Melaka punya pasal..

Posted by mizzura on Thursday, June 10, 2010. Filed under:

Phew..letih betul. Semalam Rabu,  saya ke Melaka pasal nak settle hal kerja untuk meeting dengan client. Yang tensionnya, hari Selasa baru dapat notis kena pergi sana T__________T. Bos suruh..eeeee. Rasa tension jer..Nasib weekend tuh, ada cek kereta. Kalau tak, berdegup kencang jugak jantung nak memandu jauh. Sebab kereta ni kadang-kadang tak boleh nak duga apa yang dia nak rosakkan. Itu Point no 1. Point no.2 kereta kancil tak sampai 1000cc itu...tak ada aircond..!!! Phew.. Lemah betul rasanya nak drive ke sana. Sapa-sapa boleh tolong hirekan supir untuk saya pleaseeee....

Dari rumah sampai sana around pukul 930am. Than buat kerja sket. Discuss-discuss, makan bla.bla.bla. Bajet nak balik awal dalam 400pm ke. So boleh la sampai rumah sekitar 700pm maximum. At least belum lah gelap sangat. Alih-alih 530pm baru settle semua:-( Melepas nak pergi pasar malam. Pastu melepas jugak nak tengok rancangan "Saya Nak Cuti" by Malaysia Airline tu.

 Lepas tu hujan sepanjang perjalanan dari Exit Simpang Ampat sampai la ke rumah saya.. Bayangkan hampir 3 jam saya memandu dalam hujan renyai-lebat-renyai-rintik-rintik sepanjang tiga negeri ni TANPA aircond....T_________T

Pagi ni, langsung rasa nak MC jer, tapi aisey ada teleconference dengan client plak..Sekali bila sampai ofis, postphone hari Isnin...Huh? Penat je kelam kabut ke Melaka semalam. Yang paling tak boleh blah saya terpilih untuk di audit tadi dan saya tak bersedia jiwa dan raga rotan..Aduh....Departmentku kalau ada apa-apa comment "gumbira" dari auditor tuh..harap maap lah yer..Jangan marah...Peace!

.:: Lunch ikan bakar..nak try yg dekat umbai jugak tapi no chance la ::.

.:: Hi, saya Jenahak ::.


.:: Yang dibawah ialah Si Keli ::.


.:: Yang di atas, Si Kembung ::.

Yummy..Gravy ikan bakar ni pekat ala-ala sos yong tau fu.Felik sikitlah tapi...Oklah tuh...diorang kata, kat Melaka, Ikan bakar Umbai sedap...Ni buat saya rasa mengidam nak makan Ikan Bakar Kuchai Lama takpun Ikan Bakar belakang Istana...gulppp...telan air liur nih..

p/s: Berjaya jugak saya schedule entri saya dari hari Ahad till yesterday. Tak payah susah-susah update hari-hari kecuali hari ini...zasss...oi..oi...kata letih...tidurlah cepat..Okeh..okeh..patuh!

8 Responses to Melaka punya pasal..

  1. zool

    Ni kat Ikan Bakar Malim ni.. Kat depan traffik light kan.. Memang trademark kedai ni kuah camtu.. Kalau nak gi umbai elok di waktu malam...

    er teruskan je la melawat Melaka.. Tengah demam SUKMA sekarang ni. Kalau rajin leh singgah Jasin. Tengok tinju,.. huhuhuhu

  2. ed.inc

    hahaha.. nice to meet u.
    dun let melaka be ur sad place leh.. hahhaha...

  3. Nana

    Salam Kenalan.

    Sedapnye tengok ikan tu!! isk! Rasa macam dah berkurun tak makan .. rindunye makanan malaysia ni!

  4. mizzura

    Hi zool:
    Yeah betulll!! pueh mengingat apalah nama tempat ikan bakar nih...Pasal Sukma itulah, kitorang pun exited nak tengok any tournament sekali datang terawal sehari pulak..next time yer..

  5. mizzura

    Hi ed.inc:
    thanx ya..sad when related with work..haha...dont inform Hang Tuah about this ya..haha..

  6. mizzura

    Hi Nana: (or better panggil kakak?)
    Rindu ker...ala jauh sangat merantau..tak boleh nak send..hehe..

  7. KELI OH KELI

    jom singgah blog ikan keli ya...

  8. Siti Noor Afiq Idris

    WAAHH...bestnya!! saya dah duduk dekat 4 tahun kat Melaka tak sampai2 lagi kat umbai huhu XD

Leave a Reply