Score A Walaupun Study Last Minute

Posted by mizzura on Friday, April 16, 2010. Filed under:

Satu hari Ezma ada post shout out mintak wish good luck untuk exam dia. Pastu baru teringat yang blogger-blogger lain pun ramai status berehat dari bloggingla, FB la, Twittterla..apa lagi..? *Boleh ke korang nih?*



Apa-apa pun nak ucapkan "Selamat Menduduki Peperiksaan" untuk semua blogger yang kena amik exam universiti ke, PTK ke, PTD ke, exam lesen memandu ke ujian hidup ke & so on..*mula merapu nih-rotan karang!*

Tapi saya terdetik nak bagi satu tips masa saya belajar kat UiTM dulu especially yang suka study last minute macam saya ni.

Tulis

Sewaktu study leave, saya selalu akan tulis "STRIVE FOR DL" dan letak dihadapan meja belajar. Everytime study, terpandang je mesti terus bersemangat. Ini tak pergi letak Ayang Luv Abang..huh..sori to say la yer..matlamat je dah lari..bukan lama pun..time exam je..nanti pas exam nak pasang wall paper ayang chentak abang buatlah...

Waktu dalam dewan pun, bila dibenarkan menulis, perkara pertama yang akan saya tulis kat ruang atas paper exam ialah "STRIVE FOR DL". tujuannye nak physco diri kita & pemeriksa.haha..boleh tak..?

.:: Hah tu tiru ke tulis?? ::.

Baca 

Apa tu, terpulanglah style anda, saya amik course engineering yang mana banyak kira-kira. Tapi saya suka baca dari buat kira-kira. Maklumlah last minit study kan nak buat 20 latihan kira-kira mana sempat & tangan pun sakit.*cakap jela kau pemalas*

Erk camner tu.. Ye saya suka baca cara orang menjawab supaya saya faham konsep asas untuk setiap problem  tu.Then pandai-pandai kita la  macamana nak memanipulasikan solution dengan formula yang basic itu.That's why BFF selalu cakap, zura ni study subject strucure engineering pun dah macam study sastera..hahah..


Dengar

Owh, untuk last minit session, why not pergi jumpa orang yang confirm dah study & faham kaw-kaw, than mintak dia ajar je..Tugas kita dengar dan faham. Tak faham tanya lagi..Insyaallah..time exam mesti korang akan terngiang2 kata-kata kawan korang tu. Lagi satu dengar-dengarla je lah rumours pasal soalan bocor..manatau betul-betul masuk & korang dah study tak ke untung...*tapi jangan lah sampai tak study topik lain..erkk pemalas betull*

Makan

Dulu Final Year Project Dip saya kena lukis manual plan bangunan bersaiz A1 plak tu!! Pulak tu tengah sibuk dengan MPG (Malam Pra Graduan) nyer la, presentation la.. apa-apa lagi la.. sampai saya sangat tak cukup masa. Jadi saya amik supplement Brand's Pati Ayam + Gingko. & HAsilnya... Hampir 3 hari bersengkang mata..badan still okay. Gingko ni memang elok sebagai nutrien otak.
*Owh thanks BFF Cat yang advise pasal Gingko, btw anda dimana skarang??*

Info from 21st Century
"Gingko memperbaiki peredaran darah di serabrum dan pemancar isyarat saraf. Pengambilan ekstrak Gingko setiap hari meningkatkan daya ingatan, kewaspadaan mental dan kewarasan mental. Nyanyuk dan penyakit nyanyuk boleh dikurangkan selepas tiga bulan dengan pengambilan 6 kapsul GINGKO 6000 setiap hari."

Terpulanglah nak makan brand and supplement apa pun(spirulina, kismis, habbatus sauda, omega etc), janji time exam ni kalau boleh amik la supplement. Dahla tak cukup tidur, makan maggi jer pulak kan.Sebab dok study dalam bilik tak keluar-keluar. Supplement pun tak amik. Mana badan & otak tak letih time exam. Tak makan pil?? Takpe time exam ni je. Nak score kan..!

.:: Perisa ayam goreng takde ke ::.

Doa

Seperti biasa. Ini korang patut tau kan...kecik-kecik dah ajar kan...Baca doa before masuk dewan exam & before jawab paper. InsyaAllah boleh hilang gemuruh. Jangan lupa jugak before masuk dewan shake hand dengan semua orang & doakan kejayaan mereka juga. Tahukan waktu shake hand tu kita grab energy orang tu & at the same time tranfer anxieaty disorder kita..?? Oh Sekarang ni ada H1N1 balik. Takpe bawaklah anti bacteria korang. Tak lupa mintak doa & berkat dari ibu bapa ye!


