1432 Hijrah

Posted by mizzura on Tuesday, December 7, 2010. Filed under:


Satu Muharam detik permulaan, 
Perkiraan tahun islam hijrah, 
Perpindahan nabi dan umat islammmm, 
Dari kota Mekah ke kota Madinah.. 
*skip*
Hijrah itu pengorbanan ... (solo)
Pengorbanannnn ... (backup singer) 
Hijrah itu perjuangan ...(solo) 
Perjuangannnnnn... (backup singer lagi) 
lalala..... till end..

Time sekolah-sekolah dulu mesti nak nyanyi lagu ni kan kalau awal muharam. Kalau pertandingan nasyid, lagu ni wajib ada. diikuti dengan lagu nasyid pilihan. Aku dulu pun pernah masuk nasyid kat sekolah. Tapi time tu cemburu gila sebab balik-balik bff aku sorang ni jer jadi solo. Ehe...sedarlah suara kau tak lemak merdu macam dia. dapat jadi team nasyid pun dah patut bersyukur kan.

Ada sekali tu jadi wakil sekolah SRKM yang 1km jarak dari rumah. Tapi tuan rumah ialah SKKRU yang sekangkang kera je depan rumah aku. Dari SRKM aku naik van ke SKKRU dan kemain dengan  kain songketnyer, baju kurung putih, tudung hitam. Mekap sendiri pasal ustazah tak reti mekap kitorang. so bayangkan lah fantasi budak2 bila dapat mekap sendiri ~ TEBAL. Bila tengok gambar nak gelak kat kawan aku pasal dia pakai lipstik merah mak ngah korr... time tu mana ada nak sapu-sapu lip gloss kasi nampak sheer sikit.

Entah apasal tah, time pertandingan suara kitorang suma tak kuat. Ustazah kat belakang berapa kali pusing tangan tanda tak dengar. Berlatih kat sekolah kemain kuat sampai serak-serak suara. End up..langsung kalah teruk. Balik aku jalan kaki jer pasal rumah dekat kan. Tapi adeh..terlupa nak bawak baju tukar... terpaksa melalui kedai-kedai, rumah-rumah jiran dengan pakaian nasyid dan mekap yang fancy tu. Sigh..



SALAM MAAL HIJRAH 1432 Masihi
Maafkan keterlanjuran kata & perbuatan,
Mari tutup buku lama dan buka buku baru.
Yeay!

7 Responses to 1432 Hijrah

  1. Solihin Zubir

    salam maal hijrah...
    kecik2 dulu salu dgr lagu tu..
    skrg dh jrg.
    bila dgr, rasa meremang bulu roma.. semangat! huhu..

  2. Tihara

    salam maal hijrah..hehe, nostlagia betul.. ;)

  3. alinac lover

    salam maal hijrah juga yaaa!

  4. en_me

    salam maal hijrahh cik mizzura tewww..

  5. edy

    salam maal hijrah....

  6. ~eZmALiZa~

    yeay! salam maal hijrah cik mizzura..hehe.. :) may ALLAH bless you always! :))))

  7. Mak Su

    salam maal hijrah, tahun baru bulan baru, kita hidupkan penghidupan baru

Leave a Reply