Kapur Barus Ubat Selesema

Posted by mizzura on Thursday, February 18, 2010.

Kelmarin, malam saya menemani mama ke Sg Manggis nun di Banting sana. Bukannye ada makan-makan tapi pergi menziarahi jenazah ibu sahabatnya. Sekitar 930 pm kami sampai ke area situ *gelap oo*. Sedang cari simpang rumah ternampak sekumpulan orang berjalan kaki menjunjung keranda *mak ai seram tuh - dah la gelap gelita*. Makanya, tak salah la simpang yang kitorang cari tu kan.


Iye. Saya jarang menghadiri majlis kematian. Jadi kadang-kadang terlupa adab-adab melawat jenazah (selain baca yassin). Antara petua yang diberi oleh anak arwah, apabila ingin melihat jenazah, sambil berselawat mulakan melihat dari kaki sehingga ke muka. Katanya untuk mengelakkan kita dari tekejut/terbayang-bayang akan jenazah-Insyaallah.

Sewaktu membaca yassin telihat orang menabur kapur barus. Oh baunya sangat menyengat sehingga saya terhenti bacaan beberapa kali. Kenapa bau kapur barus kadang-kadang membuat kita goyang ye?*aku je kot*. 

Try check kat internet than dapat info rupanya kapur barus pada abad ke 9 dahulu merupakan resepi untuk minyak wangi yang direka oleh Chemist Islam Al-kindi. Synonim dengan nama pewangi jugalah ianya digunakan untuk mewangikan jenazah. Jangan tak tahu bahan untuk kelegaan selesema dalam Vicks Vapour Rub tu pun mengandungi kapur barus (Champor). Ha, siapa yang selesema pasni tak sempat beli vicks boleh la cuba hidu bau kapur barus!

 
.:: Inikah pokoknye? ::.



~Al fatihah untuk arwah~




No Responses to Kapur Barus Ubat Selesema

Leave a Reply