Yang teakhir selain kat atas tu,


Jangan lupa bawak...?

Exam Slip - > Bukan

IC - > Bukan

Calculator - > Bukan

Jangka Sudut -> Tak Payah

Toyol - > Uish Jangan, nanti ada kes hilang duit pulak!

HABIS TU??

Lecturer saya pernah nasihat,

Yang penting jangan lupa bawak...

BERTENANG....

.:: Bertenang..ikan duyung pasti akan muncul ::.


"Renung-renungkan & selamat beramal"
(Pinjam kata-kata Prof. Izi Hj Ali)

_

16 Responses to Score A Walaupun Study Last Minute

  1. ~eZmALiZa~

    OMG!! u post entry utk ezma???!!! wow!! ezma tharu sgt!! terima kasih cik mizzura.. :) love u very2 much la.. :)

    erm..yg brands tu mmg ezma minum...tapi yg innershine..bole ke??hehehehe... :P

    yg bawak bertenang tu pon btol la dear..ezma salu kalut bile nk exam ni..hmmm...tp ezma jd smgat bile cik mizzura wat entry special utk ezma..yeay2...!!i'm lovin' it :)

  2. ilyani

    ohoho.. tq for tips.. appreciated indeed.
    I pon kaki study last minit sejak sekolah rendah lg :P profesional dah..
    ni nak exam next week pun ada hati nak gi Gatsby street fair esok :P pegi jugak ke??

    ilyani.net

    .

  3. OnE HeArT..OnE LoVE..

    hehe.
    wah..boleh guna lagi tips ni.
    sy tinggal satu je lagi paper last untuk sem terakhir di sini.lepas ni, VIVA then graddd..yuhuuu...=D

  4. shuko

    yg penting, baca doa & mintak restu mak.. (^_^)

  5. mizzura

    Dear ~eZmALiZa~:

    erk..anyway thanks to you jugak sebab bagi i idea nk buat topic apa..sangatlah tepu hujung minggu ini. Innershine pun okay je..nanti boleh cantik macam Camelia yeww..i like!

  6. mizzura

    Dear ilyani:

    Pergh profesional study last minit kena berguru jugak nih! Esok tak pergi pun Gatsby Street. Nak bawa mama & adik pergi tailor yang asyik tak jadi2. Harap dapat join Nuffnang event next time.
    Enjoy ya! nanti update dalam entri kay :-)

  7. mizzura

    Dear OnE HeArT..OnE LoVE.. :

    Wah..bestnyer. tiba-tiba teringat moment terakhir last sem, last exam..rasa merdeka yang amat-amat! (aik dah bunyik macam selama ni belajar jadi hamba plak)

    Lepas grad rasa macam tak sabar nak masuk alam pekerjaan..tapi hakikatnya..zaman belajar adalah yang paling best dari kerja.

    So enjoy your last moment & good luck exam!

  8. mizzura

    Dear shuko:

    Yup..rasa tak sedap hati bila exam tak mintak doa & restu ibu bapa.

    Paling worst pun kalau terlupa, before masuk dewan, bagilah sms kecemasan mohon doa & restu...

  9. tujuhhariseminggu

    owh... baru tau khasiat gingko tu ye... :)

  10. NeenaAnuar

    hi dear!

    thanks coz sudi visit & drop your comments at my blog! singgah2 lah selalu yer! ;)

    nanti cepat2 lah buat tag pasal kasut tu taw!

    Btw... nice tips to share! :D

  11. itisrajah

    alamak!
    da habes exam baru bace tips tips berguna neh pulak.
    adeh!
    takpe la.
    akan digunakan untuk mase hadapan.
    thanks for sharing!
    very nice blog!
    =)

  12. mizzura

    Dear tujuhhariseminggu:

    memang elok pun makan gingko tu..tapi saya makan yg tablet jer lah time blajar or time byk assigmnet/exam..lain hari tak ske makan pill *macam budak2*

  13. mizzura

    Dear NeenaAnuar:

    itular bila kena tag dengan ezma tak tau plak apa topik asal dia..terpaksa jenguk2 orang lain punye baru faham..kasut favorite..susah ni..

  14. mizzura

    Dear itisrajah:

    oooh dah habis exam ker??
    takpa..exam kehidupan duniawi pun boleh diaplikasikan jugak:-P

    semoga result gempak!

  15. ayeen:)

    ahahaha..cool gile..jgn lupa bawa bertenang..baik..akan diamalkan itu dalam dewan exam.hehe.bgus tip tu uols:)

  16. mizzura

    Dear ayeen:)

    Waktu lecturer tanya soalan tu, jenuh kitorang jawab macam2..rupanya..bawak bertenang dah cukup...anyway good luck ya!

Leave a Reply