Berdialog Dengan Bakal Hajah

Posted by mizzura on Thursday, October 28, 2010. Filed under:

Hari ini tepat 8.30 pagi tadi, selamatlah sahabat saya 
(my bestie tau!) dengan ayah,mak & suaminya berangkat ke 
Mekah Al Mukaramah dari Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.
 Kalau malam, mau gak aku mengiringi diorang. Dapat lah jugak
 aku tengok baby sulung diorangkan. Tapi tak dapat...tsk T___T. 
Diorang pun kul 2 pagi lagikkk dah bertolak dari Melaka. Woww..


.:: Mecca & New Clock Tower (during construction)::.


Seminggu sebelum pergi sempat berbalas mesej dengan 
my bestie yang aku panggil adik, pasal dia panggil aku kakak 
walaupun dia lahir 18 hari awal dari aku tapi waktu belajar aku 
banyak bagi pelindungan kat dia (macamlah taiko aku ni)..so jadilah
 aku kakak & dia adik..wink(*_-)


Dalam syok, beremel, aku tanya lah, nanti balik nak panggil 
dia hajah ke. Tapi jawapan dia sangat menginsafkan. Sepertinya, 
dia telah sepenuh hati membersihkan dirinya dan benar-benar 
ikhlas kerana Allah. Kagum bila aku baca ayat dia 
(Yang bergaris dibawah)


Dan siap bagi tips supaya cecepat daftar Tabung Haji. Korang 
bayangkan betapa ramainya sudah daftar. My bestie ni pun 
daftar waktu diploma dulu adalah dalam tahun 2004 kot. 
Katanya kalau daftar tahun ni, estimated pergi 2035. 
Apa???? Umur aku dah 50 camtu...mak aiiii....

Kepada sahabatku@adik, mintak maaf manatau sepanjang 
kenal kamu ada sakit hati ke, terlepas cakap ke, tergurau kasar ke,
 terhutang apa-apa ke. Begitu juga aku maafkan kamu and halalkan
 apa-apa sajalah yang terlupa (in case) atau apa sajalah yang 
ter..ter ni. Semoga kau & family mendapat haji yang mabrur.

SELAMAT MENJALANI IBADAH HAJI :-)
(juga kepada muslimin & muslimat di seluruh dunia)

6 Responses to Berdialog Dengan Bakal Hajah

  1. ilyani

    rindu plak bila dtg musim haji.. saya 'accidentally' terikut parents pegi tahun 2008, so register last minit pun dapat, haha.(rasa macam vip la konon :P). dulu ada jugak blog pasal haji tapi time musim raya haji je la rajin.. pahtu dah tak sambung2.. :P

  2. Kasut Pink

    Bestnye muda2 dah dpt pegi kan...

  3. CaDLyNN

    semoga kite pon berpeluang untuk menjadi tetamu Allah suatu hari nanti..

  4. Tihara

    Bahagia nya kalau dapat ke sana..gi umarah dlu pun jd laa

  5. { w33da }

    untung betul dpt pergi haji muda2.. bestnya..bila lah agaknya time kita pulak kan..

  6. Anna Boleyn

    beruntung nya dia.. dah dapat sempurnakan tukun islam yang ke 5. semoga dia selamat pergi dan balik ke malaysia. semoga dapa haji yang mabrur juga. :)

Leave a Reply