Tuesday, May 29, 2012

Waktu Bekerja (Office Hour)

Salam semua..

Harini sejarah aku datang office awal (di company sekarang) iaitu 6.50 am. Paling awal, company lain dalam 6.30 am aku dah sampai. (Tukang bukak lampu lagi).

Sini masuk memang pukul 7 am..tapi flexi hour sampai pukul 9 am. Kerja KL lah katakannn..

Keluar dari LRT, nampak Petronas twin Tower punya bayang je. Tengok kiri KL Tower pun bergelap lagi. Udara ala-ala segar gitu..

Anyway, cakap pasal waktu bekerja, jom aku kongsi info waktu bekerja (official) company yang aku pernah kerja.

**************************


Nama dirahsiakan hehe..sekadar bagi hint je:-)

Company A (GLC Construction)

8.30-5.30 (Isnin - Jumaat)
5 hari bekerja

Kat HQ Taman Desa, KL. Keluar rumah dari Port Klang dalam 6.30 - 7.00 pagi. Pukul 8.00 pagi baru sampai area Jambatan Motorola tu..Lepas je sengsara tu, kelam kabut drive ke office kat Taman Desa. Sempatlah before 8.30am.

8.00-5.00 (Isnin - Sabtu)
6 hari bekerja

Aku ditransfer kat site, KL Sentral. Tapi tiap hari naik komuter yang selalu spoil masa :-(

Company B (Fabricator untuk Oil & Gas Equipment)

8.30-5.30 (Isnin - Jumaat)
5 hari bekerja

Kat HQ Seri Kembangan. Ada flexi hour sampai pukul 9.30am. Lebih 9.30am punch di kira latecomer. Maksud flexi sini, setiap hari kena cukup 8 jam bekerja. Contoh, masuk 9.30am, baliklah 6.30pm..Time ni aku lalu kesas so kira songsang arah la..semua orang ke KL aku je ke SK, jadi takde issue traffic jam yang ketara. Walaupun perjalanan jauh, happy jer pergi balik kerja.

8.00-5.00 (Isnin - Sabtu)
6 hari bekerja

Pernah kena transfer kat fabrication yard dekat Shah Alam..takde flexi hour, kalo lambat punch card merah ar..Tapi kalo haritu ada perhimpunan kena berdiri kat luar pagar setengah jam. Ye, aku (engineer) pernah berdiri kat luar pagar, sama geng dengan welder2, helper indon etc.Hahahaha..

Sabtu plak full day. Satu2nya perempuan yang kena balik lambat sebab yang admin semua halfday hari Sabtu.

Company C (Malaysia Oil & Gas Consultant)

8.15-5.30 (Isnin - Khamis)
8.15-5.15 (Jumaat)
5 hari bekerja

Konsep masuk awal 15 min sebab nak cover Jumaat rehat dua jam and Jumaat balik awal 15 min juga. Company C baru start practice flexi hour pas beberapa bulan aku masuk.Time baru, contoh masuk 7.15am balikla 4.30pm and vice versa..best arr..orang kerja KL majoriti dtg awal apa sbb nak elak jam..so masuk awal balik awal..

Company D (International Oil & Gas Consultant)

7.00-5.00 (Isnin - Khamis)
8.00-12.00(Jumaat)
4.5 hari bekerja

Company sekarang, dah nak masuk 6 bulan ..Pun ada flexi jugak. Janji Isnin-Khamis cukup 9 jam. Contoh masuk pukul 9.00am baliklah pukul 7.00pm. Tapi perasan tak.. Jumaat aku half day!!! Hehe.. Dan kalau cuti jatuh hari Sabtu akan diganti hari Jumaat (ye Jumaat depan aku cuti !!).


**************************

Itu sekadar company yang aku pernah kerja lepas aku grad. Aku jugak pernah kerja part time waktu belajar dulu..so..hmm mungkin boleh share..

**************************

Nama tak berapa dirahsiakan hehe :-)

Company 1 (Supermarket)

10.00-7.00 (Shift Morning)
10.00-10.00 (Full Shift)
5 hari bekerja

Jadi cashier, tapi ada kerusi..penat duduk jela.

Company 2 (Kedai Ayam Goreng Colonel Sanders)

09.30-7.00 (Shift Morning)
09.30-11.00 (Full Shift Weekday)
08.30-11.00  (Full Shift Weekend)
6 hari bekerja

Jadi cashier, kena berdiri lama :-(

Company 3 (Satu-satunya Shopping Complex Jepun kat Bukit Raja, Klang)

10.00-7.00 (Shift Morning)
10.00-11.00 (Full Shift)
6 hari bekerja

Jadi casual worker sempena sale hari raya..

