BALI trip day 1 (20.01.2010)

Posted by mizzura on Monday, February 1, 2010. Filed under: ,

 Aloha! Ingat tak saya ada buat senarai pergi bercuti? Nah saksikan!



Bandar Udara Ngurah Rai *nape muka ada effect tembam?*



Sampai dalam 1.30pm gitu, terus terjah nasi padang.
Oh ye, kita tak perlu susah-susah nak tukar GMT. 
Masa di Bali sama saja dengan Malaysia.



Tak sempat snap gambar pelamin tradisional dalam rumah ini 
*eh nak sebut rumah ke kedai?*



Lepas makan terus check in Hard Rock Hotel
Ambiance sangat best.
Rupanya kena prepare lagi Rp500k sebagai cagaran 
kalau-kalau kita guna service HRH.
(Tunai/Kad Kredit)



Kemudian pergi ke centrestage sebab nak tebus "welcome drink" percuma.
Boleh pilih soft drink, jus atau minuman keras. Saya minum jus saja sebab jus 
lagi mahal dari soft drink.Yang keras2 dilarang ye!


 

Masuk bilik  dan buka semua laci jumpe ini. Bukan percuma ye! 
Tolak deposit tadi. Saya tak heran sebab bawak snek dan buah dari rumah. 
1/3 bag saya adalah makanan!



Dan juga ini! Tabik spring la sama HRH Bali. Saya belum pernah pergi HRH, Penang. 
Tak tau la ada ke tak?


  

Selesai simpan bagasi di kamar, kami berjalan-jalan sekitar Kuta. 
Oh yea, sini sangat panas dek kerana berdekatan pantai.



Cantikkan pemandangan Pantai Kuta di waktu senja. 
Pantainya sedikit kotor tapi sangat sesuai untuk Board Surfing. 
Saya kira PD lebih bersih *promote2*



Sebelum pulang ke hotel untuk makan malam wajib bergambar disini!



Selepas mandi sekitar 8.30pm terus dibawa Supir - Pak Jamal ke Ganesha Cafe 
Restoran Seafood di Jimbaran. Best angin malam!

  

Sambil makan dihiburkan oleh mereka. Upah seikhlas hati.
Sebut sahaja lagu apa, mereka akan cuba bawakan.
Hebat!



Selesai berjimba di Pantai Jimbaran terus pulang ke hotel.
Jejak je kaki keluar van ada nampak lifestage performance.
*terus kena rasuk - kegemaranku!* 



Disertai awek berbaju biru. 
*Abaikan couple tali bra hitam itu :-( *



Yang ni lagi best. Sexy Berapi.
Wow!


Gue udah capek. 
Performance ini boleh juga disaksikan dari bilik channel no 1 . 
Tapi tak feel la...


Seperkara menarik tentang masyarakat Bali, mereka fasih berbahasa Inggeris tidak kira usia. Sebabnya. Industri Pelancongan adalah sumber pendapatan mereka.Saya fikir mereka "Think International" tanpa perlu ubah gaya pakaian & adat.*Kagum!*

Bali Day 2? - Cabaran Bermula!

1 Response to BALI trip day 1 (20.01.2010)

  1. mizzura

    hmmm..kenapa gambar aku pos tak ikut size sebenar..ces..

Leave a Reply