Thanks Cosmo!

Posted by mizzura on Thursday, February 25, 2010. Filed under:
2 Comments

Hmm..sangat tak sempat nak update, bukan kerana panik biru-biru tapi minggu yang haru-biru. Maklumlah CNY company dah cuti seminggu, bila bukak balik pun 4 hari je kerja. Jadi kerja untuk seminggu + 1 day dikumpul dalam 4 hari. Dah tak usah membebel pasal kerja *kecoh, macam la kau sorang je yang kerja buzy giler*.

Seterusnya sila baca dengan mode perlahan sambil picit hidung untuk effect sengau.

Ok, pada hari ahad yang lepas*style BM penulisan*, saya bersama si Manis Jantung sweetheart telah ke SACC untuk mencari baju batik (ni mesti org kerja gomen). Sampai sahaja di depan kedai MPH kami terus masuk ke dalam kedai untuk memupuk semangat membaca seperti yang disaran oleh kerajaan *wp free reading kira support la jugak*. Lantas saya terpandang keluaran baru majalah kegemaran saya iaitu COSMOPOLITAN  edisi Mac 2010.

Seperti biasa, saya akan terus ke helaian 2 dari belakang untuk memeriksa senarai nama pemenang. Teruja dengan kemunculan nama sendiri, saya lantas berlari ke si Manis Jantung *yang sedang  baca percuma free-reading autocar* kerana sayalah salah dua orang pemenang itu. Eh, kenapa salah dua orang, bukan salah seorang ke?

Betul, kerana terdapat dua nama saya sebagai pemenang. Pertama saya menang hadiah kedua yang merupakan foot spa *ala kaki jer ke* di True Spa & yang kedua merupakan gel mandian dari produk Shins. Dek kerana teruja, saya ada sedikit membuat onar dengan melepaskan hormon gembira saya di situ sehigga dilihat oleh pembaca lain *eleh apa aku kisah, ni bukan library-korang pun baca free*.

.:: Inilah produk Shins yang saya menang! ::.

Kerterujaan ini berlangsung sehinggalah saya balik ke rumah untuk membaca Cosmo sebelum tidur. Malangnya ia tiada bersama barang2 yang saya beli belah tadi.*Hua rupanya tertinggal kat mana2....hantu betul*. Jadi semalam dengan hati yang terbuka, saya membeli semula majalah yang telah memberi banyak hadiah kepada saya itu..huhu..Kepada pekerja-pekerja di SACC yang terjumpa majalah itu, silalah baca dengan gembira ye *perli ni perli - muka tak puas hati:-)*

Kamu-kamu, jom masuk contest cosmo selalu! Yihaa!



..

Isnin Biru-Biru

Posted by mizzura on Sunday, February 21, 2010. Filed under:
5 Comments

Isnin Biru-biru?? Monday Blues??
Ye. Hari ni tamatlah sudah cuti seminggu oleh company saya sempena CNY.
Best, tapi tak pergi mana-mana, rugi orr. Takpelah Januari hari tu pun baru jalan-jalan - masih dalam pokai mode.hehe.

Esok, dah kena kerja tapi takut pulak kalau terkena sampuk dengan penyakit Isnin Biru-biru tu (kata ganda kerana plural untuk blues). Jadi seperti biasa, amalkan kaedah mencegah Isnin biru-biru dengan --->

 
.:: Ape ni, belakang ada perkataan fail - tidakk!! ::.


Sunday No-no.Sundae yes-yes
Kalau boleh hari ahad jgn kemana-mana, dok umah tengok Melodi & Nona, dvd Adnan Sempit ke. Boleh ke? Nanti ada kenduri kawin kawan, takpun rumah Cik yah punya kenduri, kawan ajak gossip kat maple/kopitiam, berjanji-temu ehem2 ke. Ala, pergi jelah kan.Tapi as long anda happy go on je.Asalkan tidak mengundang penyakit Isnin Biru-biru elakkan lah heavy activites on Sunday.

Gosok Baju Seminggu 
Inilah hobi menjengkelkan saya. Selalu berangan kalau ada maid tolong gosokkan *family kitorang pelik - anak kecik2 dulu ada maid dah besor tarak T_T*. Ala takpe sambil tengok Melodi tu sambil gosok baju la kan. Nanti seminggu rileks je. Manala tau tiba-tiba seminggu ni kena hover time pulak kan. - settle!