Company 4 (Gomen)

8.00-5.00 (Isnin - Jumaat)
5 hari bekerja

Part Time clerk di Mechanical & Electrical dept je..

Company 5 (Sampling Promoter) 

11.00-8.00 (Sabtu- Ahad)
2 hari bekerja

Ala..ni yang bagi korang makan mushroom soup, spagetti, roti  dlm cup kecik kat supermarket tu..Pernah kerja kat Giant/ Jusco/The Store etc. Bukan under supermarket tu lah..under company lain.

**************************

Begitulah...

Dimana-mana pun bekerja, tipulah kalau aku kata aku on time kat setiap masa..Mengelat pun ada jugak..Tapi mak aku selalu cakap.."Dimana halalnya..?" amik..terkedu terus.. So far company sekarang, since Jumaat half day, agak-agak terkurang mana-mana aku extrakan lah sikit hours tu di hari Jumaat.

Erk...bagaimana pulak dengan kerja lebih masa??? Haha..Untuk sesetengah kes, kebanyakan OT bukanlah OVERTIME SANGAT semata-mata nak dapat gaji lebih...tapi lebih kepada OUTSTANDING TASK yang kadang tak sempat pun nak siap dok meeting ke dok g site ke tapi tetap kena submit before deadline. Apa-apapun pandai-pandai koranglah nak arrange masa bekerja kann..

So.. Selamat memenuhi "hours" waktu bekerja anda!

Wednesday, May 16, 2012

Kenangan bersama sekolah..

Lokasi: Court Takraw, Sek Ren Keb Methodist, Pelabuhan Klang.

Aksi oleh : Bekas pelajar 1990-1995 yang gila dan hebat :-)

Highlight: Pokok besar belakang tu waktu sekolah dulukan, budak-budak cakappp berrrrhan.....

Belek-belek gambar berkaitan sekolah rendah, ini je yang menarik, jadi bekas anak murid nak ucapkan:

SELAMAT HARI GURU 2012


Nasi Tambah: Bapa, makcik, pakcik, adik beradik juga bekas sekolah ini :-D

Monday, May 14, 2012

Pavlova Hari Ibu

Selamat tengahari semua... Gara-gara asben outstation aku terlambat bangun. Bajet nak naik tren 6.11am tapi amik ko 6.21am terjaga.

Oke, resepi ni tak yah cakap panjang cedok dari Dapur Tanpa Sempadan. Aku cuma bagi review sikit-sikit jer. Oh hei..inikah masakan pertama aku show off di blog ini..??? Last weekend aku buat, padahal nak buat cuti Hari Wesak ritu, rupanya delay supaya kena dengan Hari Ibu :-)




Tang Bahan-Bahan dan Cara Membuatnya pun aku copy paste.

BAHAN-BAHANNYA
150 gram putih telur (anggaran 4 biji telur) - aku siap timbang, pakai telur besar(grade A ke B xsure) dapatla dalam 140++g
1 cawan gula kastor
2 camca besar tepung jagung
2 camca teh cuka makan
1/2 camca teh esen vanilla (kalau nak pavlova puteh, omit esen vanilla)-aku rasa oke what choclatiey sikit, so aku letak jugak.
Whipping cream secukupnya-aku tak pakai dlm tin, beli yang macam susu kotak.
Buah-buahan segar seperti Strawberry, Raspberry, Blueberry dan Mangga secukupnya- yang citrus quite okela, jangan boh tembikai..cayor pavlova mika.

CARA MEMBUATNYA

1.Panaskan oven pada suhu 150C, sediakan kertas minyak, buat bulatan berdiameter 6 cm sebanyak 18 bulatan menggunakan pensel, kemudian terbalikkan kertas tadi dan guna bahagian ini untuk membentuk pavlova (ini pavlova jenis comel2).Ketepikan.

2.Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga kental dan berkilat. Masukkan cuka makan dan tepung jagung, gaul rata adunan tadi, tapi jangan terlebih gaul. DTS guna spatula, aku malas aku slowkan mixer punya kelajuan sambil masukkan cuka makan dan tepung jagung.

3.Masukkan adunan ke dalam piping beg yang dipasang nozel bentuk bintang no.9 atau jenis bulat pun boleh. Paipkan bulatan mengikut saiz pada lukisan dikertas minyak tadi, kemudian paipkan sekelilingnya. Lakukan sekali lagi seperti bulatan pertama. Buat sama untuk baki adunan.

