Sabtu Mengejut!

Posted by mizzura on Monday, December 6, 2010. Filed under:

Yap. Last weekend aku a bit penat sebab travel dari HQ <-> Site. Meeting ngan client dari South Africa wakawaka e~eh..Campur plak PM yang tak digemari sudah balik dari repair works kat Rotterdam. Terus aku rasa tekanan jiwa. Korang pernah tak ada seseorang dalam company yang kalau dia takde korang rasa bahagia gila. In fact aku tanya budak-budak kat site Melaka & Shah Alam , HQ semua pun cakap bahagia gila dia takde. Nasib repair works tu tak habis, so dia kena pergi lagi..yahooo...! Oh kejam kan statement aku ni. Tapi kalau korang pernah baca entri ini dia pun kejam sebab jadi punca aku tak dapat buat terawih pertama ramadhan ini. Bila rasa camni, aku selalu paksa diri aku supaya be professional - kata dah belajar engineering ethics. Sila patuh yer.zass..

Jumaat pas kerja sempat gi dating jap. Makan kat tempat baru Bigfood kat TTDI Jaya. Ada western, local, pizza etc. Portion dia besar gila, thats why namanya Bigfood, bukan Bigfoot minatang tu yer. So malam tu aku balik awal terus amik peluang untuk tidur awal sampai terlupa makan supplement yang baru dibeli. Nak tahu? Hehe..Rahsia..kita nak test dulu..

Disebabkan tidur awal aku terlebih mimpi indah, sampaikan 6:30 baru lah mama kejut..oopss kantoi kat bakal mertua..ini jarang berlaku yer..hehe..winkwink..apapun..mama bukan sekadar kejut aku tapi bagi kejutan kaw kaw..pasal pakcik aku meninggal..tsk..sedih..innallillahiwaiinahirajiun...

Sepantas kilat kami sekeluarga siap, tak semua dapat pergi as kereta tak muat lagi sorang n kebetulan dia kelija, tupun ada lagi sorang adik aku g offshore so susah nak contact. Perjalanan ke Tangkak langsung takde stop pasal inikan kecemasan. kitorang tak breakfirst pun, tapi awal2 dah pergi drive thru McD breakfirst. So belasah dalam kereta je la. Waktu kat Ayer Keroh, kena stop pasal tangki masing2 dah takle tampung sisa-sisa makanan terproses dalam usus & pundi kencing. Tapi mak aiii..toilet ramai gila orang beratur..Waktu tu pun dapat panggilan yang jenazah dah get ready nak ke tanah kubur. Apa lagi..kami pun drift ar straight ke tanah perkuburan..

Kami tak sempat tatap jenazah untuk terakhir kali, sebab sampai2 je orang tengah baca talkin. Aku kempunan nak tengok arwah untuk kali terakhir sebab last jumpa raya aidilfitri lepas. Pun begitu makcik-pakcik yang otw dari Kelantan, Penang, Perak pun semuanya tak sempat nak tatap.. tapi mempercepatkan proses pengkebumian itu lebih pentingkan.

Malam pulak ada kenduri tahlil, aku gatal tak bawak baju spare. Dari pagi ke malam la baju sama walaupun dah mandi and pakai bedak banyak2 kasi wangi tapi orang tetap cakap eh, baju tadi..haha. Sementelaah berjumpa sepupu and anak buah, kami semua dok teringat waktu hidup kalau balik kampung arwah la orang yang suka cerita pasal hantu waktu kitorang kecik-kecik. Kalau kat kampung semua berkumpul nak dengar cerita hantu, pastu masing-masing dok takut nak g toilet kat kampung yang agak2 seram tu..haha. Sungguh sweet  kenangan itu for us..

Malam tu, jugak kami balik and sampai rumah lebih kurang pukul 3 pagi. Ahad dah lembik. Nak buat kerja pun malas. Dok tengok Melodi, Nona ngan cerita dongeng Indonesia Rapunzel (Sebut Ra-PUN-Zel) sambil lipat baju. Nampak sangat aku keboringan kan..

Wah,nampak dah macam diari kan cerita aku.Panjang lebar bebenor..Siapa baca sampai habis angkat tangan! Tak perlu gambarlah, sebab kamu kan punya kreativiti untuk menggambarkan..(erk takkan nak amik gambar kubur kot). Eheh..Isnin ni kelija..bencinya Monday Blues ni..adess...

Nasi Tambah:


  • Ibu arwah masih hidup dan kelihatan cergas. Mulut aku  terkumat kamit nak tanya rahsia or petua, tapi tak keluar-keluar. Aku kagum sebab ingatan tok ni kuat sangat sampai boleh cerita aktiviti mama ku waktu dia kecik dulu. Hebat kan..
  • Alfatihah untuk arwah Pak Yang..Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang soleh. Aminnnn.......... Dan semoga keluarga arwah tabah menghadapi hari-hari mendatang...





5 Responses to Sabtu Mengejut!

  1. CaDLyNN

    Innalillah...semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman..

    weh..style menulis yang baru ke..kejap senget kejap tegak.haha..aku bace semua yang ko type hokey~ aku kan fans ko..hahahaha

  2. mizzura

    @CaDLyNN

    hoho..nak kasi elak keboringan..bajet letak italic korang tak boring la..haha

  3. baincardin

    Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432! ^_^

  4. ~eZmALiZa~

    al-fatihah! semoge roh beliau ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.. amin.. :)

    salam maal hijrah cik mizzura.. :)

  5. kakyong

    Salam takziah...

    gambor laksa & cendol tu ade di n3 ni..
    http://www.kakyong.com/2010/12/si-bertuah-untuk-mari-teka-part-2.html

Leave a Reply