Lancome Magnifique Sparkling

Posted by mizzura on Sunday, May 2, 2010. Filed under:

Last month bila terbaca je promo dari blog Majalah Cosmo terus plan nak visit Lancome Counter weekend tu sebab nak sniff-sniff Magnifique Sparkling dari Lancome. Kebetulan pulak nak tengok cerita Kick Ass, so sambil menyelam blup blup minum air oren sekali.


.:: Hi, saya bersedia memulakan tugas ::.

Actually, tugasnye senang saja. Pergi mana-mana kaunter Lancome, mintaklah nak try bau Magnifique Sparkling. Pastu simpan bau tu dalam ingatan. Balik rumah, or sapa-sapa ada iphone ka, BB ka nak live post pun boleh, janji kongsi experience tentang Magnifique Sparkling dengan melengkapi ayat "Saya jatuh hati dengan  MAgnifique Sparking kerana....". *Dalam hati senang je tugas ni - bajet menang la tu*


.:: Cuba sniff sampai naik steam ::.

Hanya 5 orang sahaja akan dipilih untuk memenangi wangian Limited Edition ini yang bernilai RM200. Tapi malangnya dah expired date end April 2010 haritu dan saya tak sempat nak karang ayat sebab sampai sekarang saya belum jatuh cinta dengan perfume ini. Maafkan daku bersikap jujur.(-_-)


.:: Macamlah nak beli - Pandai kau berlakon ::.

Alang-alang dah bau, kenala purapura tanya any promotion dari Lancome tak. Ada. RM200 dapat perfume & miniature bla bla bla. Siap takutkan ini limited tau. Penat je amoi tu layan. Macam-macam dia terangkan. At last...

.:: Sampai muncung mulut tetap tak jatuh chenta ::.

Dia blah sebab rasa tertipu lagi-lagi tengok ada mamat melayu ni dok tangkap gambar minah ni*akulah tu*. Ha.Ha. Ha. And saya masih cuba sniff kot-kot jatuh cinta kali kedua. Malangya tidak. Si Manis Jantung Sweetheart pun tak jatuh cinta. Jadi lupakan sajalah. Tak sanggup nak tipu diri sendiri. So Cosmo, flower by Kenzo tu takde promo camni ker.*Demand plak*


3 Responses to Lancome Magnifique Sparkling

  1. OnE HeArT..OnE LoVE..

    hahaha.terbaik la entri ni.

  2. Encik aMin

    mmg bukan sume perfume branded kena dgn selera kite kan.. huhu.. :)

  3. mizzura

    To OnE HeArT..OnE LoVE..

    Mekasih..mekasih..entri lapuk aja..


    To Encik aMin :
    Itulah pasal & tak sume branded bau sedap..one drop perfume pun layan jeh..haha..U tanya perfume lelaki terbaik?? Maybe boleh try Burberry London, DKNY or Sean John yang baru release tu..

Leave a Reply