Teriakan Bayi Di Hospital Universiti

Posted by mizzura on Monday, March 29, 2010. Filed under:
3 Comments

Perasan tak lately ni banyak isu buang bayi
*nak sebut pun takut, sedih sangatT_T*
Tak taulah apa nak jadi kan dengan manusia sekarang ni.
Tak berperikemanusiaan langsung!


Ada lagi satu kes di Hospital Universiti Kuala Lumpur.
Tepat Jam 5.02 minit pagi.
Bertarikh 29 March bersamaan hari Selasa yang indah.
*teka tahun apa yg hari Selasa 29/3*
Seorang bayi telah dilahirkan ibunya dengan penuh kasih sayang.


.:: Tolong...Bayi ini tidak mau ditinggalkan di tepi pantai tanpa seurat benang ::.


Kedua ibu bapa telah bersusah payah membesarkan bayi itu bagaikan menatang minyak yang penuh.
*Err cubalah kreatif cari perumpamaan lain plak, membesar bagai johan ker..*

Setelah lebih 20 tahun hidup.
Bayi itu ingin mengucapkan rasa syukurnya ke hadrat illahi.
Diatas kurniaan rezeki, umur yang panjang, kesihatan, kebahagiaan dan sewaktu dengannya.

Tak dilupakan juga terima kasih kepada ibu bapanya.
Kerana tanpa mereka siapalah bayi inikan
*err memangla tak wujud bayi tanpa ibu bapa*


.:: Uncle Wong, kasi tepila..Aiyyo kacau gambar i ::.

Inilah bayi itu besau bukan main dah.
Yang suatu ketika dahulu raungannya didengari seawal subuh di Hospital Universiti.

Semoga tuhan panjang kan umur bayi ini.
Aminnn..


l



Berapa Berat Mister Potato nih!!!

Posted by mizzura on Sunday, March 28, 2010.
3 Comments


Tolong...
Saya ni suka sangat last minit nak submit contest. 
Padahal koupon tu dah berzaman dapat.

Korang-korang taukan peraduan Mister Potato ni due date 31hb Mac ni.!!
Plak tu hadiah dia

.::1emas untuk kau..2 emas untuk aku ::.


Masalahnya selain sms no kod yang terdapat dlm mister potato,
kena plak teka berat mamat 5 ekor ni...

.:: Benci teka-teka nih ::.


Yang pertama.
Berat Encik Kentang Gemuk nih!

.:: Tp dia dah minum Jus Diet Mate 5 mesti dah ringan ek ::.


Yang Kedua.
Berat Si Misai Rebonding.

.:: MAmat ni kurus je, tiup angin pun terbang ::.


Yang Ketiga.
Berat 3 Stooges ni.

.:: Diorang ni berat pahala ke berat tulang jer ::.


Yang Keempat.
Berat 100 Biji kentang ni.

.:: Kalo kentang rebus kena tambah berat air lagi ::.


Jadi mintak bantuan anda semua!! 

Berapa agaknya berat 5 makhluk+kentang ni???

Ada 4 hari je lagi sebelum saya submit contest ni
.*Padan muka kau, dah 3 bulan baru terhegeh2 nak submit*
Please..please...

Thanks in advance*wink*!!



My Very First Blog Award!

Posted by mizzura on Saturday, March 27, 2010. Filed under: ,
13 Comments

Morning!!!

Perhatian semua!

Dengan lafaz bismillah, saya mengumumkan Anugerah Saya SukaCinta Blog Kamu jatuh kepada --->>
BudakGila ZURA

Yahuu!!




*Mode Terharu*
Tissue please..
I tak sangka yew..

Ucapan:
Anugerah ini adalah hasil doa ibu bapa saya dan juga mereka yang mengenali saya*bajet fofular*.
Owh tak dilupakan juga the lovely blog from Yjia yang bersusah payah mengundi saya.
Kejayaan saya datang dari undian anda.
tsk T_T

OIT CUKUPP!!

