Paintball @ Ladies Extreme Day : Match 2

Posted by mizzura on Sunday, December 26, 2010. Filed under:

Untuk match 1, First Game ~The Angels~ vs So Sweet Grup 1-0, Second Game ~The Angels~ vs So Sweet Grup 0-1. So serilah kiranya ni. Bangga oo.Walaupun aku keluar padang awal & tak dapat sumbang apa (kamikaze je lebih) tapi team aku berjaya jugak melepasi halangan ~The Angels~ yang ganas gila.


.:: Posing jangan tak posing ::.

.:: Budak-budak kampung situ ::.


Lepas rehat, kitorang terus gerak ke dalam kawasan yang berhutan sikit. Ala-ala latihan komando gitu. Dusun sapa lah diorang pergi setkan jadi padang paintball ni. Sini banyak nyamuk tau. grrr..Nasib diorang bakar daun kering wat halau nyamuk.




Untuk Match 2 ni, korang tak perlu kutip bendera kat tempat lawan macam yang Match 1 tadi. Kali ni lagi extreme pasal korang kena naikkan Jalur Gemilang yang terletak di tengah padang dusun tu. Serius aku tak berani jadi heroin naikkan bendera pasal nanti kena talu dengan budak ~The Angels~ ni. Mati awal lagi kan. So biar aku jadi defence aja sudah.








.:: Amoi ni gila berani.banyak cubaan dia pergi naikkan bendera ::.

Kat area sini, bunkers bukan lagi tong atau gegelung kayu, tapi timbunan tayar getah. Rendah gila, so lagi bagus kalau korang baring aja jadi sniper macam  akak ni. Dia memang otai o. seram aku kalau dia dekat ngan aku. Akak ni nama aja anak 3 tapi bakat boleh jadi perajurit negara lah kiranya.









.:: Entah gaya apa aku buat ni. Pemalas dowh ::.

  
Match 2 ni, first game kalah pulak. Pastu aku dah malas dah nak all out. Asal all out je kena tembak. Aku yang tak pandai hiding ke atau ~The Angels~ ni memang sepakat aim aku aja. Confuse aku.


.:: Kepala dia lebam ::.

Udah nye, second game aku dah malas nak letak harapan tinggi. Kalah pun kalah la..janji pallet ni habis. Mula lah aku buat perangai. Aku kutip saki baki pallet kat tanah tu, aku picit kasi keluar color. Pastu sapu ar kat muka. Baru la nampak cam red indian.haha. Tapi pallet ni kaler kuning dah sama ngan baju kitorang. Pas aku buat, memasing sibuk nak gak. Haha. pedulik ah kan. Janji FUN!!!!!!!.. 



.:: Red Yellow Indian...loll loll lolll...lolllll...! ::.


Ye. Second game pun kami kalah. So this time total markah sudahpun 4-1 yang mana aku rasa..lantak kaulah markah.hahahah.


Ada lagi story tau untuk match 3 :-)


1 Response to Paintball @ Ladies Extreme Day : Match 2

  1. CaDLyNN

    amoi tu berani sbb die tau group die back-up baik punye kt blkg...go go ~The Angels~ wohohohoho..

Leave a Reply