Hujan dikala Open House

Posted by mizzura on Sunday, October 10, 2010. Filed under:

**Lama dalam draft pasal upload gambar slow tapi tetap mahu post pasal takde entri open house lagi**

Siapa pergi open house pada hari Ahad minggu kedua raya haritu?? Mesti hujan ribut kan..Satu family kami, masing-masing keluar dengan hal sendiri. Sampai kereta tak cukup sebab semua berebut. Terpaksalah, adik jadi driver hantar aku yang nak ke rumah kawan di Kapar & Si Bongsu yang nak ke rumah cikgu.

.:: Memula beria je pakai spek sbb panas ::.

Stop point aku dekat Esso tepi Jusco Bukit Raja. Tumpang kereta kawan.
TAPI…
Sampai2 je dah renyai-renyai. Berlari-lari ler aku nak masuk kereta kawan aku tu. Kami pun zasss ke Kapar. Di sebabkan hujan lebat campur ribut bagai, kawan aku bawak kereta tak sampai 50km/h. Dah slow macam tu pun air still menderu percik kat tepi kereta. Jalan, haram tak nampak.Rumah kawan aku ni bukannya jauh, tapi dek hujan ribut lebih 15min jugak lah kami sampai.


.:: Tuan rumah terpaksa mop lantai ::.

Kesian dia dah pakai cun-cun.

Actually, waktu sampai..pintu rumah diorang tertutup rapat pasal hujan lebat..Aku pun kol la nak suruh jemput pakai payung. Bila tuan rumah keluar, dia jemput kereta sebelah dulu.. Aikk?
Haha. Ramai rupanya terkandas depan rumah dia.

.:: Sanggup tunggu hujan berenti – kami sayang baju:-) ::.

Oh, berbalik pada open house. Specialnya ada ayam bakar & cicah yang sedap.
Ingat nak tambah, tapi gigi sakit plak pasal time2 raya ni la gigi ke 32 nak tumbuh. Kena makan slow-slow gamaknye.

 
.:: Food::.

.:: Food ::.

Kami ni berkawan since Sekolah Teknik lagi. Universiti pun sama course. Nasib kerja tak sama..hehe.Kadang-kadang kami digelar Charlie's Angel pasal selalu kalau ada aktiviti sukarelawan panggilah kami bertiga. Kitorang tak bergaduh pun pasal antara kami adanya anak yang sulung, yang tengah dan yang bongsu - so balance lah. Takde la setiap orang je nak menang, nak mengikut or etc.

.:: Bahagia kan jadi tinggi::.

.:: Walaupun tinggi yang sementara ::.

Rasanya ni je lah open house kawan-kawan yang sempat pergi time raya haritu..Teruk kan? Tapi takpelah ada hikmah sebab rupanya perut aku sakit plak. Makan tak ingat dunia kot. Haha.

M

4 Responses to Hujan dikala Open House

  1. Solihin Zubir

    "walaupun tinggi yg sementara.." ahahhaa.. yg tu lawak!

  2. Nur Hawa Mohd Zin

    kawan awe tinggi gak...org tinggi cantik pakai jubah..dan dress..

  3. Tihara

    budak pkai bju kotak tu cam pelakon.. :)

  4. Anonymous

    kau kejam letak pic rina mcm bibik....

Leave a Reply