Laksa & Cendol Kuala Kangsar

Posted by mizzura on Monday, June 28, 2010. Filed under: ,

Last weekend saya & family pergi Penang sebab cousin saya kahwin. Ni belah laki plak which is side kitorang lah. Haritu belah perempuan dah cerita bagai nak rak.

.:: Eh, kata Penang ni apa kes Kuala Kangsar ::.

.:: Balik kampung..ho..ho..ho..balik kampung ::.

Plan dia ginih, pergi Penang untuk kenduri, then tidur kat Kuala Kangsar, Perak. Hari Ahad pepagi dah kena gerak sebab nak hantar adik saya kat Sunway Pyramid pasal dia ada gathering pukul 11am. For us, kalau pergi Kuale@balik kampung, tak sah kalau tak singgah pekan makan cendol and pekena laksa.. Camne nih, mana sempat dari Penang nak ke Kuale after kenduri.. mesti gerai dah tutup. Ahad lak, awal-awal pagi mana bukak.. Frust!

.:: Man Laksa & Minah Cendol ::.

.:: Ni lah ! ::.

.:: Kat lembah ::.

Adik saya punya pasal, kitorang terpaksa ubah sket plan. Kitorang decide pergi Kuala Kangsar dulu, semata-mata nak lepaskan gian makan cendol & laksa. Itupun ada hati nak tambah pasembor tapi takut nanti kenduri tak lalu makan plak.

.:: Budak ni punya pasal plan terpaksa ubah ::.

.:: Takpe, puas hati dapat Cendol!!! ::.

Alkisahnye, kami tersilap gerai, pasal duduk-duduk je, nyonya tu dah amik kan order. Actually kitorang suke makan cendol kat gerai no.8 sebab kat situ lebih lemak berkrim. Mamak buat lah katakan. Eleh, tak puas konon, habis je apa cendol tu kitorang bedal. Cendol yang kitorang dapat ni a bit manis. Gula melaka dia banyak sket + cendol dia a bit keras sket.. So nak puaskan hati lagi, before balik, bungkus lagi cendol tapi dari gerai no.8. Yahoo...!!!

.:: Amik kau, bungkus lagi..memang wallah yang ni! ::.

Sampai je area Penang, sedara mara belah kitorang ramai nak balik dah. Siap cakap asal korang lambat..he.he. Diorang tak tahu kitorang dah bedal laksa & cendol dulu.hu.hu.

.:: Wan chor, Wan cik & segala "wan".ate..orang peghok ::.

Wow, kenduri ni, makanan nye lagi superb.. Ayam goreng yang sedap, ada kriuk-kriuk bawang lagih, daging lembut, udang lagi (besar tau), sambal bilis & kacang goreng. Yang istimewanya ada rambutan...yummmy..lama tak makan rambutan. tak lekang pulak tu. (eh betul ke sebut gitu untuk rambutan?) Anyway, ada buah-buah camni barulah ada sense of balik kampung!

.:: Sedap lauk ni hangpa masak::.

.:: Cookies made by pengantin sis ::.

Nasib, makcik saya book satu homestay. Before balik saya sempat mandi. Tak tahan panas.. Bertam ni panas betul yer!! Setuju tak?? Before sampai Perak, singgah Juru jap beli jeruk. Orang cakap g Penang tak sah kalau tak beli jeruk mangga or salak.. tapi serius, jeruk mangga diorang memang lembut gila, sedap & fresh. Tak sia-sia aku shout kat facebook mintak pendapat orang. Nasi Kandaq je tak dapat rasa.

.:: Sapa-sapa takde tempat tinggal boleh sewa sini ye ::.

.:: Bang, bagi saya satu tupperware ni, nak tunjuk kat org KL ::.

.:: View along the highway from Penang to Perak ::.

Oh, balik pada pengantin. Alah haritu dah buat entri pasal dia.. Takmo buat lebih-lebih.. nanti dia amik limelight saya plak. Mana boleh. Inikan blog saya.ha.ha. Anyway sangat enjoy dapat jalan-jalan luar Klang Valley. Takdelah terperuk je kat bandor ni ha.

.:: Selamat Pengantin Baru lagi ::.

.:: Ada jugak yang nak autograph saya*blushing* ::.


M

4 Responses to Laksa & Cendol Kuala Kangsar

  1. NeenaAnuar

    hi sis! thanks coz sudi visit & follow my blog! I've linked yours tooo! ;)

  2. mizzura

    NeenaAnuar:

    ohh..thanks ya...like your blog..so natural beauty!

  3. kakyong

    mizzura..
    kakyong nak pinjam gambor medan laksa dan cendol... juga gambor laksa & cendol... ;)

  4. shengda xu

    mulberry handbags
    adidas superstar trainers
    nike outlet online
    adidas nmd r1
    christian louboutin
    kate spade bags
    cardinals jerseys
    fitflops sale
    celine outlet online
    hermes bags
    xushengda0317

Leave a Reply