*Erk, udahla tu..hover kalah pemenang ABPH*

Tau tak bahawasanya blog layout saya kelakar sebab header 
"Kisahnye" tu tak masuk kat tengah-tengah template ni. 
Dulu ada buat entri minta tolong sapa-sapa ajar sebab saya ni slow sket. 
Tolong ek..


Ala kena tag 15 orang ker??? 
Ingat aku sorang jer boleh menang. 

Korang-korang yang tersenarai ni, sudi-sudilah mengambil Award saya ni tau.
Jangan malu-malu, hanya:



~Post the award on your blog~
~Link the person who has given you the award~
~Pass the award to your 15 favourite bloggers~
~Remember to contact the bloggers to let them know they've been nominated~

Haha.Mati kutu dah ni nak tag sapa.
Yang ke 15, siapa nak gitau lah.nanti saya tambah.


Dah-dah. 
Mama dah bising ni. 
Tengahari ni ada kenduri kawin sepupu belah mama kat Nelayan Titiwangsa. 
Yang kelakar nya malam plak kenduri kawin sepupu belah abah kat Intekma.
Nasib korang arrange time tak sama.
Shuh..shuh..siap la cepat..!!



No Sweat!

Posted by mizzura on Friday, March 26, 2010. Filed under:
No Comments »

Ala.
Harini aerobic tak jadi!
Tahu tak tiap-tiap hari Selasa & Khamis saya ala-ala bz
*konon* sebab saya ada aerobic hari tu.

Pastu bila balik rumah sangat rimas.
Sebab sepanjang dalam kereta melekit tak ingat.
So sweet summer sweat! 
Takkan nak pinjam Adidas Action 3 kepunyaan adik lagi kan.
Tak boleh jadi ni, next aerobic session mesti dah ada yang ladies version punya.
Tak kira.
Nak sembur satu badan kasi segar gitew!


Saya pun join aerobic ni baru je dua tiga bulan.
Coach saya ajar step best-best tau.
Ala-ala dance gitew. 
Paling suka bila pasang lagu Stacy & Wonder Girl. 
Feeling like a dancing queen. *eh selalu salah step, nak perasan bagus*

.:: Cikgu Linda Jasmine, datangla ajar sini ::.

Dahulukala*ayat purba la pulak* sejak join kelas berenang time kat U, 
saya dah malas dah nak join activity peluh-peluh cam berjogging nih. Melekit tau.!
Kalau lepas sport nak lepak makan pun badan berbau.
Tak boleh nak ngurat abang hensem tengok bola kat kedai mamak tuh *wink*

Eii..till now pun saya rasa berenang adalah 
the best sport activity + tak berpeluh langsung - NO SWEAT!
Siapa cakap berenang berpeluh???
Buktikan!

Kalori yang dibakar pun sama je dengan berjogging. Pulak tu air kan satu medan terapi
Automaticcally badan kita rasa macam pergi spa.
Pas habis berenang, badan pun mangi-mangi jer
Bolehla ngurat abang hensem tu (*_-)

Tahun lepas-lepas selalu pergi dengan adik.
Tahun ni masing-masing sibukla pulak
*penat je tukar goggle baru*
Terpaksalah...Join activity melekit balik.
Adikku, kakakmu nak pinjam Adidas Action 3 lagi yer..huhu..


.:: Takat 1.3m bolehla action, pergi 2.5m tengok lemas tak lemas ::.

Jom berenang!
Splash..spalsh!!

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Project Alpha Season 2 is presented by
Adidas Action 3
and supported by
P1 and MAS
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


_


Teater Seri Mersing

Posted by mizzura on Sunday, March 21, 2010. Filed under: ,
8 Comments

Korang....
Dah tengok ke belum???
Cepat hari ni last.


Saya pun last minit tengok hari Jumaat tu dengan rerakan.
Pastu dahla saya sampai dulu. Yang lain2 semua bantai sampai lambat??!!
Sabar Zura..Sabar..
Masalahnya perut tak sabar.
Terpaksalah pergi makan kat Kafe IB sorang-sorang.
Nasib ada meja kosong, kalau tak terpaksa semeja dengan abang tu ;-P
*choyy!, aim meja abang jer-*

.:: kesian kan..posing pun sorang-sorang ::.