Syurga Bedroom
Ha, pastikan esok nak kerja, bilik tidur sudah tiptop bagai syurga*dengan konsep anda sendiri* Terutama sekali katil. Ikutla nak tabur kelopak bunga ke *overlah plak*, bakar aromateraphy ke, nak deco bersama Eric ke, ikutlah apa-apa.Janji tang katil tu bagaikan syurga *wp hanya comforter & bantal je*. Mesti wujudkan feeling2 macam puteri raja. Bila bangun esok ceria je. Amaran - Tidur awal!
p/s: Isteri-isteri sila cabutkan wayar tv kalau perlawanan bola fav suami anda malam tu.cakapla tv je blackout..haha

Kok kokok kok Raungan pagi ayam sebelum sembelih
Bangunlah pagi! kalau pasang morning alarm ayam pun tak bangun apa kata buat macam kawan saya, pasang alarm lagu selimut putih. (Bila izrail... datang memanggil...) *eh tak bangun jugak? siram air je!*
Ironinya, kalau bangun lambat mesti kita kelam kabut - Ha nak kena sampuk biru-biru?


Berhenti pertama Breakfirst
Mesti bersarapan dengan penuh khasiat.Pull stop. Jangan malas!

Ku Bahagia da..da..da
Otw pergi kerja, dengarla lagu yang naikkan semangat. My fav - Ku bahagia(Melly Goeslow). Dengar Panggilan Hangit kat Hot FM pun boleh buat kita gelak sorang-sorang dalam kereta*sampai kereta sebelah kata aku gila*. Automatically meransang hormon gembira anda. Another tips, tune lah ke channel 100.90(Selangor FM) pukul 730am. Sbb ada 5 minit sesi motivasi dari Motivator-motivator Malaysia (Especially dr Dr H.M. Tuah Iskandar) Terus bersemangat. Tak tipu...

Hi semua..
Nak lagi gembira, senyum or ucap "hi", "morning" kat everybody. Jiran ka, orang sebelah dlm tren ka*yang tido jgn kacau*, toll operator ka, awek ka, office mate ka, boss ka *wajib ampu* . Offcourse, automatically mood ceria akan wujud dari dalam, sebab kita dah grab energy gembira dari orang yang kita greet tu.

 .:: Bergossip pun best jugak - Over la tu ::.


Organize Desk
Kalau dah tau Isnin tu penuh kebiruan, silalah kemas meja anda pada minggu terakhir anda cuti..takdelah masuk-masuk je..kertas bersepah, pen bersilang dengan pensil, mug tak basuh *eww*. Dah la tadi greet semua orang, tiba-tiba ambiance tempat kerja begitu..down terus..Mungkin Eric kena buat surprise kat office la, asyik surpirse kat rumah je kan. Office deco bersama Eric- Surprise! *kan best*

 
.:: Dapat deco camni pun dah best ::.


Positive
Apa positive dadah? Eh bukan, whatever it is, kena think positive.Isnin tu mmg seminggu sekali akan datang. Biru-biru tu yang kita kena atasi.Mungkin boleh tukar Monday Blues tu Monday Raibow. Isnin Pelangi *banyak sikit color takdelah biru je yang conquer*. Jadi, yang pasti kena BE HAPPY! You are too blessed to be stressed!


"Renung-renungkan & Selamat beramal" *tiru Prof Izi Hj Ali*

H.A.P.P.Y.M.O.N.D.A.Y.R.A.I.N.B.O.W.E.V.E.R.Y.B.O.D.Y.!

 _

Percy Jackson & The Lightning Thief

Posted by mizzura on Saturday, February 20, 2010. Filed under:
3 Comments

Ding Dong..Cuti-cuti nak tengok cerita apa?
Haritu saya pergi tonton cerita tu ^ 
*dengan ehem2-huh nak menyibuk jugak*
Bila masuk bilik tayangan, cerita sudah pun bermula.
*tula dah kata tak sempat makan nak jugak pergi food court*
Tapi tak apa start pun intro je baru.

