Membongkar Rahsia Kekayaan

Posted by mizzura on Saturday, October 16, 2010. Filed under:

Tengahari tadi mama bukak TV1, pas habis tengok ekspresi kembara, terus dia siap-siap nak pergi kenduri kahwin. Aku malas tukar, layan jela rancangan yang ada.

Tiba-tiba tertarik pulak dengan rancangan APA KATA WANITA yang dihoskan oleh Zamzarina. Topik haritu pasal MEMBONGKAR RAHSIA JUTAWAN. Gerun siot dengar. 

.:: Si Pengacara ::.

Antara jemputannya ialah The Iron Lady kat Malaysia, Datuk Maznah Hamid. Asalnya dia buka Company Supply Pak Guard. Kalau sebut Securiforce mesti korang familiar kan. Dia berjaya dalam industri yang dimonopoli lelaki, sekarang dok bagi ceramah keusahawanan, kekayaan etc.



.:: Photo Credit to Branding Malaysia ::.


Oh itu macam ka..Aku baru tau sebenarnya. Lagi kemahiran dia ni, dia boleh analyse business yang paling sesuai (marketable) untuk setiap individu . Ada beran pergilah kursus dia. Kot tetiba dia analyse aku sesuai jadi tokei belacan ker instead of jual cupcake..haha..haruslah korang beli ye produk aku tu nanti.



Lagi, dia jemput lagi dua orang. Abang Abu seorang mekanik kewangan melayu Singapura dan yang tak asing lagi Jutawan Internet Irfan Khairi. Kalau Datuk Maznah masuk studio merelip baju dia ala-ala datin la katakan, Si Irfan ni sempoi gila, masuk studio pakai shirt and seluar jeans gendong bag laptop macam student. Rupanya, bila buka dalam bag ada laptop sebagai simbolik business dia. Ni blogger2 minatlah nak dengar penerangan dia ni kan.

 
.:: Photo Credit to IK ::.

Tetiba Zamzarina ni interview la sorang-sorang audience kat depan tu. Most yang datang haritu jutawan katanya. Takut aku dengar title tu. Dari yang sihat tubuh badan, datin, akak bakeri ke OKU pun ada. OKU tu buat business Taska selepas naik semangat baca buku Datuk Maznah.

Yang paling special bila interview Encik Arsyad. Dia OKU jugak, memang pakai wheelchair. Dia berjaya sebab internet. Entah dia tak specify pulak product or kerja dia. Kagum lah jugak dengan mereka-mereka ini. Dia pun ada blog tau...



.:: Abang Abu dan En Arsyad ::.


Apa-apa pun ketiga-tiga jutawan jemputan di atas akan bergabung meletop pada 24th Okt 2010 ni untuk Seminar Rahsia 3K - Kebahagiaan, Kejayaan & Kekayaan.


Bunyi cam menarik kan! Kot sapa-sapa pergi, sharing-sharing lah ye :-)))) . Aku dulu pergi ceramah kewangan yang free je, yang berbayor ni.. Insyaallah, tunggulah dapat bonus lebih-lebih nanti :-)))))


m

4 Responses to Membongkar Rahsia Kekayaan

  1. Tihara

    kagum nya2x..rugi akak tk tengok..asik ngadap tenet jek..hihi

    datuk maznah tu kalau dia analyze akak..apa laa yang sesuai yekk..akak ni muka dah la tak friendly..tokei budu kut seswai..hihiks :)

  2. NICK IRFAN

    jeles btol tgk dorg ni... hehe

  3. mizzura

    kak tihara:
    okay la tuh kak jual budu kat pasaran antarabangsa..kasi tembus eropah..hehe..

    Nick Irfan:
    tulah kagum ngan diorang ni..

  4. Anna Boleyn

    wahh kagum dengan mereka2 yang ditemubual tu. yang OKU tu po sama. walaupon serba kekurangan tp bole berjaya dlm bisnes.

Leave a Reply