Selongkar Goodie Bag

Posted by mizzura on Friday, October 15, 2010. Filed under: ,

Balik rumah agak lewat lah jugak. Sampai-sampai je pintu rumah terus aku cerita kerenah camana aku nak dapatkan goodie bag pada parents yang tengah santai kat ruang tamu. Sambil berdiri tu, sebelah tangan pegang Goodie Bag & barang yang di shopping, sebelah kiri lagi pegang Krispy Kreme yang dak cadlynn dapat free dari kawan dia + Pretzel Zesty Roselle dari Auntie Anne's yang promo RM2 time PINK Shopping Night.


.:: Kotak pun terpaksa kerat dua ::.

Lepas rasa ciput-ciput ketiga-tiga donut yang aku bawak balik tu, masuk bilik jap sebab nak selongkar apalah yang ada dalam Bag Kertas Cleo yang orang menggila nak rebut sangat. Nampaknya konsep kesedaran Barah Payudara dah terlari sikit tapi BCWA jangan risau, kami tetap menyokong usaha anda dan juga kami tetap menjaga kembar kami.

.:: Tabur..tabur... ::.

Barang yang memula aku keluarkan ialah bag- bag yang boleh di bawa shopping pada hari Sabtu ni. Maklumlah Selangor kan Sabtu (Some Ahad) pasaraya tak sediakan bag plastik. Kalo nak, kena bayar 20sen. Free-free je Shopping Mall tu untung. Idea sapalah ni. Plastic bag should free with purchase.  The idea of no plastic bag is good but the idea of paying 20 sen is not fair to the customer - dah la diorang (shopping mall) jimat beg plastik..dapat lagi 20 sen per bag. Mungkin ada option lain ke..Ah...apa kau membebel ni minah..hikhik..

.:: Red tu dah pernah ada, siap buat bag telekung ::.

Lagi, dalam ni ada semua lah mini-mini beauty products yang menjadi kegemaran ladies kalau dapat. Rasanya ada some of it ialah stock freebies yang tak habis untuk majalah Cosmo, Cleo or Women's Weekly sebab ada yang aku dah pernah dapat. (Sorry kalau salah). Tapi still aku suka bila dapat especially BIO ESSENCE Sleeping Mask yang baru tu. Memang ada hati nak try.

.:: Sesuai untuk travel set ::.

Dalam PINK project ada promo sabun L'OCCITANE 100g for RM 15. Harga asal RM19. Dah pegang pun waktu kat kedai. Entah kenapa aku tak jadi beli. Rupanya, aku ada jugak dapat sabun L'OCCITANE free. Cumanya 50g jelah.. Okaylah tu..Nasib tak beli..

.:: Sapa nak Nail Color SASA ? ::.

The best part ialah dapat voucher kau!!! Carlo Rino, T-Joue, Crabtree & Evelyn, Kiehl, Envee and bla..bla..bla.. Ada yang expired hujung bulan ni, so aku bajet nak redeem la on that day tapi bila masuk kedai dia dah buat closing plak.. Adoi kena pergi lagi Mid Valley bulan ni - Malas betullll....!!

.:: Voucher~Baucer ::.

So tu jelah, melambak-lambak produk aku dapat kali ini..Yang dolu-dolu pun tak terpakai lagi. Si Cadlynn dah hint-hint aku suh buat contest/giveaway. Tengoklah ye..Takde idea lagi. Oh balik pada PINK Project, Sebahagian dari hasil pembelian akan disumbangkan kepada BCWA. So those yang shopping as per list given too memang banyaklah saham derma korang..tahniah la ye! Big Thanks to the organizer for the PINK PROJECT.

.:: Terimalah Sumbangan Tak Seberapaku ::.

M





9 Responses to Selongkar Goodie Bag

  1. ~eZmALiZa~

    waaarrgghhh.....tahap kejelesan makin tggi nih..hahhaa... :D syoknyer mizzura.. :)

  2. CaDLyNN

    Giveaway!!!!!
    err..tapi yg aku nye..aku nk simpan sendiri pakai..ahaks!

  3. AnnaYJia

    omg ~~~ you got so much goodies bag !!! *envy you* hehe...

  4. Kasut Pink

    Owh my gucci... sgt byk okeh! Plg x tahan boxer payung tu...

  5. ken

    i want krispy kreme :)

  6. mizzura

    ezma,lynn, anna,
    bestnyer ialah sewaktu dapat goodies..ahaks..

    kasut pink:
    tulah..bberpayung bagai..

    ken:
    yeah..you take it..hehe..

  7. Tihara

    waa..sedap nye donut tu..byk nye ur stuff..merelip2 mata aii nengok :)

  8. mizzura

    kak tihara:
    hehe..sila pakai sungglasses...donut free memang sedapppp...!

  9. kakyong

    amboi... byknya serba neka brg ade... buat la GA.. kakyong mesti join... ;)

Leave a Reply