.:: Sambungan latihan kepala ::.


Plak tu menggagau cari seat. 
Rupa-rupanya seat 4 dari depan skrin.
Adoi..
Orang tersangatlah ramai.
*kunyahan popcorn lengcai sebelah nipun sampai ke telinga aku*
Waktu beli tiket main ye kan je sbb itu je seat yang tinggal. 
Pulak tu, bila tengok skrin rasa tak cukup anak mata. 
Nak tengok kiri kanan atas bawah dalam sekelip mata mana dan!
Habis semua lubang hidung pelakon terlihat dengan jelas.
oke..oke..

Synopsis sikit. 
Kisah ni berlaku di zaman moden kat US la mana lagi..
Ada budak, Si Percy tulah suka sangat main air dek pembawakan bapa dia, dewa air Si Poisedon. 
Tak kenal? 
Ala gang-gang dewa Zeus, Appollo, Artemis tu  dalam mitos Greek & Roman.
*ek ele, macam la kenal sangat*. 
Si Percik ni eh Percy ni dituduh curi petir 
*petir boleh pegang ke? boleh, petir TNB*. 
Padahal orang lain kenakan dia, jadi nak dipulangkanlah petir ni ke satu tempat bernama Olympus 
*aik, tu camera aku*

Cerita ni diadaptasi dari novel.
*eh cerita  Malaysia tak banyak pun yang camtukan..apa kes* .
Sekali imbas macam gabungan LOTR, Harry Porter dgn Narnia pun ada.
*sbb ada laki separuh manusia separuh kuda* 
Sepanjang story bergelak jugak la kitorang sebab time tengah serius tiba-tiba ada je bunyi kambing.
Yang tah apa-apa tu walaupun kisahkan dewa Grik & Roman, 
semuanya tu berlaku kat Amerika..?? *boringg* 
Lor dah die producer die punya suke la kan - apa kau kisah!



Sape belum tengok.. pergilah. untuk light entertainment je.


Kapur Barus Ubat Selesema

Posted by mizzura on Thursday, February 18, 2010.
No Comments »

Kelmarin, malam saya menemani mama ke Sg Manggis nun di Banting sana. Bukannye ada makan-makan tapi pergi menziarahi jenazah ibu sahabatnya. Sekitar 930 pm kami sampai ke area situ *gelap oo*. Sedang cari simpang rumah ternampak sekumpulan orang berjalan kaki menjunjung keranda *mak ai seram tuh - dah la gelap gelita*. Makanya, tak salah la simpang yang kitorang cari tu kan.


Iye. Saya jarang menghadiri majlis kematian. Jadi kadang-kadang terlupa adab-adab melawat jenazah (selain baca yassin). Antara petua yang diberi oleh anak arwah, apabila ingin melihat jenazah, sambil berselawat mulakan melihat dari kaki sehingga ke muka. Katanya untuk mengelakkan kita dari tekejut/terbayang-bayang akan jenazah-Insyaallah.

Sewaktu membaca yassin telihat orang menabur kapur barus. Oh baunya sangat menyengat sehingga saya terhenti bacaan beberapa kali. Kenapa bau kapur barus kadang-kadang membuat kita goyang ye?*aku je kot*. 

Try check kat internet than dapat info rupanya kapur barus pada abad ke 9 dahulu merupakan resepi untuk minyak wangi yang direka oleh Chemist Islam Al-kindi. Synonim dengan nama pewangi jugalah ianya digunakan untuk mewangikan jenazah. Jangan tak tahu bahan untuk kelegaan selesema dalam Vicks Vapour Rub tu pun mengandungi kapur barus (Champor). Ha, siapa yang selesema pasni tak sempat beli vicks boleh la cuba hidu bau kapur barus!

 
.:: Inikah pokoknye? ::.



~Al fatihah untuk arwah~




Kelahiran Pramatang

Posted by mizzura on Monday, February 15, 2010. Filed under:
13 Comments

Oho..
Ini ada satu alkisah.
Awal bulan lepas baru sahaja melahirkan 2 anak.
Terkejut kami sekeluarga.
Tapi yang survive 1 je (yang ni tak terkejut pun).
Mungkin lagi 1 tu telah di mamam oleh ibunya. 
Tup..tup.. minggu lepas *ai..apa semua cerita yg lepas je-ok proceed* lahir lagi 6.
Eh..Berapa bulan tempoh pregnant die..?? Cepat betul??
Takkan takde tempoh berpantang kot?? 

