Paintball @ Ladies Extreme Day : Match 1

Posted by mizzura on Sunday, December 26, 2010. Filed under:



Ok, ni kesinambungan cerita Ladies Extreme Day yang aku pernah gembar-gemburkan.


Kami satu company pakat cari reramai ferempuan nak main aktiviti lasak. Plan asal nak main paintball & Go-Kart kat Sunway Extreme Park. Memang berangan gila dapat masuk situ. Alih-alih port ditukar ke Putra Paintball Park pasal tak cukup 20 orang. Yang aku frust tu pasal Putrajaya kan ke lagi jauh dari Sunway. Dah la aku ulang alik hari-hari Seri Kembangan ~ Port Klang. Memang lemau lah nak ke arah Putrajaya di pagi hari Sabtu.


Aku janji Cadlynn jumpe kat Alamanda. Ni first time aku drive sendiri masuk Putrajaya. Nasib ada Garmin adik aku. Sampai situ, bajet dah dekat la, rupenya lagi jauh. Nasib dalam website diorang bagi coordinate. Kalo ikut address, sumpah susah jumpe.



Tak pasal-pasal kitorang jadi orang pertama sampai. Team lain semua kumpul kat HQ dulu. OTW, diorang sesat sampai ke kubur mana tah. Lambat gila sampai.. dah la perut kosong ni.


Antara semua orang, aku ngan Cadlynn je yang pernah main paintball. So diorang separate kan kitorang. Siot jer. Aku baru jer nak buat pakatan dengan dak lynn ni. Alih2 terpisah kekonon balance kan kekuatan pasukanlah.haishhhh....


.:: Kita seteru ... Aishiteru ::.


Pembahagian pasukan awal-awal lagi kat office dah diuruskan. ~The Angels~ menentang So Sweet Grup

~The Angels~ siot je gelakkan aku pasal dahla aku jenis brutal nama kumpulan So Sweet....hampeh diorang..malu..malu...takpe akan ku buktikan..!



.:: Posing selang seli pulak ::.

.:: ~ The Angels ~ ::.

.:: So Sweet Grup ::.
(Sapa yang paling poyo lompat tu?)

Memula cam biasa ar..kena dengar syarahan dari Marshall (Orang yang akan monitor game ni merangkap referee etc). Kalo stock newbie tanyalah memacam time briefing, jangan dah dalam medan perang baru nak angkat tangan tanya. Angkat tangan dalam padang = surrender...haha.


.:: Adik-adik..yang hijau tu rumput ye ::.

.:: Nak tembak kena sebut "bang-bang" ::.

.:: Muka bosan bajet dah terer ::.

Yang paling best bila event-event camni ialah ada 2 photog yang sukarela snap gambar..memang puas hati lah pekena DSLR..kompak kamera aku tu buat campak tepi jelah.


.:: Dah macam artis ko ::.


.:: Belum start posing je lebih ::.

Memula kitorang main kat area padang yang banyak bunkers aja..So menyorok pun kot celah-celah tong ngan gegelung kayu tu jelah.. Okay ni tips eh.. kalo main paintball aim shoot senget. Jangan tegak...maksudnya..kalau korang berada di position kiri shoot lah ke orang belah kanan <45 darjah.. tak digalakkan shoot depan 0 darjah..paham ker..? Jangan pulak shoot belah kanan korang 90 darjah. Sah-sahla tu gang korang.


.:: Cam gini yer ::.


.:: Baru nak pasang strategi ::.

.:: Yang ni dah ready nak serang ::.


.:: Serrrrannnnggggggggggggggggggg !!!! ::.

First game kumpulan aku kalah siot! Bengkek jer.. Aku plak awal-awal dah keluar, pasal marker (senapang paintball) aku bersentuh dengan lawan. Tah bila dia serang hendap aku. Tau..tau dah ada kat belakang aku aim badan. Terus aku kalut ter touch marker dia..jadi akulah yang keluar. Ces. Reason...tembak jarak dekat bahaya. Serius main painball korang kena pakai baju tebal-tebal. Pakai jeans pun kaki aku lebam banyak. Member aku siap berdarah lagi..kesian si kulit putih...


.:: Darah kuning keturunan mahsari plak ke? ::.


.:: Sebab tu kena pakai topeng (Mask) ::.


For those yang tak pernah main, konsep dia senang je. Team korang kena mara ke depan untuk kutip bendera kat tempat lawan. Siapa dapat bendera kira menang la. Cara lain nak menang ialah matikan semua ahli pasukan lawan korang atau kalau ahli pasukan lawan semuanya habis pallet (peluru paintball). Tu menang mudah namanya.

.:: First Game ::.

.:: Second Game ::.


Aku perhatikan team lawan sangat aggresive mara ke hadapan + diorang memang ada team strategi yang bijak. Macam team aku mostly ayu-ayu semuanya..hehe...aku ayu jugak tapi brutal..kikiki.. Gigit jari je lah. Si Cadlynn kemain berlagak tembak kaki aku...amboiiii ..amboiii...!


.:: Yelahhh...surrender lah ni ::.


Kesimpulan untuk 1st Match ni, korang mestilah breakfirst....pasal aku gila lapar time tengah main. Langsung takde stamina, energy dan sebagainya. (Punca utama team aku kalah) Sigh!.


.:: Patah semangat ::.

.:: Berlagaklah ~The Angels~ tu.

Nantikan story pasal Match 2!
m

7 Responses to Paintball @ Ladies Extreme Day : Match 1

  1. ♥♥ Kasut Pink ♥♥

    Wallawey zura.. tinginnye nak main paintball..

  2. Tihara

    Besh nye kalu dpt join together2

  3. mizzura

    @♥♥ Kasut Pink ♥♥ teringin ker..jom ..jom...eh kasut pink takleh sbb nak kahwin..hihi..

  4. mizzura

    @Tihara kak tiha nanti bila semua dah ok..jom paintball :-)

  5. ~eZmALiZa~

    @mizzura

    bukan sakit ke kalau terkene tembak bila main paintball nie??nampak cam seronok jer..hehehee... :D

  6. CaDLyNN

    ni siaran ulangan ek...amacam...bestkan kene tembak banyak kali kat kaki..degil lagi tamo kuar...wakakaka...

  7. kakyong

    tak pernah main paintball ni... huuuuhuuu..
    nampak sgt menarik...

Leave a Reply