Kuta & Rupiah

Posted by mizzura on Tuesday, February 9, 2010. Filed under: ,

Ehe?
Tak habis lagi entri pasal Bali..??
Cikit jer lagi..
Hari ke-4 sudah.
Jadi, haruslah bagi kami segerombolan meningkatkan taraf ekonomi penduduk Bali pada hari ini - Penghabisan Rupiah besar-besaran..!!

Juga menghabiskan kupon-kupon diskon dari Hard Rock Hotel!


Claim baucer di Starbuck


Mbak ini sangat capek menanti Caramel Frappucino Blended
*gambar ni diambil oleh kanak-kanak 2 tahun - berbakat!*

Seterusnya, latihan kekuatan kaki sekitar Kuta sambil menjinjit Caramel Frappucino Blended 
*bajet cool la tu!*.
Dari satu kedai ke satu kedai.
Mencari souvenier untuk staff department.
Untuk mama, abah,adik-beradik.
Kawan-kawan rapat.
Makcik Pakcik.
Dan yang berkenaan.
Huhh..
Beginilah, kalau melancong, senarai wajib untuk diberi..
Bahagianya mereka,
Bahayanya duit aku..huhu(~_-)

Lapar..KFC la plak.
Jagonya ayam!


Oho, hari sangat panas.
Kaki sudah pening dan kepala sudah letih.
Maka singgah SPA yang tersangat banyak di Kuta*yang biasa-biasa aja*
Hair Spa Loreal, cuma Rp90,000 (RM35)



  
Ruang Spa kecil sahaja, tapi pijitannya marbeles!

  
*Kembali segar!*
*Tapi apa kaitan pandagan sinis itu??*


Kembali ke Hotel dan rehat-rehat sahaja.
Petang pergi swimming pool pula
Nak tunjuk kehebatan perenang Olimpik Malaysia kat Bali nih.
Huhu..!


Bali Day 5?? No lunch!







No Responses to Kuta & Rupiah

Leave a Reply