 
.:: si ibu & along(depan) & adik baru(nenen) ::.


Hamster ni sebenarnye kepunyaan adik saya.
Dia bela dari sekolah rendah sampailah menegah bersilih ganti. *silih ganti???*
Bukan silih ganti dengan saya atau adik beradik lain. tapi bersilih ganti hamster...huish..
Kenapa bersilih ganti.. berikut adalah asbab-asbab nya *skemala pulak* :

~ Bawak pergi taman permainan nak tunjuk kawan. 
Sudahnya hamster main lari2 smpai hilang (mungkin itu impian dia kot) ~

~ Nak mandikan dlm sink.
Buka air perlahan. 
Pergi dapur jap ambil towel. 
Jumpa mama borak2.
Terlupa. 
Pergi balik. 
Hamster sudah kembang semangkuk. ~

-~ 1 family keluar, maybe rumah panas sbb tertutup semua kipas.
Matilah romeo n juliet tu. ~

~ Terlepas kurungan. 
Selalunye kami akan tangkap. 
Sesat dan hilang.
*hamster paling suka terlepas kurungan.
Pastu bila kita nak tangkap, pandai pulak dia main acah2.
suka la tuh..amik kau..hilang tak jumpe..padan muka.. ~

~ ajal *takle nak nolong* ~

.:: Tiara yg sudah tiada ::.

Hamster yang kami bela biasenye jarang beranak.
Mandul agaknye..haha.
Takpun dua dua dingin..
Jadi bile beranak haruslah dipisahkan jantan & betinanya.
Sebab nak elakkan dari jantan ganggu si betina.
Nanti betina terganggu dia merasa terancam. gila meroyan ke.
Maka takutkan keselamatan anak, maka anak itu disorok dlm mulut.
Sehingga tertelan.
Sebab itulah org selalu cakap hamster makan anak..ish..ish..
Mulia sbnrnye hati ibu hamster..

 
.:: Papa jahat - mata merah :.


So kalau hamter beranak,biarkan aja.
Jgn diusik baby itu *adik aku la ni* 
Wp kelihatan macam guntil tepung.
Semoga yg ini dipanjangkan umur
*takdelah abis duit mama abah belikan hamster dia je - dengki *

.:: Macam uli tepung bubur caca ::.

p/s: Cepat2 curi-curi ambil gambar..nanti adik aku marah..


Rahsia Orang Cina Kaya dgn ucap GONG XI FA CAI !!!

Posted by mizzura on Sunday, February 14, 2010. Filed under:
5 Comments

Wah! Macam gempak je entri atas tu.
Okay. Kita lurus kepada titik ye.straight to the point 
*GT guna style kau garis2 font yer*

Tahukah anda kenapa orang cina kaya dan semakin kaya???
Padahal hanya tokeh jual ikan dipasar dengan bag porch dihadapan tapi rumah gempak banglo sebiji and pakai kereta continental *BMW la tu* atau busuk-busuk pun kereta Jepun.
Percaya atau tidak semuanya itu dtg hanya dengan mengucapkan  
"GONG XI FA CAI"


Saya terfikir tentang ini sewaktu belajar 3rd Language di Uitm dulu .
Owh ye di Uitm wajib ambil 3rd Language*promote* 
Fakulti saya ada offer Mandarin, Jepun, Korea, German & Arab. 
Maka saya pilih Mandarin.
Ha, mesti ada yang nak condemn tak ambil bahasa arab kan, fyi PMR cert saya ada bahasa arab ye.
*tiba-tiba emo minah ni??*

Lagipun tak salah belajar byk bahasa. 

Saya takde feeling nak sambung belajar kat German wp study dalam engineering - So next;
Cerita Korea pun tengok Winter Sonata & Pricess Hour - Next;
Dah jarang main game yang ada instruction bhs Jepun - mm Next;
(nak tau adik saya pilih Japanese language semata-mata senang nak faham instruction game PS)

akan tetapi..

