disorder kita..?? Oh Sekarang ni ada H1N1 balik. Takpe bawaklah anti bacteria korang. Tak lupa mintak doa & berkat dari ibu bapa ye!


Yang teakhir selain kat atas tu,


Jangan lupa bawak...?

Exam Slip - > Bukan

IC - > Bukan

Calculator - > Bukan

Jangka Sudut -> Tak Payah

Toyol - > Uish Jangan, nanti ada kes hilang duit pulak!

HABIS TU??

Lecturer saya pernah nasihat,

Yang penting jangan lupa bawak...

BERTENANG....

.:: Bertenang..ikan duyung pasti akan muncul ::.


"Renung-renungkan & selamat beramal"
(Pinjam kata-kata Prof. Izi Hj Ali)

_

No Strings Attached

Posted by mizzura on Wednesday, April 14, 2010. Filed under:
6 Comments

Dulu kan saya ada buat satu entri pasal my favourite surfing spot.
Kemudian ada blogger tujuhhariseminggu tanya, best ke pakai potong-potong ni.

Saya jawab rahsia...Kenapa..??

Sebab saya  belum akan pakai Wiggy comel tu .

Lagipun saya merupakan salah satu penyumbang kepada broadband "No.1 Malaysia" itu *erk highlight color biru nampak*. 

Mula-mula pakai memang lah syok je kan. Cucuk jer terus ada signal. Murah pun murah sebab guna pakej yang RM*8.00 (Sila teka)

Tapi kenapa lately ni "broadband itu" macam tak bagus???!! Tension betul. Nak bukak setengah jam terus jadi dua jam.Buang masa saya jer. Kadang-kadang tak sedar pun yang terbuang masa kat situ..uh..

Pastu bila dia tak dalam mode HSDPA.Terpaksa lah guna cara paling kokak. disconnenct & reconnect. As if cara itu, the moment reconnet internet terus jer laju and then kita pun cepat-cepat click-click apa yang patut sebelum bertukar WCDMA or paling worst sekali EDGE??!! 

Kemudian apabila dah takde signal terpaksa ulang balik step di atas. Oh..tak sanggup betull!! 

Sedang berpikir broadband mana lagi ok.

Dulu pernah try Broadband yang synonim dengan line telefon tu. *Come on. No string attached please*

Kemudian, waktu adik saya balik cuti belajar pun dia dah pernah try Broadband yang tauke dia jutawan Malaysia. 

Atau nak cuba competitor Broadband yang ada maskot dimana-mana ke ek...??

Errmm..Jadi since no string attached nak guna broadband mana-mana pun okay je kan;

Mungkin jugak boleh pertimbangkan P1 Wimax yang sangat high speed ini kan..kan..kan..*sila angguk*
Baru RM59.00 je untuk 8GB. Ok. Haruskah bertindak segera!!!
Peringatan: Wah banyak duit kau nak try semua..



.:: See.Tak perlu Ikea Cable Reel sebab no string attached meh ::.


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Project Alpha Season 2 is presented by
Adidas Action 3
and supported by
P1 and MAS
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::








_