.:: Last-last tak pakai nozzle, guna muncung piping bag je ::.

4. Masukkan ke dalam oven, turun suhu menjadi 120C dan bakar 1 jam 20 minit. Kemudian biarkan ia sejuk dalam oven. Ambil pavlova tadi, paipkan whipping cream ditengahnya dan susun buah2an segar mengikut kreativiti anda. Hidangkan segera..

Memula aku buat yang macam style DTS ni mini pavlova, tapi macam leceh. Kebetulan mama balik kerja, dia cakap aku salah beli nozzle..sebab yang aku pakai untuk hiasan cupcake, kecik diameternya. So sebab dah malas, yang balance aku tepek aja lah atas pan. Gambar first yang aku tepek je, gambar bawah ni, yang ala-ala mini pavlova.



Whip Cream pakai kotak tu, aku masuk dalam mixer campur sket gula icing pukul sampai creamy. Tak letak gula icing pun takpe. Kalau rasa crust Pavlova tadi tu manis, lebihkan whip cream dan buah-buahan.

Aku suka chill kan dulu, so terpulanglah kalau nak makan terus..Bila rasa tu, hmm sedap...terasa macam kat Pavlova Serai Restoren plak..hihi..

Thursday, May 10, 2012

3 Awek di Majlis Kahwin

Oke, entry ni keluar bukan pasal kena bakar ngan asben pasal tak hapdate-hapdate blog..
 

Tapi sebab kebetulan layan Kuch Kuch Hota Hai sambil buka FB via laptop (setelah berjaman tak buka FB guna laptop sambil blur kecanggihan terkini FB) upload gegambar, sambil terpikir "eh, laju plak loading, camtu update blog jugaklah.."

Sikittt lagi nasi tambah, ada member shout kat FB "Manasatu nak tengok, The Tourist ke Kuch Kuch Hota Hai?" Gua yang brutal ni jawab "The Tourist typical omputih movie, tapi Kuch Kuch Hota Hai LEGEND" hahaha..

Jomlahh ke topik sebenar, almaklumlah, mak jarah kalo cerita kan meleret-leret sebelum sampai intro.


Ni wedding kawan aku yang sama sekolah teknik, sama Dip Uitm, sama Deg Uitm..rapat arr, penah tidur umah dia semualah..sama-sama join aktiviti, sama-sama share story-mory, problemo, naik motor walaupun lesennye tuk sorang jer, main bowling etc. Cuma semakin meningkat usia..(wah) semakin jarak memisahkan keakraban. Ceh...




Kebetulan, plak asben takdak g Sabah, maka mencari rakan single yang boleh jadi teman adalah kemestian. Girls day out la kiranya.kikikiki..Tetiba lagi sorang member yang laki dia dah lama kena transfer ke labuan nak join sekali...Yahooo...Women Power gitewww..Hahaha..


Time beratur amik food, tetiba kami disapa sorang laki kepala licin..member aku tersasol cakap "eh cikgu". Laki tu pun cakap, "apa cikgu2...hehe..". Dia ialah lecturer aku merangkap supervisor thesis aku. Aku malu sebab apa..time wedding aku, aku TERLUPA nak invite lecturer yang dikenali walaupun dalam hati memang berniat besar nak jemput diorang. Siap, plan nak pergi U la jenguk. Maklumlah, aku&asben kan Cinta Kuliah kikiki (iyerkkk).

Dari satu meja ke satu meja yang ada gang, kawan bersilih ganti, kami tak reti-reti nak balik (laki takde katakan), sempatlah jugak member aku babysit anak rerakan yang baru hadir.. senang diorang nak makan kan...siap cakap kat pengantin, takpe..ko buatlah hal ko dulu, nanti kitorang cari bila nak bergambar kat pelamin.. Bole?







Sebab, mekap dah nak cair, maklumlah petang sekarang makin panass, kami pun beransur pulang and reramai lah menulis ucapan. Nak lukis fancy-fancy, tahapahapa yang jadik, maklumlah banyak tangan..maka dengan itu aku mengucapkan sekali lagi

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SAHABAT..

RINA & Pasangan

Semoga kekal bahagia selamanya..

Monday, April 23, 2012

"Nantilahhh..."

Salam semua..

Saat aku menaip ni (mungkin tidak publish diwaktu sama gara-gara takde wifi) aku sedang berada dalam tren komuter 3 coach menuju ke KLSentral untuk berkerojer ler..