Wah, saya sgt suka shopping dan membeli barang - so taukeh bole kasi murah ye - kautim - Mandarin Yes!
*Woi cik zura hang melalut kalut cerita apa ni...rahsia mana..rahsianye ape!!!*

Buku Latihan Level 2

Gong Xi Fa Cai yang saya belajar dulu kalau diterjemahkan bermaksud, 
SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI.
Manakala Selamat Tahun Baru pula ialah XIN NIAN KUAILE
Orang tua-tua kan selalu pesan apa yang kita sering cakap adalah satu doa.
Lebih-lebih lagi kalau disebut beberapa kali maka ianya akan mungkin jadi.
* err 40x or 44x??*



Jadi formulanya, tiap2 tahun orang cina menerima ucapan Gong Xi Fa Cai lebih dari 40x or berkali-kali maka dengan doa itulah mereka menjadi kaya.*ada logiknya kan..kan??* 
Jadi Ah Meng, bolehkan kalau tiap2 hari i ucap Gong Xi Fa Cai untuk diri i..?? :-D



Sebab itu juga bila CNY mesti ada perkataan prosperous
(mewah; berjaya dari segi kewangan - kamus dwibahasa Oxford)
Dan tak dilupakan
prosperity burger ayam kegemaranku..
parappapapa..im loving it!




Malaixiya Ren, Xinnian Kuaile, Gong Xi Fa Cai!!

 Hongbao na lai! [wo hai meiyou jiehun :-)]
Angpow mari sini! [saya belum kawin :-) ] 


 


Balinese Spa

Posted by mizzura on Friday, February 12, 2010. Filed under: ,
4 Comments

 Hoke..hoke..
Inilah entri terakhir tentang Bali.
Whoa..Terhegeh-hegeh nak kemaskini *sebut update lagi sedap*


Flight adalah pukul 7.30pm. 
Eh banyak masa ni! *tapi tak cukup-cukup jugak!*
Breakfast sangatlah lambat.
Dalam 1030 am gitu.

 
*Hari-hari wajib ambil pancake & golden syrup with banana*


 
 *muka masih sembab - jadi burung hantu kerana packing barang*


Selesai breakfast, sempat lagi mencari harta karun sekitar Kuta sebelum periksa keluar *check out* pukul 12pm. Last kopek lah konon.

 
*Hua..sampai kena jengkit kaki*

  
 *Megastore - Kasi licin barang Hard Rock*

 
 *Kuta infront of Starbuck*

Sebelum pulang, singgah dulu di Arum Spa untuk special manjakan diri. 
Cadangan dari Pak Jamal. 
Katanya artis Malaysia ada singgah sini *rahsia*.
Oh yea, Pak Jamal ini sangat familiar dengan orang Malaysia. 
Antara orang yang dia pernah bawa ialah Dr Fadilah Kamsah..ooo...





Plan asal, lepas Spa nak cuba masakan sunda
*owh-my favourite*
Tapi tak sempat sebab sesi permanjaan diri habis sekitar 3pm.
*Gila lapar-perut ku tidak dimanjakan*
Jadi sebab takut tak sempat, kami sepakat terus ke Ngurah Rai Airport untuk makan.
Selesai periksa masuk *check in* semua bagasi & passportnya terus tuju ke McDonald *perut dah bunyi Kecak Dance kali ini (-_-)*

Jadi lunch kami bermula sekitar 530pm gitu.
*Apa erti sesi permanjaan diri kau tu at the end letih jugak*


Pukul 730pm kami sudah berawan dania dan tak sabar nak jejak ibu kota tercinta.


 
*Hi Malaysia, waduh jauh perjalanan gue *
Makasih sama cowok gue belikan teddy :-)

*Owh, ketemu rakan*


Nak pergi lagi kerana nak tengok Barong Dance, melawat Dreamland, memanja diri di Rock Spa, beli lukisan, melawat ladang kopi yang dihasilkan dari najis musang yang makan kopi itu jugak
*eww..tapi katanya sedap*. 
Ini semua saya tak sempat rasai. 
*eh 5H4M pun tak cukup ker?*

Sekian.


Daa...
I Love Bali!