Saya + rerakan memang masuk lambat sampai kena sound.
Nak cover malu cakap, tiket kat kawan lagi sorang yg tengah otw.hahah!


.:: Si Paling Lambat Sekali! ::.


.:: Si Paling Lambat (tapi dimaafkan pasal ada imuniti card) hehe ::.


Nasib best cerita dia.
Sangat!!

.:: Si Cepat vs Si Lambat - mau gaduh ni! ::.


Antara pelakonnya:
Yus Raja Lawak *aysik meludah je, penuh air liur dia kat pentas tu*
Sepah *kelakar gila especially time t*t*k dia kena cubit..haha*
Adi Putra *hero -pergh badan 6pax la*
Elly Mazlein *heroin - chare ar time dia gelongsor atas pentas*
Dato' Mustapha Maarof * Cool & pelakon asal Seri Mersing*
Azizah Mahzan *wa respect lu memang pandai berlakon*
Melissa Saila *Si Gila & Mengong.haha*
Leez AF *ayu..mmm..biase je kot*
Hairi Anak Wayang *Okay la*
A Galak *ego betul bapa Seri Mersing ni!*
Rusdi Ramli *Ok..tp awat nampak hang biasa je*
Datin Rosnani Jamil *Hebat!*
DLL


.:: Adi Putra sebagai Damak-Lu machola beb! ::.


Tabik jugak kepada pengarah Rosden Suboh (anak pengarah Filem asal Seri Mersing).
Dia memang pandai buat flashback, naikkan emosi kami, cuitkan hati kami dan hiburkan kami.
Tabik Spring sama Seri Mersing!


.:: feeling-feeling as Damak & Seri Mersing ::.


Ayuh!
Malam ni last!
Ke Istana Budaya cepat!!


L

Kenduri Kahwin ialah Reunion

Posted by mizzura on Friday, March 19, 2010. Filed under: ,
5 Comments


.:: Aiin & Wafi's Wedding::.


Betul lah kan?! Nak harapkan kita arrange dinner gempak *yang mana aku akan paling hover cari baju dinner* mesti tak jadi punye. Tapi kalau kenduri kahwin..mau 4, 5 meja bulat penuh dengan rerakan. Hoke-hoke(minah ni macam nak emo apasal ek).



.:: Wah macam Ziana Zain la kau yin ::.

Ahad lepas, saya dan Si ManisJantung Sweetheart dengan rerakan seangkatan tentera belajar telah bertandang ko nogori sombilan ni ha. doket Longgeng sano. Ado plak buleh sosat laie..Adoyai...Hari Raya selalu ke rumah dia, dan-dan tu time ni sosat!!


.:: Apa la yang kau ketuk-ketuk tu ye ::.


Time sampai, geng-geng suma dah dokong anak memasing nak get ready pergi wedding kat Shah Alam plak. Maka terpaksa la aku kunyah makanan tak sampai 40x ke 44x semata-mata nak join konvoi ngan diorang *eh, nak cepat watpe, macam la tak reti nak balik Shah Alam..haha..*

.:: Pengantin nak menyibuk jap please ::.



.:: Okay tak kacau..aku sorang je nak posing ::.


.:: My roomate@baby kat UiTM, btw nice hairdo::.


Ni plak kat Shah Alam, makan lagi.Yang tadi pun tak kunyah habis. Tapi tetap lapar..Jalan jauh kan *jauh la sangat*. Pulak tu hari sangatla panas.

.:: Jue Aziz bukan nama sebenar ::.


.:: Hritik Roshan & Jehan Miskin juga bukan nama sebenar ::.


.:: Wajib bergambar dengan baby - nanti besar dia taula auntie ni penah dokong dia ::.



.:: Alamak brother ni perasan aku nak snap gambar dia ::.


