Meninjau Fakulti Tempat Ku Belajar

Posted by mizzura on Wednesday, December 15, 2010. Filed under: ,


Sabtu lepas ketemu member nak lepak makan. Sebelum tu, saja folo dia pergi fakulti sat. Dia ni budak master. Nak gi jumpe sis amik Phd. O mak aii.. korang ni sangat cintakan ilmu eh..? haha..aku nak amik master pun bertahun-tahun pikir. Tapi dari dulu lagi..dari zaman dip lagi berharap sangat dapat pi sambung kat oversea. Siap kerje part time nak cari duit buat IELTS (time student dip dululah). Pikir-pikir..takpelah amik degree kat Malaysia pun bagus apa (ayat nak sedapkan hati untuk kategori economoney).

Eh..Kira impian lah ni ek..Ahaks nak letak ke dalam next year resolution? hmmmmmm.....

.:: Zaman aku takde pun - kami di anak tiri..sob ::.

Masuk je fakulti..uwaa...sudah berubah..makin macam-macam sekuriti ada. Nak masuk parking kereta pun kena tap matrik kad. Dulu takyah. Tapi tang lif jelah spoil. Aku rasa fakulti akulah satu-satunya building yang ada lif pelik, kat luar ada butang kena tekan nak pergi level mana - then lif bagi arahan ke lif B e.g. - then lif B bukak -then masuk situ. Leceh kan?

.:: gambar discuss ::.

Time ni aku mendengar ajalah perbualan diorang. Aku menganga jelah sambil dalam otak refresh lelaju ilmu structure, ilmu concrete bla bla. Almaklumlah dah kerja company baru ni aku more on project management. Tak amik port sangat pasal concrete menatang semua tu..(sambil dalam diri sedar..ha? dah dekat 3 tahun aku kerja company ni..!!!!)

.:: Dengan perkataan pun nak posing? ::.

Ececeh ni kengkonon nak practice wat photoshoot. Almaklumlah kawan aku ada DSLR.. kena ngendeng-ngendeng ker dia..hahaha. Napa eh,asal nampak kamera gabak terus semua buat posing terbaik. Kalo compact camera so-so je korang posing. (Ini berlaku pada aku sewaktu kejadian berbuka pose.Tetzzzzzzz)

Then kitorang pergi MAKANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN!!! -  Malaysian most favourite place to be. Wong Solo bukak pukul 11.30 a.m Kitorang sampai 11.20 pun takleh masuk lagi...frust jap. Nak cover perut, aku belilah food kat gerai depan Jakel tu. Dahla masing-masing kebulor tak breakfirst lagi. Sigh!


.:: Lolipop burger ::.

Best gila bila tahu Wong Solo dah bukak kat Shah Alam. Banyak gila cawangan diorang. First aku makan kat Ampang, second aku try kat Bangi. Third kat sini. Fouth which is besoknye aku makan lagi dengan si manis jantung mysweetheart. haha. Muka pun dah macam wong solo daaa...


.:: Ayam Penyet Set @ RM10.90 ::.

.:: Jus Alpukat/Avokado kegemaran RM6.00 ::.


Kali keempat pergi aku try Ayam Bakar pulak.. pergh lagi sedap rupanya. Selama ni dok order ayam penyet..ayam penyet..ayam penyet..hidung pun dah macam ayam penyet..kikiki...Try jugak menu baru - Empal Sapi. Dagingnye lembut dan manis plus sedap! Kalau nak senang amik set. Harga RM10.90 for sepinggan + air mineral.

Rasa nak gi lagi la..Nak bawak family lah pulak...grr...lapar la...lately mulut rasa nak mengunyah jer..simptom apa ntah.

Daaa....










1 Response to Meninjau Fakulti Tempat Ku Belajar

  1. CaDLyNN

    simptom hati gembira~
    wooopssss~ dah dekat la tu..wahahaha

Leave a Reply