"HOT" Can Drink (Minuman Tin "PANAS")

Posted by mizzura on Monday, November 15, 2010. Filed under:

Ni barang menarik staff ofis aku dapat. 
Maka ramai-ramai berkumpul untuk saksikan barang baru ini.

.:: Cafe Latte dalam Tin tapi PANAS! ::.

Produk ni staff aku dapat dari family members dia.
Halal lagi katanya.


Siap ada instruction untuk mengaktifkan bahan pemanasan, 
so automatically air dalam tin ni akan panas. 
Gitu konsepnya.


Memula tu kena terbalikkan tin dan kopek  label bawah tin. 



Sebab apa kena kopek, sebab bawah tin tu ada 
satu butang untuk aktifkan unsur pemanasan dalam tin tu. 
Tin takkan panas bila dipegang pasal ada insulation.




Pas tekan butang kena goncang tin selama 20 saat.
Time ni kitorang paling saspen. Kotlah dia meletup bergabung ahh!




Belakang dia ada indicator yang tunjuk air dah sedia untuk diminum. 
Saat ni memang masing-masing paling tak sabar nak tengok.




Serius, memang panas. 
Tapi kopi nya rasa tak berapa sedap arr...
kurang kaw..
Aku rasa sikit jer maklumlah failed sikit bila minum kopi.
Pening nanti..



Pasni travel, kalau nak cepat takyah lah nak 
singgah R&R untuk minum air panas. 
Dalam tin pun sudah ada. 

Menarik jugak kan..?!!
Cadlynn pun salah sorang saksi kejadian ini. 
Kan lynn kan...?? hehe

m

8 Responses to "HOT" Can Drink (Minuman Tin "PANAS")

  1. Kasut Pink

    Penemuan baru ni... ha ha ha

  2. ilyani

    wah canggihnya. mahal tak?

  3. CaDLyNN

    aku bukan saksi je mizzura weh..
    aku juga merupakan salah seorang tester kopi yang kurang kaw ni..haha
    teruja tgk ada tin air panas..
    pastu kite nak modified kopi tu kasi kaw konon2 juga..tapi hampa..tetap jugak tak sedap..huehehe

  4. Anna Boleyn

    wohooo first time kot tau menda ni wujud. hehe. tp teruja gak lah. mesti mahal kan kopi ni.


    p/s :hari sabtu ngan ahad rajin on9 tak? bagi jawapan kat sini :

    Anna Boleyn's Survey 2 : Weekend....... Get Online or Hang Out??

  5. qɐɥɐʍ zzɐuɹǝ

    xpnah tau pun bnde nie wujud..wah wah...memang menarik!!

  6. Afra Yuri

    hoh! cafe latte adalah peberettt ku!

  7. :: LadyVerde + Mr.Doc ::

    thats geniusssssssssss!!!
    goshhhhh if ever this product was marketed in US, im sure the company will be bellionaire in a sec!
    kewl invention! mane nak dapat ek babe?

  8. mizzura

    @:: LadyVerde Mr.Doc ::
    cuba g website www.hot-can.com...actually ada macam-macam flavour lagi..teh tarik jer lom ada..

Leave a Reply