Ingat 5 Perkara, Sebelum 5 Perkara..

Posted by mizzura on Thursday, July 22, 2010. Filed under: ,

Story 1

Hari Isnin tu, sedang baring-baring kat katil *Mode MC yang borink* Tiba-tiba dapat Notification FB thru Celcom SMS from my exroomate Eda.

“Menerima berita melalui email pd pg ini. Kepada sahabat2 semua mohon sedekahkan Al-Fatihah buat sahabat kita Mohd Khairi Nizam….”

Saya sms Eda, tnya, betul ke? Sebab apa? Katanya sebab lemas kat pulau and the saddest thing was, her wife just give a birth to their first baby. Sedihnye… Ya Allah, semoga kau tabahkanlah hati isterinya and anaknya.. Al – Fatihah..

Story 2

A fren of mine, called me. Die cakap Remy dah dua minggu kat HTAR. Kebetulan, rumah aku memang dekat dgn hospital. On that day jugak aku tak singgah terus, kebetulan aku balik lambat and takde kawan nak teman ke hospital and since Si Manis Jantungku ke Hong Kong plak. Malam tu jugak pukul 2-3 pagi date 24-Jun-2010 saya dapat sms beritahu dia sudah meninggal. Innalillahiwainnahirajiun…

Sigh! kalau lah aku visit dia malam tu…Lesson learnt – Kalo ada ruang, setelah diberitahu…terus melawat supaya tak menyesal…



End of Story

Dua kejadian yang berulang ni buat saya sedar.. Yang mungkin hidup kita tak lama.. Tiba-tiba terpikir, eh apa yang aku dah capai selama ni, dah cukup senangkan mak bapak ker, aku ada sakitkan hati orang ker, berhutang ngan sesiapa ker, kalo aku sakit/mati nanti aku akan nyusahkan orang ker and bermacam-macam lagi termasuklah..eh aku tak kawin lagi ker?

Soalan last tu mesti buat orang cakap ha baik cepat-cepat. Masalahnye ajal dan maut di tangan tuhankan.. kat mana-mana pun tuhan boleh tarik ajal kita. Syukur, saya masih mempunyai kedua ibu bapa yang sihat dan dikelilingi orang yang menyayangi saya.

Semoga kedua-dua arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Dan semoga keluarga mereka tabah menghadapi semua ini... Al-Fatihah…

Kepada yang hidup, marilah menghayati bait-bait dalam lagu Raihan - Demi Masa

Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara,
Sihat sebelum sakit,
Muda sebelum tua,
Kaya sebelum miskin,
Lapang sebelum sempit,
Hidup sebelum mati.


.:: Merenung masa depan ::.





M

4 Responses to Ingat 5 Perkara, Sebelum 5 Perkara..

  1. Tihara

    Terima Kasih..kadang2 kena gak ingat mengingatkan sesama kawan2 :)

  2. mizzura

    Kak Tihara:

    Yup..kadang2 kita terlupa...mari menginsafi :-)

  3. baincardin

    Salam.

    Cahaya-Bagaimanakah rupa kebesarannya? Jom kita menghayatinya bersama! ^_^

  4. Pencacai Alim

    insaf aku..5 perkara ni la yg buat manusia lupe bahawa kesenangan didunia aldlh tipu daya semata2..akhirat adalah yg kekal..

Leave a Reply