Thanks Cosmo!

Posted by mizzura on Thursday, February 25, 2010. Filed under:

Hmm..sangat tak sempat nak update, bukan kerana panik biru-biru tapi minggu yang haru-biru. Maklumlah CNY company dah cuti seminggu, bila bukak balik pun 4 hari je kerja. Jadi kerja untuk seminggu + 1 day dikumpul dalam 4 hari. Dah tak usah membebel pasal kerja *kecoh, macam la kau sorang je yang kerja buzy giler*.

Seterusnya sila baca dengan mode perlahan sambil picit hidung untuk effect sengau.

Ok, pada hari ahad yang lepas*style BM penulisan*, saya bersama si Manis Jantung sweetheart telah ke SACC untuk mencari baju batik (ni mesti org kerja gomen). Sampai sahaja di depan kedai MPH kami terus masuk ke dalam kedai untuk memupuk semangat membaca seperti yang disaran oleh kerajaan *wp free reading kira support la jugak*. Lantas saya terpandang keluaran baru majalah kegemaran saya iaitu COSMOPOLITAN  edisi Mac 2010.

Seperti biasa, saya akan terus ke helaian 2 dari belakang untuk memeriksa senarai nama pemenang. Teruja dengan kemunculan nama sendiri, saya lantas berlari ke si Manis Jantung *yang sedang  baca percuma free-reading autocar* kerana sayalah salah dua orang pemenang itu. Eh, kenapa salah dua orang, bukan salah seorang ke?

Betul, kerana terdapat dua nama saya sebagai pemenang. Pertama saya menang hadiah kedua yang merupakan foot spa *ala kaki jer ke* di True Spa & yang kedua merupakan gel mandian dari produk Shins. Dek kerana teruja, saya ada sedikit membuat onar dengan melepaskan hormon gembira saya di situ sehigga dilihat oleh pembaca lain *eleh apa aku kisah, ni bukan library-korang pun baca free*.

.:: Inilah produk Shins yang saya menang! ::.

Kerterujaan ini berlangsung sehinggalah saya balik ke rumah untuk membaca Cosmo sebelum tidur. Malangnya ia tiada bersama barang2 yang saya beli belah tadi.*Hua rupanya tertinggal kat mana2....hantu betul*. Jadi semalam dengan hati yang terbuka, saya membeli semula majalah yang telah memberi banyak hadiah kepada saya itu..huhu..Kepada pekerja-pekerja di SACC yang terjumpa majalah itu, silalah baca dengan gembira ye *perli ni perli - muka tak puas hati:-)*

Kamu-kamu, jom masuk contest cosmo selalu! Yihaa!



..

2 Responses to Thanks Cosmo!

  1. tujuhhariseminggu

    uih... sonok menang contest... kena pi beli nih... slalu nye isi2 borang, tp x antor... :p

  2. mizzura

    ala..cosmo skang tinggal sms jer..dolu2 lg susah nk kene antar poskad beli setem bagai..

Leave a Reply