Kuta & Rupiah

Posted by mizzura on Tuesday, February 9, 2010. Filed under: ,
No Comments »

Ehe?
Tak habis lagi entri pasal Bali..??
Cikit jer lagi..
Hari ke-4 sudah.
Jadi, haruslah bagi kami segerombolan meningkatkan taraf ekonomi penduduk Bali pada hari ini - Penghabisan Rupiah besar-besaran..!!

Juga menghabiskan kupon-kupon diskon dari Hard Rock Hotel!


Claim baucer di Starbuck


Mbak ini sangat capek menanti Caramel Frappucino Blended
*gambar ni diambil oleh kanak-kanak 2 tahun - berbakat!*

Seterusnya, latihan kekuatan kaki sekitar Kuta sambil menjinjit Caramel Frappucino Blended 
*bajet cool la tu!*.
Dari satu kedai ke satu kedai.
Mencari souvenier untuk staff department.
Untuk mama, abah,adik-beradik.
Kawan-kawan rapat.
Makcik Pakcik.
Dan yang berkenaan.
Huhh..
Beginilah, kalau melancong, senarai wajib untuk diberi..
Bahagianya mereka,
Bahayanya duit aku..huhu(~_-)

Lapar..KFC la plak.
Jagonya ayam!


Oho, hari sangat panas.
Kaki sudah pening dan kepala sudah letih.
Maka singgah SPA yang tersangat banyak di Kuta*yang biasa-biasa aja*
Hair Spa Loreal, cuma Rp90,000 (RM35)



  
Ruang Spa kecil sahaja, tapi pijitannya marbeles!

  
*Kembali segar!*
*Tapi apa kaitan pandagan sinis itu??*


Kembali ke Hotel dan rehat-rehat sahaja.
Petang pergi swimming pool pula
Nak tunjuk kehebatan perenang Olimpik Malaysia kat Bali nih.
Huhu..!


Bali Day 5?? No lunch!







Legion - Tak tercapai akal ku..

Posted by mizzura on Monday, February 8, 2010. Filed under:
4 Comments

Sabtu lepas, saya mengisi masa senggang ke One Utama. 
Nak dekat CNY ni banyak offer murah-murah tapi saya takde rase satu keperluan untuk membeli dan membelah. 
Tersangatlah lapar dan terus ke Peranakan Palance.
Usai makan, terus ke TGV nak tengok movie & hentam ajer cerita Legion.
*terpengaruh dengan poster lelaki berkepak*.

 
*layout menegak - exercise leher anda*


Setengah jam pertama – amat boring. 
Rasa nak tidur dan keluar dari cinema *hakikatnye sampai habis cerita pun*
Baru sedar cerita itu 18PL-patutlah! 

Secara ringkas, cerita ni berkisar tentang tuhan sangat kecewa dengan sikap manusia lalu dia plan nak tarik balik kenikmatan dengan menghapuskan manusia.
Salah seorang angel-Michael *eh nak istilah sebagai orang ke?* tak setuju lalu turun ke bumi konon nak menyelamatkan dan memberi petunjuk kepada manusia terpilih.
Ada satu preggie woman itu hendak dilindungi, kononya bayi dalam perut itulah yang akan meneruskan generasi manusia.

 

Saya tak mahu beri ulasan cukup sekadar kata TAK BEST!! *ibu jari tunjuk bawah dua kali*

Moral: Jangan terpengaruh dengan poster lelaki berkepak *Hey ko bajet asal pelik je macam Avatar ke?*

Bali Wedding & Ninja Turtle

Posted by mizzura on Sunday, February 7, 2010. Filed under: ,
3 Comments

Hari ketiga pula lebih kepada Hydro activiti *apa tu?* Aktiviti yang melibatkan air lah!



