D'Aura Spa + Free 2 Voucher

Posted by mizzura on Sunday, May 9, 2010.

Wah, kenapa lama tak berblogging ni?? Macamlah busy sangat. Itu tak, tapi tak taulah kenapa lately ni, badan asyik letih je..Any tips nak bagi badan cergas bertenaga? Janganlah kedeks, sharing-sharing lah dengan saya. Kasihan daku...

.:: Senyuman palsu hakikatnya tak bermaya ::.


BTW, minggu lepas saya ada dapat free voucher D'Aura Spa dari officemate. Expiry date dia 12th May 2010. Free RM138 package untuk Sauna, Steambath & Jakuzi (including wifi, Lounge room usage, snacks & drinks). Ala takde massage ke...??! Itulah keypoint nak tentukan spa tu best ke tak kan..kan.. Jadi, sebab tak pasti in future akan datang lagi ke tak, saya pun tambah massage 1hr for RM69+RM10 for Oil Massage(ni yang tak suka asyik kena tambah-tambah ni).

.:: Kak, kasi murah lagila la ::.


Terletak dekat South City, masuk je entrance,register kat reception, dah ada 2 orang therapist iringi kitaorang. Salah sorang namanya Nita. Kami dibawa turun ke bawah. Oh, rupanya spa ni banyak kali masuk media. Artis pun ramai datang. I loike! Tetiba je feeling macam artis.Perahsantan aku ni.

.:: Hall of Fame ::.


Spa ni open untuk laki perempuan. Tapi takde separate place, cuma diorang akan monitor pergerakan kami supaya tak bertembunglah. Nanti tak pasal-pasal ketumbit mata sebelah.he.he. Kebetulan time kami nak tukar baju ada laki. Jadi kami dibawa ke Cafe & jalan-jalan tour spa ni. Seriusly spa ni besar giler!! Padanlah guna tagline "Largest Spa in Malaysia". Setiap bilik dia sangat besar. Yang mana kalau kat tempat lain boleh muat dua orang. Pastu semuanya attached bathroom & very nice interior. (Hah melambung nye pujian - bodek free lagi lah tu)

.:: Lounge Area + TV + Wifi::.

.:: Bilik persalinan lengkap ::.

.:: Fish Spa & Reflexsologi Area ::.


Pakej free kami adalah maximum for 2 hr only. So kami decide 1/2hr sauna, 1/2 hour steambath, 1/2hr hot Jacuzi & 1/2 hour cold jacuzi. tempat untuk setiap treatment ni sangat besar. Disebabkan kami ni 2 orang memanglah terasa macam artis kerana dilayan semewah ini hanya untuk 2 orang.ha.ha. Actually, spa ni sangat sesuai untuk 5-6 orang gang. Let say korang baru habis, futsal ke, sport ke, terus layan satu gang ke sini. memang best. Oh, Nita cakap kalau nak buat party pun diorang boleh arrange..Kelllass!! - my next Bachelorrete party. Anybody want to join?? (bachelorrete ok - ladies sahaja tau!)

For muslim, jangan risau sini pun ada surau & telekung pun banyak. Kami pergi after office hour. So time jacuzi dah maghrib. Sempatlah jugak solat & sambung balik jacuzi.

.:: Hot Jacuzi ::.


.:: Ada air terjun lagi tapi hati-hati panasss ::.


Cukup 2hr, turn saya pulak nak buat massage. Officemate saya Lin baru je nak apply for Hair Wash, tapi tak boleh. Hair Therapist tu dah balik sebab takde customer lagi. Thats why kena book awal-awal time register.*Boleh ka camtu?*.

.:: Massage time! ::.


Back to my massage treatment, bila dia sentuh je kaki, sudah terasa ini ala Balinese massage nih. Time ni rasa betul-betul di pamper bagaikan puteri. Kalaulah dapat full package scrub lulur bagai mesti best kan.  Ish..kalaulah rumah dekat tentu dah buat, tak payah susah-susah travel sejam nak sampai rumah. Ni yang berangan nak ada supir ni.


.:: VVIP Room ::.

At the end of the treatment which is pukul 10pm saya dalam hati dah nak rate spa ni 80%~90%, tapi sebab takde provide tea, terus rasa nak bagi 50%. Pelik jugak sebab saya bayar untuk massage. Adakah sebab nak tutup kedai or not included??

.:: Eksyen je konon-konon buat kat bilik ni ::.

BTW, lupakan pasal itu. Yang berbaloinya spa ini, bila kita register as member for RM138- lifetime membership. Every visit korang akan dapat 50% diskaun. Kan best tu?? Time kita dah tua nanti nak pergi pun still dapat diskaun 50%. Bayangkanlah!!.he.he. Besides, every visit akan ada cop. cukup 8x boleh dapat any spa treatment for free. Nak cepat dapat. Next visit bawak sekali lapan orang. Tu belum campur benefits lain yang memang tak rugi bila register as member.

.:: Entrance of D'Aura Spa ::.


Wah. time yang ditunggu-tunggu. Saya ada lagi 2 voucher untuk Package RM138 tu. Jadi sesiapa yang tinggal area berdekatan Seri Kembangan/Mines bolehlah grab ini dari saya (by hand during office hour). Email to mazura_brennan@yahoo.com - ticket will be given by hand during office hour or depends. Cepat grab before 12th May 2010. First come first serve. Daa...

.:: Ada 2 tiket kat ofis ::.
(Gambar snap pakai webcam -tak clear. Camera adik pinjam)

.:: See 12th May 2010 - quick! Until this Wednesday ::.


Tips : 2 voucher boleh jugakan untuk ~>

- cukup untuk mommy & daughter tau. Masih tak terlewat untuk hadiah sempena Hari Ibu. Selamat Hari Ibu 2010.!!
- takpun untuk si daddy menghargai jasa wife anda. Ada couple room jugak kat sini.
- or BFF yang nak menghargai sahabat sendiri
- untuk award diri sendiri pun ok jugak..

(Sempat buat blog sambil masak spagetti. Surpriselah konon bila mama balik nanti. SELAMAT HARI IBU! *Hasilnya masakan ku masin sedikit-padan muka.he.he.*)



m

8 Responses to D'Aura Spa + Free 2 Voucher

  1. etomyam

    wah best dan menarik..utk anak lelaki tak de la pulak ek hehehe

  2. tujuhhariseminggu

    nak nak nakkkkk nakkkkk...
    nang nakkkkkk <---tetiba... :p

    p/s: da email.. :p

  3. mizzura

    To etomyam:
    sapa2 pun boleh..

  4. mizzura

    To tujuhhariseminggu:

    Ada email ke...? email add ape ek. tak nampak pun...so far dah ada orang tp nnt cek kot ada extra lagi yer..

  5. mizzura

    To tujuhhariseminggu:

    oh ada2..orang yang sama rupanya....hehe..sorrii..

  6. mizzura

    Dear fren due to certain prob tujuhhariseminggu had cancelled to use the voucher. So, glad to say the offer still open..cepat nk tarikh tutup dah..
    other opt. book dulu, then on that day, just collect from me..
    :-)

  7. ** Perfect Love **

    waaa menarik pengalaman awak. Hmm sy terlepas peluang nak g
    tp pas bersalin nanti mau pulun puas2 g spa

  8. ilyani

    wah looks interesting :)
    tak pnah lagi gi spa.. *dreaming away*

Leave a Reply