Paintball @ Ladies Extreme Day : Match 3

Posted by mizzura on Monday, December 27, 2010. Filed under:

Next, abang-abang tu bawak pergi ladang kelapa sawit. Mak serram yeww -jangan apa-apakan i...hahaha.. 


Kat ladang ni dah jarang orang main sebab tu tempat agak tak terurus. tapi sini lagi enjoy dari semua padang & dusun. Takut ada binatang melingkar je lalu lalang kat sini. Manalah tau ia pun minat paitball.






Kat sini kawasan dia luas gila. Susah nak aim tau. Aku kan dah malas so aku cakap aku nak jaga belakang je. Setiap orang kena menyorok kat pokok pilihan masing-masing. Aku ada gak cuba tarik daun-daun kelapa sawit kering. Kekonon nak camoflouge la, tapi berat .. adoiiii baru nak berangan macam dalam filem


.:: pasukan penyembur racun rumpai ::.




.:: Pandai photog ni snap ::.

.:: Uit, ngelat ke tahan kentut ::.

Waktu kat belakang, dua kali pallet sasar ke kaki. Tapi sebab jarak jauh dia tak pecah la kena seluar, so takdelah awal-awal dah kena surrender. Hasilnya balik rumah cek kaki, lebam besar gila ko. biru kuning lebam tuh. Battle scar lah konon.




Satu part tu aku cek, pallet aku tinggal seketul je. So aku nak simpan untuk last kopek. Tetiba aku dengar marshall dok jerit-jerit ke arah belkang aku. Aku kalut tertembak ke orang belakang aku. Rupanya member aku yang game over pergi bukak face mask otw keluar kawasan. FYI, face mask dilarang bukak dalam kawasan permainan. Ada satu kes, orang tu bukak, terkena pallet sesat terus mata buta. Sebab tulah paintball kategori EXTREME!




Ces, rugi pallet aku siot. time tu aku bisik marshall cakap peluru habis nak declare kalah ke tak. Pasalnya aku je last woman standing untuk So Sweet Grup. Marshall nak offer tambah pallet atau tukar marker. Tengah dok discuss aku nampak kiri aku ada sorang ~The Angels~ tengah aim. Toleh kanan lagi sorang plak on the way. Dari aku kena tembak lebam baik aku serah diri. 








Aku angkat tangan cecepat dan kumpulan aku kalah seperti biasa. Yeayyyyyyyyyy!!




Serius. best gila main kat sini. Sangat-sangat recomended. Aku dulu first time main kat TT sport, Subang (boleh nampak kalau naik komuter turun subang). Tapi time tu limited so takde experience cenggini. lebam tu lebih seminggu lah hilang. So sexy girl, pakailah berlapis-lapis kalau main paintball yer laling...


.:: Inilah...barisan kita.... ::.

So tamat sudah kisah Ladies Extreme day. Next kitorang plan nak pergi panjat Bukit Broga tu takpun main ATV kat Kemensah ke kat mana tah. So stamina kena jaga bebetul nih.




m



7 Responses to Paintball @ Ladies Extreme Day : Match 3

  1. CaDLyNN

    ehem..5-1 kan final result The Angel vs So Sweet.. jadi so sweet...pls maintain ur so sweet supaya the angel boleh menang lebey lagi..haha..

  2. mizzura

    erkkk...nasib korang jer baik..haha

  3. kakyong

    tak menang x per.. janji fun... tp seriau la tgk main dlm kebun kelapa sawit..

  4. mizzura

    @kakyong memang seriau kakyong takut ada binatang menjalar jer..errr..

  5. peah @ peps

    pergghh mizzura...giler best lagi syiok...ATV kat kemensah ada eh...mahal dak?


    Berjaya Hills Resort, Bukit Tinggi, Pahang
    Ice Room, Dataran Sunway, Kota Damansara

  6. mizzura

    @peah @ peps pakej kemensah tu dalam 50~100 tak silap..senang citer lagi ramai orang lagi murah ler..apa-apahal nanti kita inform ek..

  7. eDa

    Hmmmm..if not mistaken...benda ni actually namanye woodsballkan? macam paintball tapi version main dalam utan...

    Yup kat kemensah ada tempat main ATV... :P

Leave a Reply