Siapalah saya nak mengadu sakit berbanding mereka..

Posted by mizzura on Saturday, October 9, 2010.

Lama tak update kan!

Alhamdullillah, baru je sembuh dari sakit. Minggu ni badan rasa tak sedap.
Kemuncaknya hari Rabu muntah teruk dan diarrhoe (eja omputih konon sopan sikit). Dan-dan tu demam. (Hebat! suhu badan secepat itu berubah kalah suhu aircond - Subhanallah..) 

Doktor diagnose terkena jangkitan virus. Bukan keracunan makanan mahupun angin gastrik. 2 hari MC.

 Alhamdulillah, hari ni okay tapi selera makan di tahap minimum. Mama kata "Itulah susahnya bila kita dah sakit..padahal tuhan tarik sekejap je nikmat sihat"

.:: Ubat bagi aku tidur je kerjanya ::.


Nikmat sihat?


Yelah.
Nikmat makan buffet ramadhan & open house haritu,
Nikmat bercakap, bergossip, bergurau senda dengan kawan-kawan,
Nikmat buat apa yang kita suka tanpa perlukan bantuan orang lain

Siapalah saya nak mengadu sakit berbanding kanak-kanak yang kena dera itu.
Yang tak tahu pun bahawa selama ni mereka di dera.

Dera?

Yelah.
Nikmat ke nak makan sedap kalau dah sampai terlantar di hospital,
Nikmat ke nak meluahkan penderaan emosi atau fizikal yang berlaku pada kawan-kawan,
Nikmat ke hidup dalam trauma dan  takut akan orang sekeliling.


"Renungan sempena dengan kempen Get On Board untuk Anti-Penderaan Kanak-kanak"

Jadi saya bersyukur sudah semakin sihat.
Alhamdulillah..

Siapalah saya nak mengadu sakit berbanding mereka...

Credit to Nuffnang

Ayuh klik link-link itu - 100,000 supporter diperlukan!

1 Response to Siapalah saya nak mengadu sakit berbanding mereka..

  1. Solihin Zubir

    smoga semakin sembuh..

Leave a Reply