JAGA KEMBARMU

Posted by mizzura on Wednesday, October 13, 2010.

Salam..

Rabu adalah mengantuk GILERRRRR….

Semuanya gara-gara PINK SHOPPING NIGHT kat Midvalley pada 12th Oktober 2010 semalam.

Oh yea, shopping ni dianjurkan yang mana sebahagiannya akan didermakan kepada BCWA.

Apa tu BCWA?

Breast Cancer Welfare Association ye adik-adik kakak-kakak…

Oktober ni kan kalau korang perasan banyak Shopping Mall ada pinky-pinky design, semua tu pasal breast cancer awareness ler..Kalau tunjuk reben ni, mesti korang perasan kan..

.:: Credit to On Sugar ::.

Gara-gara nak rebut 500 je Goodie Bag percuma dan jugak limited 1000 Secret Recipe Cupcakes, sanggup menahan asakan kiri kanan belakang. Loser betul rakyat Malaysia kan kalau nak dapat benda free. Welll…


At least ni okay lagi dari nak masuk KTM Komuter punya asakan yang berciri Olimpik. Pasal apa Olimpik plak? Sebab kalau naik komuter, yang berasaknya tak kira gender, bangsa mahupun warganegara. Tak ke international tu…? Lemas aku aihh …. Nasiblah dah ada pink koc untuk wanita. Ahaks...PINK!

.:: Credit Google Image ::.


Girls, yang penting kalau berasak kat komuter jagalah kembar mu itu tau! Dannn...Jangan tunggu Oktober je baru nak ada kesedaran. cam cakap untuk diri sendiri je

.:: Credit Google Image ::.

Selain itu, jangan lupa buat BSE every month jugak tau? Er.. tak tau… BSE tu apa pulak? Breast self examination ler… Sebagai tanda sokongan mengurangkan Breast Cancer kat Malaysia ini. Buat tau! Ingattttt….

Selamat Malam...!!!


M

4 Responses to JAGA KEMBARMU

  1. CaDLyNN

    wah~ ada orang tu berjaya shopping sakan!
    kasi show off sikitla beg kale biru..

    eh..tetibe gatai plak NOSE ni =P

  2. Kasut Pink

    lelaki pon boleh dpt brest cancer kan? Penah terbace dedulu...

  3. NaniE

    KEMBAR..?
    haish..ingatkan apela tadi..hehe

  4. Wholesale Roses Co

    Defintely a good cause. I always try to promote breast cancer awareness with pink roses.

Leave a Reply