Seperti biasa aku tune ke channel Selangor FM pukul 730 pagi untuk mendengar motivasi dari Motivator feveret Dr HM Tuah Iskandar Al Haj. So, nak share topik harini dari Dr, simple je iaitu... "NANTILAHHH..."

Oke, aku rasa takde sorang pun antara korang yg tak pernah tak sebut perkataan "nantilah.." (walaupun cakap dalam hati) especialy pada kerja-kerja/ benda-benda atau orang-orang yang korang rasa kurang kepentingan. Betul ker?

Antara contoh-contoh yang Dr Tuah share di permulaan cerita macam...


"Nantilah aku bgtau yang dia tak payah bertugas harini.."Alih-alih lupa, maka dtglah si Munah tu naik turun bas, terkejor-kejor nak ke tmpat bertugas pastu bila sampai tak diperlukan..?



"Nantilah aku bagitau dia yg dewan utk tarikh kawin dia tu dah kena book.."Alih-alih lupa...maka bertmbungla 2 family berbeza claim nak buat majlis kat situ semuanya gara-gara.. Owner dewan lupa..



"Nantilah aku bawa repair kereta..bole jalan lagi ni" Alih-alih kat tengah2 highway rosak..buat jam je and buat kena maki je..kos pun silap haribulan berganda.. --> Situasi ni pernah jadi kat aku akibat "nantilah..pergi cek tayar.." pastu tayar pecah kat highway..dahla aku travel ke ofis hari2 50km 1 way..lesson learnt utk org yg kerja jauh..



"Nantilah aku buat penamaan ni..belum nak mati lagi"Kata Dr Tuah, mmgla..siapa yang nak matikan tapi tahu ke bila kita mati..?
Saat tu.. Si angah kata kena bahagi cara A, Si ucuk kata, arwah pesan camni..tak pasal2 yang Si Sulung kata aku ketua biar aku yang tentukan.. (Dr siap ajuk dialog 3 Abdul yg scene pembahagian harta selepas Ismet Ulam Raja meninggal..haha)


So point Dr betapa perkataan "nantilah.."
bole mmbawa kepada percakaran sesama manusia..

Contoh lain dia bgtau 3juta out of 20juta pendeposit Tabung Haji (as of April 2012) tak buat penamaan. So bila waris nak tuntut mmg xboleh sbb TH hanya ikut pada penamaan yg si mati tu. Waris peninggalan si mati mungkin ada miskin merempat sedangkan harta bapa berkoyan tapiii.. Tak boleh tuntut sbb dh masuk dalam Amanah Raya utk duit yang tak dituntut.. Cano nak tuntut...bercakaran korang selama-lamanya..

Amacam..korang pun ada buat jugak kan.. Kalo nak dikembangkan mmg byk antara yg aku trpikir mcm byr hutang ke..solat..etc..

Kalo dr pengalaman aku, pernah la sorang tu kol aku nak ckp something (hal kerja sbb aku nk masuk co. dia)..aku ckp nantilah aku kol ke..(sbb time tu ngah rancak borak ngan member psl trip aku ke Singapore) pastu minggu depan meninggal dunia..innalillah..terkilan gila..!

Agak lama aku bercuti dari berblog kann..berblogwalking pun tidak..kawan aku sampai bg award orang yang suka snap gambar utk simpanan sendiri ialah aku... Semuanya sebab bila nak berblog aku cakap... "Nantilahhhh... "

.:: Nantilah hapdate pasal gambar ni..hehe ::.

Thursday, March 29, 2012

I am 29 on the 29th!



The only screenshot that i have from
 my "limited access" pc.

Ada sapa-sapa boleh tolong
amikkan handphone,
tertinggal kat rumah plak
T____T


Sunday, March 25, 2012

Lazy Sunday not so lazy..

Mowning yeberibadi.. (ahaks bajet darling fazura..hehe)
Wakeup wakeup! (merujuk asben..#tiba2)
Phew...penat kot..mlm td rs nk demam..pg ni selesema dah menunjukkan susunya (belum sampai tahap tunjuk taring)

Pukul 1 pagi baru sampai umah dari LCCT.. Mcm xsabar nak share story pasal our travel last 3 days.


.:: In Expressline to Ratchaprarop Station ::.

Tetiba aku dengar guruh kuat petanda hujannn.. Banyak yang nak dibasuh ni..me so lazy....huwaaaaa...!!!!
Related Posts with Thumbnails
 

Blog Template by YummyLolly.com