Flaming Steamboat @ Bandar Sunway

Posted by mizzura on Saturday, September 4, 2010. Filed under:

Tuan-tuan dan puan-puan, kali ini JJCM bersiaran dari Bandar Sunway bersama Mizzura Tengku Saree..hehe..


Best eh, tiap kali ramadhan mesti akan berbuka kat tempat makan baru (ke aku yang slow tak pernah pergi tempat tu?). So this time invitation dari staff kat Shah Alam yang base kat site. Walaupun dah balik HQ mereka tetap tak lupakan aku...(mesti aku baik kan sehingga jasa dikenang gitu - GILA)


.:: Current staff + ex staff + Transfered  to HQ staff (aku ler tu) ::.
.:: Gaya peace bajet cool ::.
.:: Eh, yang disebelah pun terjemput juak ::.

Tempat ni ada dua tingkat, bawah open space, atas plak aircond, siap ada private room lagi. Ada satu part tengah gelojoh makan, lampu ditutup. Ingatkan dah nak tutup kedai. Rupanya ada orang celebrate birthday daa..Kitorang pun tumpang nyanyi tapi mereka tetap tak derma kek ke meja2


.:: Candelier buat buat nampak eksklusif ::.

Tho kat atas a bit sempit, tapi meja tetap penuh dengan makanan, siap loan ketam periuk orang sebelah lagi gara-gara malas nak bangun. Apart from steamboat, makanan berat dia, nasi goreng, mihun goreng, kentang goreng, popia goreng etc. Tak berapa banyak choice la coz harga RM22.80+ jer. Tapi okaylah - average. Nak banyak-banyak bukan larat nak rasa semua pun!


.:: Ini je untuk kami berdua, yang lain? ::.
.:: The Goreng-gorengan ::.
.:: Makanan Laut Pulau Ketam ::.
.:: Segala mak nenek mee ::.
.:: Jualan murah sayur and sos-sos cicah ::.


Aku rasa steamboat tak sesuai lah meja petak. Meja bulat okay pasal meja bulat size standard je sama besor.Ni petak & kecik rapat sangat dengan muka. Asal buka penutup periuk jer habis muka kena steam. Terbuka pori-pori i gitew (*_-)

.:: Sapa mau steambath tomyam ::.

Tapi antara banyak-banyak yang paling aku suka, biskut & marshmellow layered coklat. Nampak murahan tapi sedap. Ada satu bebola ikan/ayam (tak taula) comelllll sangat. Tapi rasa tetap sama, tertipu.. Buat aku terpengaruh bagai kanak-kanak.

.:: Biskut Hantaran Coklat Cinta ::.


.:: Bintang and Teddy ::.
.:: Suka adik aliya ni ::.
.:: Ais krim Basket Robby ::.

Kali ni aku tak rasa nak tuntut pape cam buffet before. ABC je aku tak makan.Cukuplah kot. Melantak je kerjanya kan. Sesapa nak try sempat lagi ni. Location in between Esso & Sunway Pyramid and betul-betul bawah Sun Inn Hotel. Tak silap area Setapak pun ada gak. Cek website lah ye. Saja bagitau takdelah sesat cam aku, padahal dah print get direction dari google map. Failed!

M

5 Responses to Flaming Steamboat @ Bandar Sunway

  1. [z@ck]

    huish..sedapnya..
    =)

  2. ilyani

    ahaha.. apa nih asyik gi buffet je.. dengki lah! :P mcm sedap je kat sini.. nti pindah kl wajib pegi nih.
    eh.. that guy baju hitam tu mcm so familiar.. penah tgk la.. tp di mana ye?? ke mmg penah tgk kat ur blog.. haha.. nvm lah.

  3. Anne Boleyn

    hehe best kan. biskut tu mmg best. ! :)

    p/s : jom join slot Bingkisan Salam Syawal kat Redmummy.com jom? Anne Boleyn dah join.. check my latest entry kay.. :)

  4. mizzura

    hi zack:
    sedap!

    hi ilyani:
    adesss...dia ialah si manis jantung saya ler..hehehhe..mmg ada muka kat blog..takpe nanti after dtg kl boleh try cuba semua..(with ur lovely partner too)

    hi Anne:
    ya betull..biskut gak sedap..

  5. Anonymous

    salam...ade sijil halal tak??

Leave a Reply