Aftermath wedding..mana lagi pekena kopitiam la plak. berdessup ke Pak Li Kopitiam Seksyen 7. Makan lagi. Rakyat Malaysia = Makan = Hobi..haha..

.:: Semua nak kalau boleh ::.

.:: Tiramisu! kat umah pengantin tak provide plak ::.

.:: Yang telah dirembat, manakala dua orang ini sibuk berwifi untuk comment satu gambar sama dalam FB ::.


.:: Nah kau..Kayo Pak Li ::.

.

My Favourite Surfing Spot

Posted by mizzura on Wednesday, March 17, 2010. Filed under:
5 Comments

Ha! Susah nak jawab ni. Banyak kronologi kalau nak ceritakan Favourite Surfing Spot ni. Mesti akan berubah ikut trend punya!

.:: Yang ni pun favourite surfing sopt jugak - count tak?? ::.

Era Sekolah Menengah - Cyber Cafe

Wu time ni internet tu kira mende baru la. First time buat email kat satu CC kat dalam Klang Parade yang diajar oleh BFF Baizura pada tahun 1998 *amik kau*. RM4/hr tu. Mahal gilos! Nak tau tak? Itula my official email sampai sekarang termasuk untuk cari kerja. Asal balik lambat je, cakap mama pergi CC nak guna internet :-P

Era 1 Rumah 1 Komputer - Rumah la (yang pasti komputer & telefon rumah mesti berdekatan)

Time ni siapa-siapa agak mampu register la line Streamyx *ke TMnet eh?*. Pastu bila online, haram telefon rumah tak boleh pakai sampai bapa saya bukak satu lagi line telefon pasal anaknya dok MIRC, ICQ..etc.. Time ni suke gile bukak Bluemountain sebab konon-konon tak payah susah-susah nak beli greeting card birthday untuk kawan-kawan. Ingat tak, kalau nak connect je mesti bunyi apatah "krukk krak..zing..zing". Kira canggih la bunyi tu.

Era Universiti - Lab Computer Fakulti/ Handphone

Time ni nak kena berebut komputer, asal pukul 8pm je mesti penuh, konon-konon nak buat assignment.sambil-sambil bukak ym, friendster, Myspace bagai. Assignment tak siap jugak.Huh, taula free. Tu belum kira handphone yang ada function network. Kira PE-RAK jugakla boleh bukak yahoo dari handphone time tu*tapi tolak kredit - mahal gilos!*

Era Kerja - Wifi

Pergh time ni setakat bukak laptop kat food court KL Sentral tu orang dah tak hairanlah, pasal boleh dapat Wifi percuma. Dolu-dolu orang ada bisnes je bukak laptop kat public, itupun kat starbuck *padahal main solitaire je* Memang laku backpack laptop time ni. Memang nak pergi mamak semata-mata nak check email jawapan company mana nak panggil interview kerja.haha..

Era Pemalas - Broadband 

Eh memang pemalas pun..pemalas nak pergi CC, pemalas nak pergi starbuck, pemalas nak angkut laptop connect ke line telefon. Time sekarang ni Favourite Surfing Spot ialah di Atas Tilam Vono berduta Ziana Zain.haha. Sambil baring, boleh bercucuk tanam dalam Facebook, sambil lipat kain boleh layan Youtube, sambil tengok TV boleh berblogging, sambil mandi bath tub boleh bertweet *err yang ni boleh ke?? laptop ko water resistant eh* Apa yang perlu dilakukan hanya lah cucuk Si Wiggy tu ke laptop dan connected!

.:: Apa tunggu lagi - POTONG..*kepak2 kebung2* POTONG.. *kepak2 kebung2* ::.


Huyo P1 Wimax sudah 4G skarang. Takdelah bayar mahal tapi tunggu berjam-jam semata-mata nak log in Yahoomail.Nak tengok Video Project Alpha Season 1 pun laju jerk. As low as Rm69 per month. Jom jom berbroadband!

