Bali Wedding & Ninja Turtle

Posted by mizzura on Sunday, February 7, 2010. Filed under: ,

Hari ketiga pula lebih kepada Hydro activiti *apa tu?* Aktiviti yang melibatkan air lah!



Itenary hari ini bermula Kuta -> Nusa Dua -> Galeria,Kuta -> Tanah Lot - > Kuta. Apa?!
Sikitnya tempat. Sebab PERTAMA Nusa Dua di selatan dan Tanah Lot di utara.
Jadi banyak rugi diperjalanan (-_-)




Melalui Legian, terlihat Monumen memperingati mangsa pengeb*man di Bali (Takut nak eja penuh-sensitif). Di sinilah masa banyak rugi apabila Pak Jamal cuba memperbaiki pintu yang hanya boleh dibuka dari luar hanya kerana kami yang komen.gosh! *Lesson learnt-Jangan banyak komen!*
Sudahnya kena singgah di Wokshop kereta untuk diperbaiki dalam 1/2 jam gitu-sebab KEDUA.
*Oho..melawat Wokshop juga itenary ke Bali ye.haha!*


*Nama orang mati kena b*m ada kat situ*


Aktiviti sampingan menambah wang poket ialah menjadi baby sitter!
Saya bukak tender USD 100/hr. huhu..(~_-)



Lihat,kan betul sambil melancong boleh menambah income. (~_-)



Sedang menanti mereka menawar harga ke Pulau Turtle.






Sayalah yang akan memandu bot ini!




Dalam bot boleh lihat dasar laut!
Sambil bagi umpan cubitan roti yang termasuk dalam pakej.
Maka banyakla Nemo & Friends keluar.





Sini pantai sangat cantik & sangat banyak pakej Water Sport.
Banana boat, Jet Ski, Para gliding dan seangkatannye.


*akukah itu?*




Inilah Pulau Turtle tu!
*Ada gaya cewek penyambut tetamulah*



 



Berkenalan dengan moyang Ninja Turtle.




Bersalaman dengan turtle berumur 60 tahun ke atas!!
Owh hampir sebaya bapaku.
Be-erti turtle ini lahir sebelum kita merdeka??




Haiwan sini semuanya jinak dan mesra camera.
Hanya saya je yang control hensem konon-konon berani.




Iguana ni tak sanggup saya nak pegang.
Takpelah, saya boleh tengok di Pets World, Mid Valley jugak.




Selesai icebreaking dengan semua binatang, lepak minum-minum air kelapa.
Digalakkan juga menderma untuk kebajikan Pulau Turtle ini.



Tolong!! Angin sepoi-sepoi hampir terbang saya dibuatnya.




Naik semula ke bot.
Udah mau pulang kerna perut sudah memberi siren kecemasan – Lunch Time!





Antara patung-patung yang banyak terdapat di bali – terlalu banyak!
Tu nampak kan, patung dililit kain petak-petak.

 
 *wira bali*

 




Kami semua lunch nasi di Pizza Hut.
Apa?? Nasi ??
Yela sebab teringin sangat masuk Galeria sampai salah building dan hilang arah nak makan apa.
Pizza saja yang confirm halal.


*wah, PizzaHut Bali variety, PizzaHut KL cabaran nih!*



Singgah Planet Hollywood pulak. Alang-alang dekat sini.





Wah, tshirt-tshirt disini lagi murah dari Hard Rock.
Borong!




Selesai borong saya cari kamar kecil(Toilet).
Tak sengaja termasuk dalam Galeria – wow marvellous la Galeria.
Sempat la jugak jeling handbag Coach.
Even kopi Bali banyak dijual secara ekslusif.
Ambiance pun nice!
Ala-ala Harrods London la ni.
Price tag kopi pun dalam USD.


Perjalanan ke Tanah Lot, memang kami rancang ngam-ngam sampai untuk tengok sunset.
Must see katanya.
Sepanjang perjalanan terlihat banyak tanaman padi even di tepi rumah mereka.
Jimat duit beli boreh.





Pintu masuk temple di Tanah Lot.
Maklumlah di Bali about 90% Hindu, 4% sahaja Muslim.
Jadi melawat Pura(Temple) perkara biasa.
Malah dirumah persendirian pun mereka ada kuil sendiri.


 


 
*mind rakan serombonganku yang sedang gendong baby mia itu..huhu*



*temple ni yg selalu tengok dalam poskad*

Photoshoot wedding saya disini!
*Sapa Photographer sanggup ke Bali own transport??


*disini*

 
*dengan percikan ombak*


*atau sunset*


Dinner pulak kami cuba masakan Lombok di sini


 

 


Terkenal dengan Ayam Pelecing, sambil itu, order Pelecing Kangkung &Beberuk Terung(recommended –tapi kurangkan pedas), Gurame(ikan) Bakar, Telur Dadar juga..

*lahap*


Balik..zass..tidur..zzzz..

Bali day 4?? Penghabisan Rupiah besar-besaran..!!



2 Responses to Bali Wedding & Ninja Turtle

  1. Bai

    bestnye...tak pernah g lagi...teringin gak

  2. mizzura

    bai: jadikan kenyataan tahun ini :-)

Leave a Reply