Itenary hari ini bermula Kuta -> Nusa Dua -> Galeria,Kuta -> Tanah Lot - > Kuta. Apa?!
Sikitnya tempat. Sebab PERTAMA Nusa Dua di selatan dan Tanah Lot di utara.
Jadi banyak rugi diperjalanan (-_-)




Melalui Legian, terlihat Monumen memperingati mangsa pengeb*man di Bali (Takut nak eja penuh-sensitif). Di sinilah masa banyak rugi apabila Pak Jamal cuba memperbaiki pintu yang hanya boleh dibuka dari luar hanya kerana kami yang komen.gosh! *Lesson learnt-Jangan banyak komen!*
Sudahnya kena singgah di Wokshop kereta untuk diperbaiki dalam 1/2 jam gitu-sebab KEDUA.
*Oho..melawat Wokshop juga itenary ke Bali ye.haha!*


*Nama orang mati kena b*m ada kat situ*


Aktiviti sampingan menambah wang poket ialah menjadi baby sitter!
Saya bukak tender USD 100/hr. huhu..(~_-)



Lihat,kan betul sambil melancong boleh menambah income. (~_-)



Sedang menanti mereka menawar harga ke Pulau Turtle.






Sayalah yang akan memandu bot ini!




Dalam bot boleh lihat dasar laut!
Sambil bagi umpan cubitan roti yang termasuk dalam pakej.
Maka banyakla Nemo & Friends keluar.





Sini pantai sangat cantik & sangat banyak pakej Water Sport.
Banana boat, Jet Ski, Para gliding dan seangkatannye.


*akukah itu?*




Inilah Pulau Turtle tu!
*Ada gaya cewek penyambut tetamulah*



 



Berkenalan dengan moyang Ninja Turtle.




Bersalaman dengan turtle berumur 60 tahun ke atas!!
Owh hampir sebaya bapaku.
Be-erti turtle ini lahir sebelum kita merdeka??




Haiwan sini semuanya jinak dan mesra camera.
Hanya saya je yang control hensem konon-konon berani.




Iguana ni tak sanggup saya nak pegang.
Takpelah, saya boleh tengok di Pets World, Mid Valley jugak.




Selesai icebreaking dengan semua binatang, lepak minum-minum air kelapa.
Digalakkan juga menderma untuk kebajikan Pulau Turtle ini.



Tolong!! Angin sepoi-sepoi hampir terbang saya dibuatnya.




Naik semula ke bot.
Udah mau pulang kerna perut sudah memberi siren kecemasan – Lunch Time!





Antara patung-patung yang banyak terdapat di bali – terlalu banyak!
Tu nampak kan, patung dililit kain petak-petak.

 
 *wira bali*

 




Kami semua lunch nasi di Pizza Hut.
Apa?? Nasi ??
Yela sebab teringin sangat masuk Galeria sampai salah building dan hilang arah nak makan apa.
Pizza saja yang confirm halal.


*wah, PizzaHut Bali variety, PizzaHut KL cabaran nih!*



Singgah Planet Hollywood pulak. Alang-alang dekat sini.





Wah, tshirt-tshirt disini lagi murah dari Hard Rock.
Borong!




Selesai borong saya cari kamar kecil(Toilet).
Tak sengaja termasuk dalam Galeria – wow marvellous la Galeria.
Sempat la jugak jeling handbag Coach.
Even kopi Bali banyak dijual secara ekslusif.
Ambiance pun nice!
Ala-ala Harrods London la ni.
Price tag kopi pun dalam USD.


Perjalanan ke Tanah Lot, memang kami rancang ngam-ngam sampai untuk tengok sunset.
Must see katanya.
Sepanjang perjalanan terlihat banyak tanaman padi even di tepi rumah mereka.
Jimat duit beli boreh.





Pintu masuk temple di Tanah Lot.
Maklumlah di Bali about 90% Hindu, 4% sahaja Muslim.
Jadi melawat Pura(Temple) perkara biasa.
Malah dirumah persendirian pun mereka ada kuil sendiri.


 


 
*mind rakan serombonganku yang sedang gendong baby mia itu..huhu*



*temple ni yg selalu tengok dalam poskad*

Photoshoot wedding saya disini!
*Sapa Photographer sanggup ke Bali own transport??


*disini*

 
*dengan percikan ombak*


*atau sunset*


Dinner pulak kami cuba masakan Lombok di sini


 

 


Terkenal dengan Ayam Pelecing, sambil itu, order Pelecing Kangkung &Beberuk Terung(recommended –tapi kurangkan pedas), Gurame(ikan) Bakar, Telur Dadar juga..

*lahap*


Balik..zass..tidur..zzzz..

Bali day 4?? Penghabisan Rupiah besar-besaran..!!