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Project Alpha Season 2 is presented by
Adidas Action 3
and supported by
P1 and MAS
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::




_

Alice dalam Dunia Sebenar

Posted by mizzura Filed under:
2 Comments

Uih,,penatnye..tiap2 minggu ke sana sini..tu belum weekdays pun tetap ke sana sini *cakap jela semalam* 
Ye. Semalam kan, saya pergi Midvalley *pergi lagi?* bertemu BFF saya. Habis kerja terus terjah sana & terus ke Madam Kwans *dah jadi official port kita makan ek*

.::Balik-balik makan di meja yang sama ::.

Sahabat saya ni boleh pulak tertinggal wallet kat office. Kesudahannya terpaksa aku belanja kau Sohee!! *senyum zura senyum..ikhlas kan* dan dia pulak terpaksa terima pelawaan belanja saya..haha..


.:: Balik-balik makan Fish & Chip *padahal aku tukang perabih* ::.

Lepas makan, tiba-tiba ternampak banyak sangat cendawan kat Ground Floor Central Court, terus perjalanan kami tertuju ke sana. Macamlah tak pernah jumpa cendawan.


.:: Macam Cendawan Mario Brothers kan ::.


.:: Mana Alice & The Hatter? ::.

.:: Ada bunga (awek) & bunga(tak tau gender ia ape) ::.


.:: Nak jump-jump tapi tempat sempit - bergaya begini sajalah ::.


.:: Camni pun boleh ::.

Selepas bergambar bagai terus balik tak payah tunggu kedai tutup.Haha..bagus jugak wallet tertinggal ni.Jimat terus walaupun hati membara  je tengok 70%. Sabar..sabar..Next week kita pergi lagi..

.:: Daa!! ::.






Alice dalam Dunia Ajaib

Posted by mizzura on Saturday, March 13, 2010. Filed under:
8 Comments


Alice in Wonderland..

Malam tadi, saya, mama & adik hingusan pergi tengok midnite cerita ituler...
show pukul 1025 dah habis..maka terpaksa amik yg betul2 tayangan tengah malam...1230 am..
adoi..lebam la mata esok kenduri..


.:: latihan leher, dari kiri ke kanan & dari kanan ke kiri ye adik-adik ::.

Ini semua gara-gara kepulangan yang dinanti adik dari asrama *apasal ek, budak asrama bila cuti jer dilayan bagai minyak yang penuh, kesian yang tak pernah dok asrama..huhu*


.:: Tengok, semua nak, dapat..tak aci ::.

Kawan saya cakap tengok 3D lagi best, baru la selari dengan effect die.

.:: Yang ni 2D jer..pasal dua dara seorang teruna ::.


Cerita ini pasal siapa lagi kalau bukan Alice. Rasa dah lama gila tak tengok cerita Alice in wonderland.*dah lupa pun kisah dia*. Dulu waktu kecik selalu disogok dengan cerita ini..waktu tengok ni terasa macam dejavu lah pulak..




Alice ini selalu bermimpi ke Dunia Ajaib Wonderland sehinggalah di hari pertunangan dimana dia masih berhalusinasi dengan si arnab pakai kot tu lalu di kejar arnab tu sampailah termasuk betul-betul dalam mimpi dia. Part paling best sebenarnye nak tengok Johnny Depp berlakon sebagai si Hatter tukang buat topi untuk permaisuri putih yang dirampas takhta dari kakaknya permaisuri merah yang kejam tapi kelakar jugak.pheww*takde titik noktah langsung explanantion pasal Johnny Depp tuh*


.:: Lain macam je muka Johnny Depp ni..korang nak jugak?? click ::.


Tapi filem yang diadaptasi dari novel Lewis Caroll Alice's Adventures in Wonderland & Through the Looking Glass ni, banyak nama watak tukar dari cerita asal. Pastu kisah kat London tapi langsung takde slang British*kantoi*. Apa-apa pun tetap fun untuk nak tengok sebab suka tengok Dunia Ajaib Wonderland tu..such a wonderful world..*err..horror pun ada gak..*



Cheers...!!